Pemilik Hati 7




“AKAK yakin mama tu tak ada apa-apa? Mama betul-betul sihat ke?” Tanya Alyssa tidak puas hati. Dia hairan, sudah 3 hari Puan Aisyah di wad, dan masih belum dibenarkan pulang. Kalau betullah Puan Aisyah tidak apa-apa kenapa perlu ditahan di wad?
  
          “betul. Akak dah Tanya dengan doktor. Doktor cakap mama kuat sangat bekerja, jadi dengan duduk di wad saja mama boleh rehatkan diri.” Balas Arina.

            “akak, kalau ada apa-apa yang akak sorok dari Lyssa, Lyssa tak nak kawan akak lagi.” ugut Alyssa, penerangan kakaknya agak mencurigakan baginya.

            Arina ketawa kecil. “pernah ke akak tipu Lyssa?”

            “okey, Lyssa percaya. Lyssa naik dulu, nak mandi.” Ujar Alyssa lalu pergi.

            Arina mengeluh, kemudian dia senyum kecil.




“LYSSA, macam mana persiapan kau untuk competition next week?” Tanya Fadila. Mesin jahit dihadapannya dibetulkan mana yang patut. Sebentar lagi kelas akan dimulakan.

            “in progress. Aku ada beberapa rekaan, tapi, aku tak tahu lagi nak pilih yang mana.”

            “aku nak tolong pilih pun tak boleh. But, I know you can do better than me.” Kata Fadila, 
memberi kata semangat.

            Alyssa senyum. “kau pulak macam mana?”

            “aku dalam proses menjahit dah sekarang. Oh ya, model nanti macam mana?”

            “haah la. Aku lupa nak settle hal tu. Macam mana erk?”

            “kau boleh jadi model.” Cadang Fadila.

            “eh, tak nak aku. Tak apa lah, nanti aku figure out macam mana. Kau guna siapa?”

            “aku dah Tanya Fateen, dia kan cantik, kecil molek pulak tu, tapi dia tak jawab lagilah.” Balas Fadila.

            Alyssa angguk. Dia berfikir seketika. Dia mahu guna siapa ya? Kalau dia tak dapat cari seseorang, Nampak gayanya dialah yang terpaksa jadi model bajunya.




ALYSSA mengeluh. Dia buntu, dia masih belum dapat mencari model untuk pakaiannya nanti. Alyssa meneguk minuman dihadapannya. Keluhan kecil dilepaskan lagi. muncung mulutnya memikirkan hal itu.

            “hai Alyssa.” sapa Maria lalu duduk. “kenapa ni? Ada masalah ke?” Tanya Maria apabila melihat 
Alyssa yang berwajah kelat.

            “saya ada pertandingan fesyen next week. Tapi, saya masih tak dapat cari model saya lagi. saya tak tahu dah nak tanya siapa.” Cerita Alyssa. Dia menghirup lagi minuman dihadapannya.

            “bila competition tu?” Tanya Maria berminat.

            “next week, on Thursday.”

            “I’m free on that day. You can use me.” Kata Maria.

            “seriously?” Tanya Alyssa tidak percaya, senyuman terukir, namun kemudian dia masam kembali. “mesti awak bergurau kan? Mana lah awak nak jadi model untuk pertandingan remeh macam ni..”

            Maria ketawa kecil. “Lyssa.. saya tak bergurau la. Betul ni.”

            “betul?”

            Maria angguk. “ saya nak jugak rasa jadi model. Walaupun acara yang tak seberapa, at least I have experience. Right?”

            Alyssa angguk. Dia masih belum percaya sepenuhnya.

            “muat ke baju awak nanti?” Tanya Maria.

            “saya belum mula buat lagi. Petang ni boleh kita jumpa? Saya ambil ukuran..”

            Maria angguk.

            “Maria, thanks.”

            “hari tu awak tolong saya. Sekarang saya pulak tolong awak.”

            Alyssa senyum. Dia bersyukur mengenali Maria.

            “eh, tak apalah. Saya kena pergi ni. Ada kuliah.” Kata Maria lalu bangun.

            Alyssa angguk lagi. “jumpa petang nanti.”




KERETA Honda Jazz milik Alyssa berhenti tiba-tiba. Alyssa gelisah. Dia kerling jam di tangan. Dia hanya ada 20 minit sebelum pertunjukan bermula. Alyssa gelisah lagi. Telefon di sebelah diambil. Nombor Fadila didail.

