saya S.A awak ! (part 1)


MAY MARISSA berteleku menghadap buku tebal itu. peperiksaan tinggal beberapa minggu saja lagi, tapi, malangnya, moodnya untuk belajar susah betul untuk dipupuk. Ruangan di dalam perpustakaan universiti dipandang. Semua pelajar sedang khusyuk mentelaah. Kawannya, si Aisya sudah menarik diri ke bilik, mahu tidur katanya. May Marissa masih kekal di situ kerana..

                Panjang umur ! lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu dipandang penuh minat. Sejak dia di semester satu lagi dia sudah meminati lelaki itu yang juga merupakan senior kepadanya. Walaupun mereka berlainan jurusan May sentiasa mendapat update mengenai lelaki itu melalui kawannya, Aisya.

                Lelaki itu, perwatakannya sangat menyenangkan. sentiasa tersenyum dan senyuman itu sangat indah. May, berpura khusyuk membaca apabila jejaka idamannya berlalu di sebelahnya. Usai itu dia mengambil nafas. Wangi. May tersenyum nipis. Kau dah tak betul May! Bingkas dia bangun dan mengemas barang-barangnya. Cukuplah untuk hari itu. Haikal Arami, jejaka idamannya juga sudah dilihat. Masa untuk pulang.

                “err, maaf.” sapa satu suara.

                May yang sedang ralit berkemas terus terhenti. Dia kenal suara itu. Haikal Arami! May angkat wajah.

                “boleh duduk sini?”

                Terkedu May seketika. Mana taknya, setelah setahun dia menaruh hati. Akhirnya, hari ini, Haikal Arami bercakap dengannya.

                “excuse me?” tanya Haikal Arami lagi apabila gadis bertudung dan berkaca mata bingkai hitam itu tidak beriak.

                May tersentak. Tersedar ke alam realiti. Terus dia berlalu meninggalkan Haikal Arami.


               
HAIKAL ARAMI memandang langkah gadis itu. pelik. Berkerut dahinya melihat tingkah gadis itu. dia salah tanya ke? akhirnya dia tergeleng sendirian. Tanpa membuang masa terus dia duduk. Saat itu dia ternampak pula satu kad. Kad pelajar. Dilihat gambar yang tertera, persis gadis tadi. May Marissa Amrin. Haikal Arami bangun mendekati kaunter pertanyaan.

                “maaf kak. Tadi ada student tertinggal kad ni.” Beritahu Haikal.

                “ohh, jadi?” tanya pentugas di kaunter itu..

              “jadi, akak tolong la bagi pada dia bila dia datang nanti.” Balas Haikal senada. Takkan dia perlu beritahu juga caranya?

                “dah banyak kes tertinggal kad matrik ni dik. Hari ni je dah berapa kes. Dah tak larat dah akak..” adu petugas itu tanpa memandang Haikal.

                Haikal terkelu di situ. Dia mendengus, geram dengan sikap petugas itu. kalau tak mahu tolong cakap ajelah. Tak perlu putar belit fakta. Ish. Haikal duduk semula. Kad matrik itu diselit ke dalam buku. Biar aje lah dulu. Esok aku ada test, baik aku belajar.




“KAK, bukan May tak nak balik rumah, tapi, May tak suka la. Dah lah ada kakak ipar yang mengada tu. ish, rimas lah dengan dia tu.” ngomel May Marissa.

                “May Marissa, tak elok cakap macam tu. walau apapun dia tetap isteri abang Malik. Nak tak 
nak. Kita kena terima.” Nasihat Maya.

                “apa-apa lah kak. Ni, akak sampai bila cuti?” tanya May. Cuba alih topik.

                “sebulan. Nanti akak free akak pergi Melaka lawat adik akak yang tak nak balik ni.” Ujar Maya dalam nada memerli.

                May ketawa kecil. Kakaknya sudah merajuk lah tu.

                “bagus jugak tu kak. Kat sini ada banyak tempat melawat yang sangat best. Datanglah, nanti May bawak akak berjalan.”

                “ye lah tu. macamlah akak ni tak pernah pergi Melaka tu kan?” perli Maya lagi. “May, dah ada ehem ehem belum?”

               “ehem ehem tu apa kak?” tanya May, kononnya tak tahu. Sudah menjadi kebiasaan kakaknya bertanya akan hal itu.

                “eleh, adik akak ni. Cover line lah tu. dah ada eh? Apa nama dia?”

                “tak ada lah kak. Jangan nak mengarut. Okey lah kak. May kena pergi dulu. Kirim salam pada ma and ayah.”

                “okey, darl.”

                May tersenyum memandang skrin hitam sebaik kakakanya, Maya Mariana memutuskan talian. Sudah lama tidak berjumpa kakaknya yang membawa diri ke Jepun, dengan alasan mahu sambung belajar. Padahal, patah hati. Cinta tak kesampaian. Ma dan ayah pun percaya bulat-bulat kata kakaknya itu.




