“DHIYA.. bangunlah wei. Kau tak ada kelas ke hari ni?” jerit Ariana.
Dhiya terjaga. Mimpi indahnya tadi melayang entah ke mana. Mata cuba dibuka tetapi kerana cahaya matahari yang sudah menerangkan biliknya dia menutup kembali dengan selimut. Mata dipejam, selimut ditarik. Dia mahu menyambung kembali tidurnya.
“Dhiya Alani, kau tahu tak sekdhiyang dah pukul 9?” jerit Ariana geram.
Sentap. Dhiya terus berdiri atas katil. “kau biar betul?” mata yang segar bugar terus mengerling ke kiri, di mana jam dinding terletak.
“kenapa tak kejut awal! Aku ada kelas pukul 10 tahu..” bebel Dhiya sehinggalah dia menapak ke dalam kamar mandi.
Ariana hanya mampu menggelengkan kepala. Aku jugak yang kena marah.
DHIYA mencapai apa sahaja yang dia mampu. Roti, air milo, kemudian dia mencapai kasutnya pula. Jam di tangan kiri dikerling buat kali ke-5. Paniknya makin meningkat. Terkocoh-kocoh dia berjalan ke kelas. Nasib baik dia tinggal di hostel, tak perlulah dia menunggu bas. Cuma perjalanan ke dewan kuliah agak jauh, cukup untuk buatkan dia termengah-mengah jika berjalan laju.
“Kak Qeela, tengoklah si Dhiya tu. Roti pun tak sempat kunyah, main telan aje.” Bebel Ariana.
“bukan Yana tak tahu. Dia tu pun, selalu sangat tidur lewat. Entah apa yang dibuatnya semalam.” Sambung Aqeela.
Ariana ketawa kecil. “apa lagi? Tengok cerita korea dia lah tu.”
“ni bukan kali pertama dia, Yana. Yana, ada kelas pukul berapa hari ni?” Tanya Aqeela sambil tangannya tangkas menulis, menyiapkan kerja semalam yang bertangguh.
“pukul 2. Lepas tu dah tak ada. Dua kelas Yana cancel hari ni. Baru Yana rasa heaven sikit.” Balas Ariana, lalu menghempas badannya di sofa.
“untunglah..” balas Aqeela, lalu menghilang di sebalik dinding biliknya. Dia perlu bersiap juga.
DHIYA mengambil tempat di hujung perpustakaan, kerana biasanya tempat itu kurang diduduki orang. Dia juga bukanlah jenis yang suka belajar di depan orang lain. Tak selesa. Buku setebal 1000 muka surat dibuka, walaupun pada mulanya dia malas, tetapi memandangkan esok dia ada kuiz, dibuka juga buku tebal itu. Pelajar jurusan bisnes seperti dia jdhiyang sangatlah mahu belajar, tetapi kalau ada kuiz mahu dia menghadap buku 24 jam.
Baru sahaja ayat pertama mahu dibaca..
“Dhiya!” sapa Shafek lalu duduk.
Dhiya hanya menjeling sekilas. Entah apa lagi yang dimahukan rakan sekelasnya ini.
“kau dah pilih tajuk untuk assignment?” Tanya Shafek dalam nada sudhiya yang rendah.
“tu je kau nak tanya? Erm, kalau tu.. sorry, aku belum fikir apa-apa lagi.” balas Dhiya selamba. Padahal, kerjanya sudah hampir separuh disiapkan.
“alah, kau ni kedekut betullah. Sikit info tak boleh ke?”
“kau nampak buku ni? Apa kata kau belek buku ni lagi bagus.” Balas Dhiya, geram. Shafek memang terkenal dengan sikap copy cat-nya.
Zamir mencebik lalu bangun meninggalkan Dhiya. Dhiya hanya menjeling. Malas ambil kisah. Bacaannya dimulakan kembali.
“DHIYA!” panggil Aqeela. Dia duduk bersila di atas sofa sambil menghadap komputer ribanya. Dhiya yang datang dari dapur dengan mug di tangan terus mengambil tempat di sebelah Aqeela.
“apa kak?” Tanya Dhiya sebaik punggungnya mencecah sofa. Aqeela tua tiga tahun dari Ariana dan Dhiya jadi panggilan kakak digunakan.
“akak nak balik kampung hujung minggu ni. Kakak akak kahwin. Dhiya nak ikut sekali tak?” ajak Aqeela.
“kenduri kak? Seganlah. Dhiya bukan pandai sangat ramah mesra ni.” Balas Dhiya, walapun bunyi pelawaan Aqeela menarik.
“alah.. bukan akak suruh Dhiya layan orang kampung. Tolong-tolong dalam rumah aje. Akak dah ajak Yana, dia setuju.”
“alah, Yana dah setuju? Cepat aje dia ni.” Omel Dhiya kemudian meneguk air yang dibuatnya.
“nak tak?” Tanya Aqeela lagi.
Dhiya mengangguk laju. Tidak rela ditinggalkan sorang-sorang dalam bilik mereka itu. Sudahlah dia sangat penakut.
“bagus. Jadi hari jumaat ni kita bertolak pergi Kedah. Okay?”
Dhiya mengangguk lalu tersenyum.
“ASSALAMUALAIKUM..” jerit Aqeela.
Salam disahut dari belakang rumah. Mereka terus melangkah ke belakang rumah. Seorang wanita berusia setengah abad tersenyum ke dhiyah mereka. Aqeela terus memeluk ibunya. Dhiya dan Ariana berpandangan. Fahamlah mereka, Aqeela sudah lama tidak pulang ke kampung. Maklumlah, Kuala Lumpur dengan Kedah sangat jauh. Nasib baiklah sekdhiyang mereka sedang cuti semester jadi bolehlah mereka bercuti di sana.