            “Dila.. macam mana ni, kereta aku rosak tengah jalan ni. Aku tak tahu nak buat apa?” Tanya Alyssa cemas. Dia keluar dari kereta.

            “kau ada kat mana? Aku cuba suruh orang ambil kau.”

            “dekat dengan kolej. Dekat jalan yang sunyi tu.” Terang Alyssa.

            “okey. Kau tunggu situ. Oh ya, model kau dah sampai ni macam mana?”

            “suruh Tia mekap dia. Macam yang aku bagitahu hari tu.”

            “okey.” Talian putus. Alyssa gelisah sendiri. Dia berpeluk tubuh. Alyssa bergerak ke sebelah kiri keretanya. Dia takut ada penjahat atau apa-apa saja yang menakutkan. Alyssa gigit bibir bawah.

            Dalam 10 minit menanti. Alyssa mendengar bunyi hon. Sebuah kereta Mazda berwarna hitam mendekatinya. Alyssa keluh sendiri. ‘siapa pulak tu?’ getus Alyssa. kereta itu berhenti betul-betul dihadapannya. Alyssa kaget apabila Akif keluar dari kereta itu. ‘Dia ke yang Dila hantar?’

            “cepatlah! Kata dah lambat.” Kata Akif.

            Alyssa ketap bibir. ‘Apalah malang sangat nasib aku ni?’ alyssa mengeluh. Dengan pantas dia mengambil baju di belakang, keretanya dikunci, lalu dia menerobos masuk ke dalam kereta AKif.

            “macam mana.. kau..” Alyssa diam. Dia mahu bertanya namun melihat wajah tegang Akif dia jadi tidak tahu apa yang dia mahu tahu.

            “apa yang kau nak tanya? Dah jadi gagap pulak ke?” perli Akif.

            Alyssa ketap bibir geram. ‘dia ni kan mulut tak boleh cakap elok-elok ke?’

            Akif mendengus. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia geram kan sangat. Yang pasti dia rasa sangat geram melihat Alyssa yang bersandar di luar kereta. ‘kau patut duduk dalam kereta la, bukan duduk kat luar macam tu.’

            “thanks.” Kata Alyssa lalu keluar. Dia tahu Akif juga tidak mahu dia berlama di dalam kereta lelaki itu.




IT’S a great show Alyssa.” kata Maria.

            “thanks to you sebab sanggup jadi model saya. Tapi, kita tak dapat jadi johan, sorry.” Balas Alyssa.

            “tempat kedua pun okey la.” Sahut Maria pula.

            Alyssa senyum. Ya, dia bersyukur walaupun tidak menjadi johan, menang tempat kedua pun dia 
sudah sangat bersyukur.

            Alyssa pandang Maria yang sedang membersihkan mekap di wajahnya. Alyssa pelik dengan Maria. Gadis itu anak orang kenamaan, namun, gadis itu tidak suka bermekap, cuma pakaian Maria agak moden.

            “okey, saya balik dulu. Awak balik macam mana ni? Nak saya hantarkan?” Tanya Maria.

            “ohh, tak apa. Saya balik dengan Dila.”

            “okay then. I’ll make a move first.”

            Alyssa angguk.




“MACAM mana dia boleh datang ambil aku?” Tanya Alyssa. Fadila yang sedang memandu dipandang.

            “siapa dia?” Tanya Fadila pelik.

            “Akif. Dia yang ambil aku tadi.”

            “ohh..”

            “Dila, kau ni, jangan main-main. Aku tanya betul-betul ni.”

            “eh, aku pun jawab betul-betul ni.” Balas Fadila acuh tak acuh.

            “kenapa Akif yang ambil aku tadi?” Tanya Alyssa lagi.

            “entah.” Balas Fadila acuh tak acuh.

            “cuba kau cerita elok-elok.” Marah Alyssa.

            “okey, macam ni, aku bagitahu Maria, kereta kau rosak, then dia cakap, tak apa, biar dia suruh kawan dia pergi ambil. Aku pun setuju aje lah.”

            Alyssa diam.

            “jadi kawan dia tu.. Akif la ya?” tanya Fadila.

            Alyssa diam lagi.

            Fadila ketawa.

            “apa yang kelakar?” Tanya Alyssa geram. Kemudian dia mendengus geram.

            Fadila geleng kepala.