“MAY MAY MAY!” jerit Aisya. Senyuman yang begitu lebar dihadiahkan buat kawan baiknya, May.

                “apa apa apa?” balas May. Tertanya-tanya juga dia, apa yang sudah berlaku? Kenapa kawannya begitu excited?

                “kau ingat tak senior yang aku pernah cerita tu? yang nama dia, Amirul.”

                “hah, ingat. Kenapa dengan dia?” balas May, sambil berkerut dahinya. Sejujurnya, dia tidak ingat siapa. Maklumlah, dia ni pelupa sikit, kalau berkaitan dengan orang. Kecuali Haikal.

                “aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia la.” Luah Aisya.

                May yang ralit membaca novel yang tertera di skrin komputernya, terus memandang Aisya. Aisya sebut jatuh cinta ke tadi? Betul ke?

                “kenapa kau pandang aku macam tu? aku salah cakap ke?” tanya Aisya pelik.

                “ya lah. Kau cakap kau dah jatuh cinta. Apa yang buat kau tahu kau dah terjatuh tu?”

                Aisya senyum. Dia berdiri memandang jauh ke hadapan.

                “aku tanya kau soalan, yang kau senyum macam orang gila ni kenapa?” perli May. Pelik betul dia lihat Aisya.

                “kau ni kan. Tak romantic betullah. Aku rasa aku patut carikan kau boyfriend la. Barulah orang yang kayu macam kau ni, lembut hati.”

                “dah tak payah nak rajin sangat. Aku ni dah macam ni, aku bersyukur dah. Tak nak aku jadi 
macam kau ni.”

                Aisya memicing matanya memandang May. “ahh, malas lah layan kau. Baik aku pergi mandi lagi bagus.”

                May mencebik. Jatuh cinta. Macam mana ya? seumur hidup, May belum pernah jatuh cinta. Minat pada seseorang tu adalah, tapi, tak adalah sampai tahap cinta. Agaknya lah.




“HAIKAL.”  

Haikal berpaling ke arah Amirul yang sedang melangkah masuk ke biliknya. Kelihatannya, Amirul membawa sesuatu di tangan.

“aku jumpa kad matrik ni dalam buku kau. Kenapa kau simpan kad ni?” tanya Amirul.

Haikal kerut dahi. Kad matrik mana pulak ni.. dia mengambil kad matrik dari tangan Amirul.

“Allah.. aku lupa nak bagi kat budak tu. aku jumpa kad ni kat library, tapi, akak tu taknak terima pulak. terpaksalah aku pegang kad ni. Nasib baik kau jumpa, kalau tak memang aku dah lupa dah pasal ni.”

Amirul ketawa.

“yang kau gelak ni kenapa pulak?”

“aku ingat kan kau dah tersuka kat budak ni. Itu yang kau simpan kad dia.”

Tergeleng kepada Haikal mendengar kata-kata Amirul. “buat lawak lah kau ni.”

“dah tu, kau nak aku fikir apa, bila kau simpan kad seorang perempuan.” Balas Amirul pula.

Haikal henjut bahu. Malas mahu membalas.

“nah, ambil kad ni. Jangan lupa pulangkan.”

Haikal pandang kad yang berada di sisinya itu. lama. Macam mana nak pulangkan ya? nak buat pengumuman?



MAY pandang jam dan lif silih berganti. Macam mana ni. Kelas dah start. Ni semua tidur punya pasal. Kalau tidur tak ganggu aku, mesti aku dah ada dalam kelas sekarang ni. Tidur, tidur.

                Ting! Lif terbuka. Hanya ada seorang manusia di dalam lif itu. dan manusia itu ialah Haikal Arami. May terkesima di hadapan lif. Nak masuk ke tak nak ni? Kenapa sekarang ni kerap betul jumpa dia? lain fakulti pun boleh jumpa ke?

                “nak masuk ke tak nak? Dah penat tekan butang ni.” Perli Haikal Arami.

                May Marissa gigit bibir bawah. Menonong dia masuk ke dalam lif. Butang nombor 5 ditekan. Dikerling lagi jam. alamak! Memang dah betul-betul lambat. Beg sandang di sebelah diseluk. Telefon di ambil. Berharap ada mesej mengatakan kelas batal. Tiada! Lif berhenti di tingkat lima. Tanpa buang masa terus dia keluar.

                “Awak..” panggil Haikal Arami.

                May berpaling. Berdetak hebat jantung dia. selaju kereta ferari. Tak, kalah ferari.

                “awak nama M..”

                “tak!” jawab May cepat, dan terus berlalu. Jeritan daripada Haikal sudah tidak dihiraukan. Entah kenapa dia rasa sangat takut. Otaknya tak mampu berfikir dengan waras. Jalan terbaik adalah lari.

