Kau Pujaan 4



ENCIK Hazman menyediakan meja makan, dia hanya menyediakan juadah yang mudah. Ayam masak merah, dan juga tomyam. Sudah 20 tahun dia hidup menyendiri, ditinggalkan isteri yang disayanginya. Pada mulanya hidup dia kontang-kanting, namun, demi anak-anaknya dia bangkit. Dia tahu anak-anak lebih memerlukan dia.

“papa..” sergah Dhiya.

Tersentak sedikit Encik Hazman, dia mengawal kejutnya dengan senyuman. “apa buat papa macam tu? Kalau papa ada sakit jantung…”

“alah.. papa tu yang termenung. Papa menungkan apa?” Tanya Dhiya lalu mengambil tempat duduk. Rasa lapar mula datang.

Encik Hazman menggeleng. “mana abang?”

Dhiya sekadar mengangkat bahu.  Dia mula mengambil mangkuk nasi. Kalau abangnya lapar pandailah abang dia turun. Kan?

“amboi.. makan tak tunggu abang dulu?” sapa satu suara dari belakang.

Serentak Dhiya dan Encik Hazman berpaling. Dhiya sengih.

“Haziq.. meh makan.” Ajak Encik Hazman.

Haziq bergerak ke meja makan, dan mengambil tempat duduk di hadapan Dhiya.

“bila balik dik?” Tanya Haziq sambil menyambut huluran Dhiya.

“tadi. Itulah, abang tidur, tak sedar adik balik. Apa punya abanglah.” Usik Dhiya dengan membuat mimik merajuk.

Haziq ketawa, tahu adiknya bergurau.

“macam mana dengan majlis merisik  Ziq?” Tanya Encik Hazman.

Haziq senyum sambil melirik kepada Dhiya yang membuat muka terkejut. Pastilah terkejut, Dhiya belum tahu tentang berita itu.

“merisik? Merisik siapa?” Tanya Dhiya pelik.

“abang Dhiya nilah.” Balas Encik Hazman.

“Dhiya ingat Kak Dahlia? Abang dan dia dah setuju untuk kahwin. Jadi hujung minggu ni abang nak masuk merisik. Itupun papa yang nak sangat merisik tu. Ikutkan abang, terus tunang aje.” Balas Haziq dengan senyuman lebar.

“ohh, kak Dahlia. Ingat. Wah, hari tu cakap kawan. Pandai ya.. kalau kak Dahlia, Dhiya setuju lah.” Balas Dhiya.

Encik Hazman dan Haziq ketawa kecil.

“pa, semalam Haziq call Pak Long, katanya boleh datang. Nanti dia bawak anak-anak dia sekali.” Kata Haziq ketika ketawa mereka reda.

“baguslah kalau macam tu. Lagi ramai lagi bagus. Segan jugak papa nak ke rumah orang ni.” Sambung Encik Hazman.




RIFQI duduk bersila di atas kerusi malas di koridor. Iphone di tangan dipandang buat kesekian kalinya. Hatinya berat mahu menghubungi Dhiya. Selama 5 hari sejak mereka bertemu dulu, hampir setiap hari dia teringatkan Dhiya, seingat dia belum pernah dia begitu. Apatah lagi, mereka berkenalan tidak sampai satu hari pun. Rifqi mengeluh panjang. Nombor kawan Dhiya dihubungi, menyesal juga dia, kerana tidak meminta nombor telefon Dhiya.

Talian bersambung, dan satu sudhiya mengucap salam. Rifqi menjawab soalan seadanya.

“cari siapa?” Tanya Aqeela.

“Dhiya, ada?” Tanya Rifqi perlahan.

“masuk hari ni dah 2 kali encik telefon. Macam ni lah, kalau encik nak cakap dengan Dhiya tunggu lagi dua bulan.”

“err.. boleh saya mintak nombor telefon dia?”

“maaf.. saya tak dapat nak tolong. Sorry.” Talian putus.

Rifqi mengeluh. Ya, memang betul. Sudah 2 kali dia menelefon kawan Dhiya itu. Dia hilang daya. Dia juga tidak faham apa yang menyebabkan dia terlalu ingin menghubungi Dhiya. Apa yang pasti dia suka meluangkan masa dengan Dhiya.

