Pemilik Hati 2



“LYSSA..” panggil Puan Aisyah.

            Alyssa diam. Dia berpura-pura sibuk tangannya tangkas menaip sementara matanya langsung tidak lari dari skrin computer ribanya. Hakikatnya, dia sendiri tidak tahu apa yang ditaipnya.

            “minggu depan papa akan pindah sini.”

            Alyssa diam lagi.

            “Lyssa.. mama harap Lyssa boleh terima uncle Fazlan sebagai papa baru Lyssa.” Pujuk Puan Aisyah sabar. Walaupun dia dapat meneka apa yang bakal dibalas oleh Alyssa.

            Alyssa tetap diam. Hanya dengusan nafas yang keluar dari mulut gadis itu.

            “Lyssa sayang...”

            “mama.. mama buatlah apa yang mama suka. Mama nak ajak uncle Fazlan datang sini? Hah, panggil. Yang pasti mama jangan paksa Lyssa untuk terima uncle Fazlan sebagai papa Lyssa. Sampai bila-bila dia tak dapat ganti papa.” Alyssa bangun. Berkemas barang yang ada di atas meja, berkira-kira mahu masuk ke dalam kamar. Sangkanya mama tak akan keluar ke taman petang itu.

            “Lyssa. Mama sayang Lyssa”

            “kalau mama sayang Lyssa, mama tak kan kahwin dengan lelaki tu.” Balas Alyssa tegas.

            “Lyssa..” panggil Puan Aisyah.

            Alyssa berlalu masuk ke dalam rumah. Sakitnya hati hanya TUHAN yang tahu. Mamanya berkahwin dengan kawan papanya sendiri. Orang yang dia kenal sejak kecil, orang yang melayannya seperti anak sendiri sejak dulu lagi. Namun, setelah 5 tahun kematian papanya, dia mendapat tahu mamanya mengahwini lelaki itu. Setelah berkahwin barulah mamanya memberitahunya akan hal itu.

            Siapa dia di hati mamanya? Itulah yang buatkan dia sedih memikirkannya. Sampainya hati mama menggantikan papa. Walau apa pun, dia masih sayangkan papa, dan dia yakin tiada siapa mampu menggantikan papa di hatinya.



“LYSSA jom keluar!” ajak Fadila.

            “aku malas lah. Aku tak ada mood ni.” Balas Alyssa. Sungguh dia terasa sangat malas mahu keluar.

            “alah, jom lah. Ada movie baru tau. Rugi kalau tak tengok. Box office tu.” Pujuk Fadila lagi.

            “sorry la babe, tapi kau tengok aje lah ya?” tolak Alyssa lagi.

            “jom lah temankan aku. Mina dengan Zety semuanya sibuk. Jom lah, aku pergi ambil kau, sekarang eh?”

            “tapi..”

            “please..”

           “ya lah. Datang ambil aku.” Balas Alyssa. Tidak sanggup pula dia mahu mengecewakan Fadila. Tambahan pula, dengan suara Fadila merayunya begitu.
           


“TAK seronok pun cerita ni? Macam mana boleh jadi box office?” komen Alyssa. Mereka berjalan keluar dari panggung wayang.

            “seronok la. Aku suka jalan cerita dia. Ada...” Fadila berhenti.

            Alyssa kerut dahi. Belum sempat dia melihat siapa yang Fadila lihat, dia ditarik oleh Fadila.

            “hai, abang Ikhmal..” tegur Fadila mesra.

            Alyssa faham kini. Dia ditarik untuk menegur lelaki yang Fadila sukai. Ikhmal namanya ya..

            “hai, Dila kan? Tak sangka jumpa kat sini..” balas lelaki bernama Ikhmal itu.

            “tu lah. Oh ya, Kenalkan ini Alyssa”

            Alyssa menyambut salam yang dihulur Ikhmal dengan senyuman nipis. 

            “abang datang seorang aje ke?” Tanya Fadila mesra.

            “tak adalah. Hah, tu, abang datang dengan Akif.”

            Alyssa pandang ke arah orang yang ditunjukkan Ikhmal. Alangkah terkejutnya dia, lelaki itu sedang 
menuju ke arah mereka.

            “inilah Akif Afham, my cousin.”

            Fadila dengan mesranya menyalami Akif Afham. Alyssa pula dengan berat hati menyambut salam lelaki itu, walaupun dia amat tidak suka akan pertemuan itu.

            “alang-alang jumpa jom abang belanja makan?” pelawa Ikhmal.

            Mendengarkan itu cepat-cepat Alyssa memegang tangan Fadila. Namun, usahanya sia-sia. Dengan cepatnya juga Fadila menyatakan persetujuan. Alyssa gigit bibir bawah. Geram di hati usah dikata. Mahu saja dia mencubit mulut Fadila. Marah tidak guna terpaksa dia mengikut Fadila. Kalau dia mahu terus balik pula, apa kata Ikhmal nanti? Susah betul jadi orang yang ada perasaan ni.



ALYSSA melalui kaki lima untuk ke kelas. Namun, langkahnya dihentikan apabila dia mendengar sesuatu. Alyssa menapak ke arah suara tersebut.

