Pemilik Hati 12




ALYSSA berdiri di satu sudut. Berdebar juga ada maklumlah, dia bakal ditemuduga nanti. Entah bagaimanalah sifat penemuduga dia nanti ya? Alyssa menggenggam jari yang terasa sedikit menggeletar. Alyssa menarik nafas dan menghembus dengan perlahan.

“Alyssa Nasuha Sufian” panggil pekerja di situ.

Alyssa bangun, dengan penuh hati-hati melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Di dalam nya terdapat 3 orang penenemuduga. Alyssa sempat memandang perempuan yang sangat cantik yang berada di tengah. Dia seperti pernah melihat wajah wanita itu. Tetapi dia lupa di mana. Alyssa senyum.

“baik perkenalkan diri awak.” Kata wanita yang cantik itu.

Alyssa menarik nafas.




“MACAM mana interview?” Tanya Puan Aisyah.

“okey. Agak scary la mula-mula tu, tapi.. okey.” Balas Alyssa.

“insya-Allah dapat kan?” sampuk Encik Jazlan.

Alyssa kerling lelaki itu sekilas. Sibuk aje!

“mestilah, anak mama kan.” Kata Puan Aisyah, memujuk.

Alyssa senyum kecil. “tak apalah. Lyssa dah kenyang, Lyssa naik dulu.”

Puan Aisyah angguk.

“jadi tak kita nak tunaikan haji?” Tanya Encik Jazlan, setelah Alyssa hilang dari ruang makan.

“Syah risau lah nak tinggal dia bang. Macam mana ya?”

“janganlah risau Kak Ijah kan ada. Nama kita pun dah naik tu.” Pujuk Encik Jazlan.

Puan Aisyah angguk. Dia memandang suaminya itu. Bersyukur dia mempunyai suami yang penyayang begitu.

“nanti Syah bagitahu lah dia. Mesti dia seronok mama dia nak buat haji. Tak kan dia nak halang pulak.” Kata Encik Jazlan lagi.

Puan Aisyah angguk lagi.




“KAU buat apa tu?” Tanya Alyssa.

“tak ada apa. Weh, macam mana dengan kau punya interview?” balas Fadila, di hujung talian.

“okey. Aku harap aku dapatlah kerja tu.” Balas Alyssa.

“amin.. weh, kau dengar cerita pasal Mina tak?”

“tak ada pun. Apa dia?” Tanya Alyssa berminat.

“kawan kita dah ada someone. Minggu lepas aku ada la call dia, then, dia tercerita pasal tu. Memang lawak la dia tu, dulu bukan main cakap nak bercinta lepas kahwin.” Cerita Fadila, diselangi dengan ketawa halusnya.

Alyssa ketawa. “kau biar betul. Dulu masa belajar bukan main tolak orang.”

“eleh, kau cakap orang. Kau pun, suka tolak orang. Masa start sem dulu,. Kau tak ingat?”

Alyssa diam. Betullah! Masa mula-mula dia belajar di situ adalah 2, 3 orang yang cuba mendekati, tapi ditolak mentah-mentah. Sampaikan hampir satu fakulti tahu yang Alyssa anti lelaki. Sebenarnya bukan anti lelaki cuma dia tidak berminat.

“hah, apasal diam pulak? Kau ni, kalau cakap pasal kau je, mesti diam.” Sindir Fadila.

Alyssa sengih. “macam mana dengan persiapan kahwin kau? Tinggal 2 bulan aje lagi kan.”

“emm, so far so good.”

Alyssa mendengar bunyi kereta memasuki halaman rumah. Pantas dia bangun ke pintu, bagi melihat siapa yang datang.

“weh, kakak aku balik lah. Aku blah dulu. Nanti senang-senang call aku tau.”

“baik bos. Okey, assalamualaikum.”

Alyssa menjawab salam. Telefonnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

“akak.. apa kes balik ni?” Tanya Alyssa seraya mendukung bayi lelaki dalam dukungan kakaknya.

“awat? Tak boleh ka?” balas Arina.

Alyssa sengih.

“mak su! Tak aci tau, selalu mak su dukung baby. Dulu selalu dukung Sara. Tak nak kawan mak su lagi.” omel Maisara.

Arina pantas mengambil Mikail dalam dukungan Alyssa. faham benar dia dengan sikap cemburu Maisara.

“alalah.. mak su memang la nak dukung Sara, tapi, Sara berat la. Apa kata, kita naik bilik mak su, mak su ada beli Barbie doll tau.”

“yay, tak jadi tak kawan. Jom!” jerit Maisara senang.

Arina geleng kepala. Dia berpaling kearah suaminya yang sedang mengeluarkan barang daripada boot kereta.