“Rif..” panggil Airel lalu mengambil tempat duduk di sebelah Rifqi. Dia hanya berdiri di belakang Rifqi tadi apabila melihatkan sepupunya itu mengeluh sahaja. Dan dia mendapat satu maklumat. Dhiya, siapa Dhiya?

Rifqi hanya mengangkat kening tanpa berpaling ke arah Airel.

“kau ni kenapa? Aku tengok mengeluh memanjang. Kau fikirkan Hana lagi?”

Rifqi senyum nipis. “tak lah. Mana ada. Aku dah stop fikir pasal dia. She’s the past.”

“bagus. So, kenapa kau macam ni? Macam kucing hilang anak aje.”

Rifqi ketawa senada. “ya ke?”

Airel berkerut. “ada apa-apa kau sorok dari aku kan?”

Rifqi diam. “belum masanya Rel. nanti aku cerita.”

“kau ni ada-ada je tau. Oh ya,” Airel bangun ke meja kopi. Satu surat khabar diambil. Dihulurkan kepada Rifqi.

Rifqi memandang Airel memerlukan penjelasan.

“aku ada baca satu artikel tadi. Pasal kau dan seorang gadis misteri. Aku pun tak kenal siapa perempuan dengan kau tu.” Terang Airel.

Terkocoh-kocoh, Rifqi mencari artikel itu. Gambar dia dan Dhiya, dan ketika itu Rifqi menarik tangan Dhiya masuk ke dalam kereta. Airel diam seketika.

“siapa perempuan tu?” Tanya Airel.

“tak ada siapa.” Balas Rifqi sepatah. Pasti peminat dia yang tidak puas hati mengambil gambar mereka dan menghantarnya ke ruangan itu. Airel senyum.

“lah, biasa kalau ada gosip macam tu kau tak suka. Ni senyum pulak, apa hal?” Tanya Airel agak pelik.

Rifqi senyum lalu berlari ke bilik tidur. Jeritan Airel tidak dipedulikan. Di bilik Rifqi menggunting gambar tersebut dan menampal gambar itu di dinding. Kemudian dia, merenung gambar itu. Lama. Akhirnya dia menggelengkan kepala. Kau gila Rifqi!




DHIYA bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Papa dan Abangnya pula sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, keseorangan lah dia di rumah. Dhiya menekan remote di tangan dari satu sidhiyan ke siaran yang lain. Tangannya berhenti bergerak apabila melihat wajah Rifqi di televisyen. Drama lakonan Rifqi yang tidak pernah dia tonton. Tiba-tiba dia terasa rindu pula kepada Rifqi.

Dhiya menggeleng pantas. Rindu? Tak, tipu. Dhiya mengalih siaran. Dia tidak sanggup melayan perasaan yang tidak betul itu. Dhiya berpaling apabila mendengar pintu dibuka. Wajah Haziq terjengul di muka pintu. Dhiya melemparkan senyuman.

“awal abang balik?” sapa Dhiya.

Haziq mengambil tempat di sebelah Dhiya. “malam ni on call. Abang balik bila dah habis check patient.”

Dhiya mengangguk. Dia sangat berbeza dengan abangnya. Abangnya suka belajar sedangkan dia tidak. Setahun dia  mengambil program matrikulasi dalam jurusan akaun. Seterusnya dia menyambung ijazah dalam bidang bisnes. Harapan dia mahu membuka butik idamannya satu hari nanti.

Haziq yang sedang membaca surat khabar dikerling. Kemudian dia menonton televisyen lagi. Program Masterchef yang sedang disiarkan menjadi tatapan. Satu lagi hobi dia, menonton program masakan kemudian mencuba resepi yang ditunjukkan. Haziq meletakkan surat khabar di atas meja kopi. Dhiya menyambar pantas. Ruangan hiburan di cari.

“adik, kau ni selalu sangat baca hiburan yang entah apa-apa tu.” Komen Haziq sambil menggelengkan kepala.

“suka hati oranglah. Abang tu duk  baca pasal politik yang entah apa-apa tu, tak apa pulak?” peril Dhiya.