“mak, ni kawan Qeela, ini Dhiya dan ni Ariana”
Dhiya dan Ariana menyalam tangan Hajah Aminah. Di satu sudut Dhiya berasa sangat cemburu dengan keakraban Aqeela dan emaknya. Dia juga mahu begitu, tetapi apakan daya, ibunya hilang tanpa jejak. Itulah yang dicanangkan ayahnya kepada dia.
“naiklah. Mak dah kemaskan bilik Qeela, jadi hangpa bertiga boleh tidoq sebilik. Pi naik, mesti letih naik bas kan?”
Dhiya, Aqeela dan Ariana melangkah naik ke atas. Dhiya sangat teruja sebenarnya, sebab dia sudah lama tinggal di rumah kampung, maklumlah neneknya meninggal dunia sewaktu umurnya 18 tahun. Kesempatan ini akan dia gunakan sebaiknya.
“wah, cantiknya bilik akak. Akak siap boleh tengok sawah padi melalui tingkap aje. Wah..” ucap Ariana penuh teruja.
Dhiya mendekati Ariana dan dia jugak turut teruja dengan pandangan hijau yang tersebar luas di hadapannya. Nikmat TUHAN yang sangat indah.
“itulah. Walaupun sejak kecik lagi akak dah tengok view macam ni, akak tak pernah bosan. Hurm, apa kata esok atau lusa kita pergi jalan-jalan nak?”
“betul?” tanya Dhiya dan Ariana hampir serentak.
“ye lah. Takkan akak nak tipu pulak. Dah, korang kemas lah apa yang patut nak rehat pun boleh. Sebab nanti mesti adik beradik akak yang lain balik. Gamat lah rumah ni.”
Dhiya mengangguk dan Ariana sudah mula merebahkan diri di atas katil. Si Ariana bukan boleh berjumpa dengan katil. Nak tidur aje kerjanya. Setelah siap mengemas, Dhiya membuka telefon bimbitnya pula untuk menghantar mesej kepada ayahnya.
DHIYA menyandar pada bangku di bawah pokok mempelam itu. Angin petang yang mendamaikan buat dia rasa malas mahu bergerak. Dhiya memasang MP3 lalu disumbat earphone ke telinganya. Rumah Aqeela kini sudah dipenuhi dengan sanak sauddhiya dan adik beradik Aqeela yang seramai 5 orang dan Aqeela yang bongsu.
Kemudian Dhiya lihat kakak Aqeela iaitu Anida sedang melangkah ke tepi sawah padi yang hanya beberapa meter dari rumah mereka. Dhiya melemparkan senyuman buat Anida apabila Anida melambainya. Tidak lama kemudian datang pula suami Anida. Dhiya senyum. Sungguh dia memuji betapa sepadannya Anida dan suaminya.
Buat seketika perlakuan pasangan itu menjadi tatapannya. Sekilas pandang dia tahu pasangan itu sedang bahagia. Sedikit sebanyak, dia juga rasa yang dia mahu merasakan perasaan sebegitu. Dia mahu merasakan bagaimana rasanya dicintai dan mencintai. Namun, sepanjang hayatnya belum pernah dia jatuh cinta. Dhiya tunduk. Sedar kekurangan diri.
Dia tidak cantik, malah dia juga tidak tinggi. Kulitnya bukanlah putih bersih, bak kata orang hitam manis. Kadangkala dia terfikir. Adakah dia sudah ditakdirkan untuk sentiasa sendiri? Adakah dia tidak layak untuk bercinta? Dhiya menggeleng. Dia tidak mahu berfikir perkdhiya yang tidak penting. Sudah lama dia hidup sendiri. Dia selesa begitu.
“Dhiya,…” panggil Aqeela.
Dhiya angkat wajah dan tersenyum. “ada apa kak? Ada kerja yang akak nak Dhiya buat ke?”
Aqeela menggeleng. “tak. Kenapa Dhiya nampak macam sedih aje?”
Dhiya ketawa kecil. “tak lah kak. Dhiya okey aje. Saja ambik angin kat luar ni.”
“dari tadi akak perhati. Apa yang Dhiya fikir sebenarnya?”
Dhiya menggeleng. Dia bukanlah jenis yang suka berkongsi perasaan. Dia lebih rela menyimpannya.
“kak Nida kahwin dengan Abang Akim lepas sebulan mereka kenal. Itupun mak ayah yang jodohkan mereka. Mulanya akak fikir Kak Nida tak bahagia, tapi, sekarang akak tahu akak salah. Abang Akim pulak baik orangnya. Walaupun hubungan mereka tidak sampai setahun pun. Tapi mereka berjaya mencari bahagia.”
Dhiya diam mendengar. “macam mana Kak Nida boleh setuju?”
“Kak Nida percaya restu ibu bapa yang penting, mengalahkan segalanya.” Balas Aqeela.
“akak.. macam mana kita nak tahu dia jodoh kita?” Tanya Dhiya.
“ jodoh boleh datang dan pergi Dhiya. Tapi, bila kita dah jatuh cinta, kita akan tahu sendiri, kata hati kadang-kadang betul.”
Dhiya mengeluh.
“Dhiya cemburu dengan perasaan cinta yang tak dapat Dhiya rasa kan?”
Dhiya diam.
“Dhiya nak tahu, akak pernah cemburu jugak. Tapi, akak percaya pada ketentuan TUHAN. Kalau baik untuk akak pasti nanti ada jodoh untuk akak.”
Dhiya mengangguk. ”akak, Dhiya nak pergi jalan-jalan ya?”
Aqeela mengangguk. Dia tidak pernah lihat Dhiya sebegitu terganggu.
p/s : enjoy ! new novel daripada AA. hehe.
No comments:
Post a Comment