“Rin, masuklah. Nanti abang masuk.” Kata Imran.

Arina angguk lalu masuk.




ALYSSA menjerit kegembiraan. Sempat dia melompat di dalam bilik. Dengan pantasnya dia turun ke bawah. Dari atas, nama mamanya dijerit. Dia rasa sangat gembira!

“mama...” panggil Alyssa lagi.

Puan Aisyah berpaling. Cucu lelakinya ditinggalkan seketika.

“mama.. Lyssa dapat kerja.” Kata Alyssa.

Puan Aisyah senyum lebar. “betul? Alhamdulillah..” kata Puan Aisyah.

Alyssa angguk laju. “Lyssa baru dapat call. Kata mereka Lyssa dah boleh mula minggu depan.”

“tu lah kan mama dah cakap, anak mama ni mesti dapat punya. Papa mesti happy kalau dia tahu.” Balas Puan Aisyah gembira bagi pihak anaknya.

Semyuman Alyssa mati. “tak payah bagitahu dia pun tak apa.”

Puan Aisyah senyum, kepala anaknya diusap. “tak boleh lah, walau macam mana pun dia tetap papa Lyssa.”

“suka hati.” Balas Alyssa. Dia berlalu meninggalkan mamanya. Dia pergi mencari Arina pula.

“kakak.. Lyssa dapat kerja.” Kata Alyssa senang. Badan kakaknya dipeluk.

“Betul?”

Alyssa angguk.

“kat mana?”

“Shah Alam. Inspiration..”

“ohh, syarikat terkenal tu? As what?”

“salah seorang pereka fesyen kat situ.”

“baguslah. Kerja elok-elok. Bukan senang nak dapat kerja bagus macam tu.” Nasihat Arina.

Alyssa angguk.




PINTU diketuk. Serta merta Akif menjerit ‘masuk’. Ikhmal menjengulkan kepala.

“masuklah. Yang kau nak jadi kura-kura kenapa?” kata Akif.

Ikhmal sengih. “makan jom. Dah masuk lunch time ni.”

“iya ke? Tak perasan pulak aku.” Kata Akif lalu bangun sambil tangannya ligat mengemaskan kertas yang berterabur atas meja.

Mereka sampai di kafe sejahtera. Meja yang paling hujung dipilih. Tidak sampai 15 minit makanan yang dipesan mereka tiba.

“wey, aku tengok secretary kau punyalah hot. Kau tak tergoda ke?” Tanya Ikhmal tiba-tiba.

Akif yang baru menyuap nasi goreng hampir tersedak.

“Relax bro. Aku baru tanya soalan macam tu, dah nak tersedak. Kalau aku tanya soalan Negara aku tak tahulah. Kot pengsan kat sini.”

“kau ni. Agak-agaklah tanya soalan tu. Wartawan hiburan tak macam kau.”

Ikhmal sengih. “hah, jawab lah soalan aku tadi. Kalau kau lupa, mengenai, Hajar.”

Akif diam seketika. “aish, kau ni. Mana lah aku ada feeling dekat dia. Tak adanya aku ni nak kisah macam mana dia pakai. Tu hak dia.”

“aku lelaki, aku tahu apa yang sepatutnya kau rasa. Hot siot.” Kata Ikhmal.

Akif sengih dan henjut bahu. Memanglah setiausahanya seorang yang agak seksi. Pakaiannya juga amat menggiurkan.

“itu kau aje.” sindir Akif.

Ikhmal mencebik. “kau tahu tak?”

Akif angkat kening.

“kau dah berubah.” Kata Ikhmal. Dia memandang Akif.

“maksud kau?”

“kau dah kembali kepada Akif yang dulu.”

“ya ke?” Tanya Akif sepatah. Dia sendiri tidak perasan. Betul ke?

Ikhmal angguk. “kau dah jadi Akif yang banyak cakap. Akif yang selalu happy. Aku rasa mesti sebab Alyssa kan?”

Akif henjut bahu. Dia sendiri tidak pasti akan hal itu. Betulkah?

“eleh, tak nak ngaku pulak. Aku lega kau dah back to normal. Kalau tak aku rasa macam cakap dengan mayat hidup aje,” sindir Ikhmal.

“amboi, kau.. tak sayang mulut ke?”

Ikhmal ketawa kecil. “Betul, Kif. Mahunya tak, kalau aku cakap sepatah, kau jawab sepatah, ataupun tak jawab terus.”

“dah lah. Malas aku nak layan kau. Jom balik. Walaupun kita bos, tak bermakna boleh ambil kesempatan.”

Ikhmal angguk.

No comments:

Post a Comment