Haikal mengeluh. Tak dapat jugak dia pulangkan kad tu. kenapa gadis tu lari tadi? Muka aku ni menakutkan ke? lif itu berhenti di tingkat 7. Baru dia mahu melangkah, dia terpijak sesuatu. Sapu tangan berwarna biru bercorak bunga kecil diambil. Di penghujung sapu tangan itu diukir May. Pasti milik gadis itu. Entah apa yang mendorong, dia menyimpan sapu tangan itu ke dalam beg nya. Lalu terus dia berjalan keluar dari lif tersebut.



MAY tersenyum manis sejak keluar dari kelas. Rasa bahagia betul dia pada hari itu. sudahlah datang lambat ke kelas, tak kena marah, Cuma dapat kerja tambahan, dapat pulak jumpa dengan Haikal Arami yang sudah dua minggu tidak jumpa. May berjalan menuju ke kafe. Mahu bertemu Aisya untuk pulang sama-sama ke bilik.

                Keadaan kafe petang itu sangat lengang. Mungkin ramai lagi pelajar yang belum pulang. May 
mengambil tempat duduk. Kelibat Aisya dicari.

                “sorry May. Ada hal tadi. Dah lama ke kau duduk kat sini?” sapa Aisya lalu duduk.

                “ahh, tak ade lah. Aku pun baru je habis kelas ni.”

                “nak beli makanan terus tak? Aku lapar gila ni.”

                “jom lah. Aku pun tak makan lagi hari ni.”

                Selesai mengambil lauk ayam masak merah dan nasi putih May kembali ke tempat duduknya tadi. Tapi, kelihatannya ada seorang lelaki sedang duduk di situ. Siapa ya? tak pulak dia kenal. Namun, tetap dia melangkah dan duduk di hadapan lelaki itu. mereka saling memandang buat seketika. Deheman Aisya buatkan mereka kembali kea lam nyata.

                “kenal ke?” tanya Aisya.

                “taklah.” Jawab May cepat. Dia pandang lelaki tu pun, sebab pelik, kenapa lelaki tu ada di situ. Tapi, lelaki tu pulak tenung je dia. dia pun tak tahu kenapa.

                “awak tak nak makan?” tanya Aisya.

                “tak ape. Dah makan dah tadi. Ni pun datang nak tegur awak aje. Kot la awak makan sorang saya boleh temankan.”

                Aisya senyum lebar. “baru habis kelas?”

                “haah. Tengah tunggu kawan ni.”

                Aisya angguk.

                May menjamu selera tanpa mempedulikan kedua manusia di hadapannya. agaknya inilah Amirul yang Aisya cerita tu. boleh tahan kacak orangnya.

                “May. Kenalkan ni Amirul. Awak, ni May, roommate saya.”

                Amirul dan May bertukar senyuman. Amirul sudah tahu di mana dia lihat wajah perempuan di hadapannya ini. Puas dia fikir tadi. Sekarang barulah dia ingat.

                “okay la awak. Saya pergi dulu. Malam nanti saya call. By the way, nice to meet you, May. Bye. 
Assalamualaikum.”

                “waalaikumussalam.” Jawab Aisya dan May hampir serentak.

                “kenapa korang bertenung-tenung tadi?” tanya Aisya. Sejak tadi lagi dia simpan pertanyaan tu.

                “entah. Aku pelik kenapa dia ada kat sini. Aku manalah kenal dia. kau pulak tak bagitahu aku pun dia tu Amirul. Yang part dia tengok aku, yang tu aku tak tau.”




“HAIKAL kau dah bagi belum kad matrik kat budak tu?” tanya Amirul ketika mereka sedang makan malam di kafe.

                “belum. aku nak bagi, tadi pun aku ada jumpa dia, tapi, aku tak tahu la kenapa, asyik lari je budak tu.”

                “dia minat kat kau tak.” Teka Amirul.

                “nak minat apanye, kenal pun tak. Dah lah lain fakulti.” Bidas Haikal.

                “kau ni, lain fakulti tak semestinya tak kenal. Alah, kau kan famous amos kat u kita ni. Siapa tak kenal kau.” Tambah Amirul.

                “dahlah, tak payah cakap banyak. Makan.” Putus Haikal. Sebenarnya dia sudah tidak tahu mahu membalas apa. Dia akui memang ramai yang pernah beritahu padanya, dia ramai peminat. Tapi, dari mana mereka kenal dia pun, dia tak tahulah. Setahu dia, dia cuma aktif main sukan aje, tu pun bola sepak. Takkan dalam ramai-ramai orang nampak dia aje? Tak logik kan?

2 comments:

  1. Aflia Asmina ..cerita awak best lah..tak sbar nak bce smbgan die..hehe..keep it up okay..ade potensi ni..

    ReplyDelete