Hampir terbeliak mata Dhiya melihat artikel yang menempatkan gambar dia dan Rifqi. Walaupun tidak jelas tu adalah dia, namun, Dhiya yakin itu adalah dia. Haziq yang melihatkan wajah terkejut Dhiya mendekati. Dia turut membaca artikel itu.

“Rifqi Zaim ada kekasih?” Haziq membaca tajuk artikel. Sekilas dia melihat gambar yang terpapar. Dia mencebik.

Dhiya buat selamba.

“apasal kau macam terkejut je dik? Kau sedih dia dah berpunya? Kau minat artis muka cute macam tu?” Tanya Haziq bertalu-talu.

Dhiya senyum lega, apabila Haziq tidak perasan yang perempuan itu adalah dia. “tak adalah. Berlakon terkejut aje.”

Haziq menggeleng lagi. “kau ni macam-macam lah. Oh ya, kau dah kemas guest room? Esok Pak Long datang.”

“demi abang yang tersayang, mestilah dah.” Balas Dhiya.

Haziq sengih. “dah la dik, abang nak mandi lah.”

Dhiya mengangguk. Bayang Haziq hilang, dia mengambil kembali surat khabar itu. dia membaca keseluruhan artikel itu. Lega kerana tiada apa yang pasti. Penulis artikel itu sendiri tidak tahu benar atau tidak berita itu. Yang pasti gambar itu memang Rifqi Zaim. Dhiya senyum lega. Dia berjanji tidak akan melibatkan diri dengan artis lagi, terutama Rifqi Zaim.





DHIYA sibuk menyediakan air buat keluarga Pak Long nya. Riuh kedengaran di ruang tamu dengan perbualan Pak Longnya dengan papanya. Dhiya turut menyediakan kek coklat yang dibuat oleh nya tengah hari tadi. Dulang di bawa ke ruang tamu.  Pak Long datang dengan membawa keempat-empat anaknya.

“ini ke Dhiya, Man?” Tanya Pak Long.

Encik Hazman sekadar mengangguk. Dhiya senyum sambil meletakkan cawan berisi air teh di atas meja. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Haziq.

“dah besar pun Dhiya ni. Tak lama nanti kau dapat menantu lelaki pulak Man.” Puji Mak Long pula sambil melirik ke dhiyah Dhiya.

Dhiya tersengih. Tipikal orang tua kalau berborak tak sah kalau tak cakap pasal kahwin.

Encik Hazman ketawa kecil. “agaknya lah Kak Long.”

“Dhiya, Haziq, ingat lagi dengan anak-anak Pak Long ni?” Tanya Pak Long.

“yang saya ingat Hanim, anak sulung dengan Rina, bongsu pak long ni je. Yang lain, ingat-ingat lupa pulak saya.” Balas Haziq sambil tersengih.

“ini Radzi, anak kedua Pak Long  dan yang sebelah dia tu Khairul.” Terang Paklong.

Haziq mengangguk sementara Dhiya tidak ambil pusing apa yang dibualkan di ruang tamu itu. Yang dia ambil pusing mata seorang lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Dari tadi asyik merenungnya. Dia mahu berlagak tidak tahu, tetapi dia geram.

“abang, Adik nak naik atas. Tolong adik lari.” Bisik Dhiya.

Haziq yang tidak faham apa-apa mengikut sahaja. Haziq bangun dengan alasan mahu melihat persediaan untuk majlis merisik esok. Dhiya ditarik sekali ke atas. Sampai di atas, terus Haziq bertanya.
   
       “kenapa adik nak lari pulak?”

       “abang perasan tak mamat yang duduk sebelah Mak Long tu. Siapa dia?” persoalan dijawab dengan soalan.

       “ohh, itukan cousin kita, Radzi. Anak Pak Long yang baru balik dari UK. Kenapa dengan dia?”

      “rimaslah. Tengok orang macam tak pernah nampak orang.” Bebel Dhiya.

      Haziq ketawa. “dia berkenan kat kau lah tu, dik.”

      Dhiya sekadar mencebik.

     “handsome apa? Adik tak berkenan ke?” provoke Haziq lagi.

     “tak naklah. Handsome buat apa, etika tak ada.” Komen Dhiya.

      Haziq ketawa lagi.

No comments:

Post a Comment