I hanya anggap you sebagai kawan. Tak lebih dari itu. Jadi, I harap you tak buat I macam ni lagi.” Marah satu suara.

            Atas rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan rasa busybody yang Alyssa ada, dia mendekati suara itu. Langkahnya diperlahankan supaya kehadirannya tidak disedari.

            “tapi.. Akif, I sayangkan you. Dah lama I simpan perasaan ni. Semenjak kali pertama kita berjumpa lagi..” rayu satu suara yang agak ayu bunyinya.

            Alyssa mengintai di sebalik dinding. Tidak dia sangka lelaki yang tak guna itu rupanya, dan lelaki itu bersama seorang perempuan. Tidak pula dia pasti siapa kerana dia hanya dapat melihat belakang perempuan itu.

            “Maria. Please, I tak pernah suka you dan tak akan suka you.” Balas Akif tegas. Wajahnya tetap seperti biasa, tegang sahaja. Begitulah lelaki itu sejak pertama kali Alyssa melihat lelaki itu.

            “Akif..”

            Tanpa kata pamitan Akif Afham melangkah pergi.

            Alyssa yang kaget tidak sempat pergi, berpura-pura membaca buku dan mendengar lagu. Nasibnya baik, dia yang memang selalu membawa earphone di dalam poket memudahkan dia untuk berlakon. Akif Afham berhenti seketika di hadapannya, Alyssa pula berpura-pura tidak perasan. Setelah Akif berlalu barulah Alyssa berlalu. Perempuan yang bernama Maria itu, dilihatnya masih berada di situ. Alyssa mencebik lalu pergi dari situ.



“AKU dengar yang dia suka kat si Akif tapi Akif tak ada perasaan kat dia..” kata Fadila semangat.

            “kesian kat minah tu. Cantik, anak orang kaya lagi, tapi, still Akif tu tak pandang.” Komen Zetty pula.

            Alyssa tarik nafas panjang. “korang ni kan, selalu sangat ambil kisah pasal dia. Cukup-cukuplah.. he`s no one.” Marah Alyssa. Sungguh dia bosan, asyik mendengar cerita tentang lelaki tidak berguna itu.

            “Lyssa, kau cakap dia tu no one. Satu kolej kenal dia, ramai pulak yang tergila-gilakan dia. No one apa macam tu.” Balas Mina.

            Alyssa mencebik. ‘sebab semua yang gilakan dia tu buta. Dah lah lelaki tu sombong, ego, dingin pulak tu. Siapa lah nak dengan orang macam tu? Naya je berpasangan dengan lelaki macam tu’

            “entah kau ni.” Sampuk Fadila pula.

            “apa-apa aje lah. Yang pasti aku tak berminat. Lain kali kalau aku ada korang jangan cakap pasal dia.” Kata Alyssa tegas.

            Fadila, Mina dan Zety berpandangan.

            “apa?” Tanya Alyssa apabila melihat pandangan aneh kawan-kawannya.

            “kau jangan.. cakap.. kau..” duga Fadila.

            “apa?” Tanya Alyssa geram.

            “kau jealous?” Tanya ketiga-tiga mereka.

           “jealous? Memang tak lah. Ish, tolonglah, tak ada masa la weh. Dah lah, jom pergi kelas. Kita ada tutorial kan? ” bidas Alyssa lalu pergi. Sempat dia menjeling kawan-kawannya.

            ‘jealous? Ish, meluat ada lah!’ desis Alyssa.



ALYSSA meninggalkan kawan-kawannya yang berada di dalam dewan yang bising dengan bunyi muzik. Itulah sebabnya dia malas mahu pergi ke majlis Alumni itu. Dia pula bukanlah seorang yang suka menghadiri acara yang penuh dengan orang dan suasana yang bising. Dia juga tidak suka hendak bersosial dan berborak mesra dengan semua orang. Dia lebih suka bersendiri. Alyssa melangkah ke arah bangku di luar dewan. Dia duduk di situ tanpa berfikir panjang.

            Baru dia mahu menikmati malam yang dingin dia mendengar suara orang menangis. Dia bangun dan melangkah ke arah suara yang sedang menangis. Sampai di satu sudut dia lihat seorang perempuan sedang duduk sendirian dan menangis. Dia baru mahu melangkah pergi dia kemudiannya lihat seorang lelaki sedang mendekati perempuan itu.

            “hai, Maria, you buat apa kat sini sorang-sorang?” Tanya lelaki itu.

           Perempuan itu berdiri. “kau siapa?” Tanya perempuan itu dalam esaknya. Perempuan itu bergerak ke belakang.

            “you pura-pura tak kenal I ke? come on, pernah jumpa dulu Maria. Jom, kita ke club, or maybe hotel?” Tanya lelaki itu sambil cuba mendekati perempuan itu.

            “Maria!!” jerit Alyssa. Entah dari mana dan apa yang mendorongnya berbuat demikian. Dia mendekati perempuan itu. “apa you buat kat sini? I cari you tau. Jom masuk!” ajak Alyssa.