AKIF duduk di hadapan Ikhmal yang ralit dengan majalah Bola Sepak yang dibacanya. Akif berdehem. Ikhmal hanya menjeling dan mengangkat kening. Akif memandang Ikhmal. Ikhmal merupakan abang kepada Natasya 
dan juga sepupu kepadanya. Jadi, Ikhmal lah satu-satunya manusia yang tahu kisah hidupnya, yang 
mengenali dia sebenar-benarnya. 

            “hujung minggu ni kau buat apa?” tanya Akif.

            “kenapa? Kau nak ajak aku pergi kubur Tasya?” Tanya Ikhmal tanpa menjawab pertanyaan Akif.

            Akif telan liur. ‘tengok? Apa yang aku maksudkan pun dia faham.’

            “Dila!” jerit Ikhmal, Akif dikerling, memberi maksud, tunggu.

            Fadila mendekati. Akif tahu kalau Fadila ada maknanya Alyssa mesti ada sekali. Akif mengambil majalah Ikhmal, lalu pura-pura dibaca. Dia sebenarnya anti kepada bola sepak. Entah, dia sendiri tidak tahu apa yang dibacanya.

            “ada apa abang Ikhmal?” Tanya Fadila.

            “tahu kan, hujung minggu ni kita ada explorace dekat dataran merdeka?” Tanya Ikhmal.

            Fadila angguk.

            “Lyssa tak nak join?” Tanya Ikhmal.

            Alyssa senyum lalu menggeleng.

            “duduklah, atau korang ada kelas?” ajak Ikhmal.

            Akif berdehem. Ikhmal kerling Akif, kemudian dia berlagak tidak faham.

            “tak apalah abang Ikhmal, kami ada kelas ni. Kami pergi dulu.” Kata Fadila lalu pergi. Alyssa sempat menghadiahkan jelingan buat Akif. geram juga dia dengan perangai Akif itu.

            Akif senyum nipis.

            “dah kau ni kenapa huh?” Tanya Ikhmal, tidak puas hati.

            “aku, kenapa?” Tanya Akif kembali, sengaja mahu mengapikan Ikhmal.

            “eleh, ni sejak bila pulak kau baca majalah macam ni. Bola pun kau tak pernah tengok! Bak sini.”

            Akif mencebik. Majalah yang dirampas Ikhmal dikerling sekilas.

            “kenapa kau nampak macam anti sangat dengan Lyssa?” Tanya Ikhmal ingin tahu. Sebenarnya sudah lama dia ingin tahu hal itu. Dia nampak bagaimana dinginnya Akif melayan Alyssa, dengan gadis lain juga Akif begitu, tetapi dengan Alyssa caranya agak berlainan.

            “mana ada..” balas Akif acuh tak acuh.

            “alah, kau tak payah nak kencing aku la. Aku kenal kau dah lama Kif.” Kata Ikhmal cuba 
memancing Akif.

            Akif diam. Dia juga tidak tahu mahu membalas apa.

            “Kif, kau suka Lyssa eh?” duga Ikhmal.

            “kau jangan nak mengarut. Tak ada nya aku suka dia, benci ada la.”

            “kau jangan...”

            “jangan.. apa?”

            “kau masih tak dapat lupakan arwah adik aku kan? Kif, lupakan dia, dia sejarah hidup kau, kau patut cari pengganti kalau nak lupakan dia sepenuhnya..”

            Akif mengeluh.

            “lagipun, kau ada segalanya, rupa, duit, pasti ada yang sedang menunggu kau.”

            “nanti sampai masanya..”

            “bila tu? Kau tahu tak, dah 5 tahun Tasya pergi, 5 tahun jugak kau hidup macam ni. Akif yang banyak cakap, selalu ketawa.. mana pergi Akif yang itu?”

            “Mal, kau tak payah lah nak ungkit kisah lama.” Balas Akif. Dia juga terfikir, bila agaknya kali terakhir 
dia ketawa? Sepanjang 5 tahun ini mana pernah dia ketawa?

            “kalau aku tak ungkit, kau jadi makin teruk.”

            “tak adalah, aku okey.”

            “okey kau kata?”

            Akif diam.

            “sudahlah, cakap dengan kau ni. Aku ada kelas ni. Balik nanti tunggu aku.” kata Ikhmal, mengalah. Cakap dengan Akif memang membazir air liur sahaja. Keras kepala Akif, lebih keras daripada besi. Besi kalau terkena pun masih boleh dilenturkan.


No comments:

Post a Comment