            Perempuan itu kelihatan kaget, namun mengangguk. Mereka berlalu dengan selamat. Alyssa pun tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, yang pasti itu adalah reaksi secara spontan.



THANKS, Alyssa..” ucap gadis itu.

            Di bawah cahaya lampu jalan di bangku yang dia duduk tadi membuatkan dia mengecam gadis itu. Maria, yang pernah dilihatnya bersama dengan Akif Afham.

            “sesiapa pun kalau di tempat saya akan buat macam tu..” balas Alyssa ikhlas.

            Maria kelihatan sugul kembali.

            “awak tak patut sorang-sorang di tempat yang gelap. Bahaya!” nasihat Alyssa. ‘ah, nak nasihat orang konon, aku pun suka buat macam tu.’

            Gadis itu menangis lagi. Alyssa kaget. Aku salah cakap ke? Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

            “awak.. maaf kalau saya..”

            Maria menggeleng laju. “hati saya hancur bila orang yang saya cintakan.. saya bertepuk sebelah tangan rupanya. Padahal saya sangat sayangkan dia.. kenapa begini jadinya..?”

            Alyssa tarik nafas panjang. Sekarang dia tahu apa masalahnya.

            “saya ikhlas, saya sanggup tunggu kalau dia tak bersedia, tapi dia..” Maria berhenti. Sepertinya dia tidak dapat membendung kesedihan yang dia rasa.

            “Maria.. kadang-kadang kalau kita tak ditakdirkan untuk sesuatu maknanya kita akan dikurniakan yang lebih baik dari yang kita mahukan. Percayalah, awak akan jumpa lelaki yang lebih baik. Lagipun kumbang bukan seekor.”

            “Alyssa... awak pernah ditolak?” Tanya Maria.

            Alyssa senyum. “saya belum pernah ditolak. Tapi, saya memang pernah sukakan seseorang.”

            “then?”

            “saya biarkan aje perasaan saya tanpa buat apa-apa. Tahu saya kolot, tapi saya tetap berpegang yang perigi tak patut cari timba.”

            Maria senyum nipis. “kalaulah, saya boleh jadi macam awak.. awak menyesal dengan apa yang awak buat?”

            “kadang-kadang.. tapi saya rasa saya akan jumpa yang lebih baik. And I believe in fate..”

            Maria senyum lagi.

            “pasal lelaki tu, awak tak perlulah menangis. Satu masa nanti awak akan sedar betapa bodohnya 
awak menangis kerana lelaki. Masa tu, awak pasti gelakkan diri sendiri.” Pujuk Alyssa lagi.

            Maria ketawa kecil. “thanks again.. saya baru kenal awak, tapi...”

            “small matter..” balas Alyssa sambil mengenggam tangan Maria.



ALYSSA melangkah pantas ke bilik pensyarahnya. Jam di tangan kiri dikerling. Melihatkan hanya tinggal 10 minit sebelum masa penghantaran assignment-nya tamat dia melajukan lagi langkahnya. Sampai di satu selekoh, sekelip mata dia berada di lantai. Kertas di tangan tadi berterbangan, bahunya sakit, rambutnya serabai. Dengan hati yang bungkam Alyssa bangun.

            “oi, mata letak mana huh?” marah Alyssa. Kertas yang berada di lantai masih belum dikutip. Dia mahu melampiaskan marahnya kepada insan yang melanggarnya tadi. Namun, dia bagaikan terkaku apabila melihatkan orang yang melanggarnya adalah, ya, dia lagi. Akif Afham!

            “kau yang jalan tak pandang kiri kanan!” marah Akif lagi. Bahu yang sakit hilang dek marah yang membahang. ‘dia yang langgar aku, aku yang kena marah pulak!’

            “sesedap mulut kau aje salahkan aku. Kau tu yang salah, idiot!” marah Alyssa lagi. hari tu kau panggil aku macam tu, kali ini aku balas pulak kat kau. Padan muka!

            “How dare you called me that?” marah Akif. Dia mendekati Alyssa. Badan kecil itu ditolak ke dinding.

            Alyssa kaget. Debaran di dada bagaikan mahu pecah.

            “Tak padan dengan perempuan, mulut celopar.” Perli Akif.

            “kau jangan ingat kau lelaki aku takut? Aku tak takutlah!”

            “kau...”

            Tiba-tiba telefon bimbit Alyssa berdering. Alyssa menolak badan Akif dengan sekuat tenaga, lalu menekan punat hijau apabila melihatkan nama Fadila terpapar di skrin.

            “Dila, hah? Baik, aku pergi sekarang! Kau lengahkan prof.” Kata Alyssa cemas. Gara-gara 
kemalangan ini dia sudah hampir terlepas waktu. Tanpa mempedulikan Akif, Alyssa tunduk mengutip kertas di lantai lalu terus pergi. .

            “hoi..!” jerit Akif.

            Alyssa pura-pura tidak dengar. Dia terus meninggalkan Akif. Dia cuma berharap mereka tidak bertemu lagi.


No comments:

Post a Comment