Kau Pujaan 2



DHIYA melangkah perlahan menyusuri jalan kampung yang di sisinya dihiasi oleh padi yang menghijau. Dhiya rasa tenang. Sampai di satu tempat dia terdengar bunyi bising. Sepertinya suara perempuan. Dhiya mendekati, cuma mahu tahu apa yang terjadi. Dilihatnya ada sekumpulan anak gadis mengerumuni sesuatu. Dia pelik. Dia mendekati.

Sekumpulan gadis muda itu sedang mengerumuni…

“Rifqi Zaim?” bisik Dhiya perlahan. Rifqi Zaim merupakan penyanyi dan pelakon yang amat diminati gadis di seluruh Malaysia. Wajah Rifqi Zaim yang comel, bak kata orang putih ‘baby face’, pandai bergaya, dan tinggi pulak tu. Memang padanlah dia diminati ramai. Lakonannya juga boleh tahan.

  Keriuhan suara peminat Rifqi Zaim, buat dia rasa menyampah. Di tambah pula, dia tidak meminati artis yang  berwajah  comel  begitu. Lainlah kalau Aaron Aziz, boleh jadi dia histeria sepanjang hari. Dhiya berpaling. Dia mahu pulang. Langkahnya diatur perlahan.

“tunggu!” panggil satu sudhiya.

Dhiya berhenti melangkah, dan berpaling. Siapa yang memanggil? Dia berkerut dahi.  Dilihat Rifqi Zaim sedang mendekati dirinya. Rifqi Zaim ke yang panggil dia?

Rifqi Zaim meninggalkan peminatnya dan mendekati Dhiya. Peminat Rifqi Zaim mula berbisik.

“ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Tanya Dhiya pelik.

“awak tak kenal siapa saya?” Tanya Rifqi Zaim.

Dhiya ketawa. “kenapa awak tanya soalan tu?”

“ya atau tak?” tegas Rifqi Zaim.

“ya, saya kenal awak.” Balas Dhiya.

“jadi?” sambung Rifqi Zaim cepat-cepat. Riaknya berkerut tidak percaya.

“apa?” tanya Dhiya kembali. Sungguh dia tidak faham apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

Rifqi Zaim hanya merenung Dhiya. Dia dibalut pelbagai persoalan. Belum pernah dia tidak dipedulikan begitu. Biasanya, dia akan dikejar walau di mana saja dia pergi. Tapi, gadis dihadapannya itu hanya melihat dia sekilas, kemudian berlalu? Aneh.

“kalau awak nak tenung saya macam tu. Baik saya balik aje.” Balas Dhiya. Dia mula melangkah. Saat dia berpaling, dia lihat sebuah kereta Porsche berwarna hitam. Dia terpegun. Kereta pujaannya selama ini ada di hadapannya. Dhiya mendekati.

“don’t touch!” marah Rifqi Zaim, lalu meluru di hadapan Dhiya.

Dhiya mencebik. “kedekut. Bye.” Dhiya melangkah lagi. Hatinya berbunga riang melihatkan kereta idamannya itu.

“okey, bye girls, kita jumpa lagi ya?”kata Rifqi lalu mengejar Dhiya. “jom ikut saya.” Ajak Rifqi. Tangan Dhiya ditarik mengikut dia. Dhiya yang meronta dilepaskan tidak dipedulikan.

“masuk.” arah Rifqi.

        “tak nak! Awak buat apa ni?” marah Dhiya. Badannya dikeraskan.

        “ikut saya, kalau tak saya…”

Dhiya dengan beraninya menentang mata Rifqi. Dia tidak mahu kalah dengan Rifqi. Siapa Rifqi mahu memaksa dia?

“saya angkat awak.”

Terbuntang mata Dhiya mendengarkan ayat itu. Serta merta darahnya mendidih. Angkat? Apa dia ingat aku kucing senang-senang dia nak pegang.

Dhiya mencebik. “ awak tak akan berani.”

“awak cabar?”

Melihatkan Rifqi yang seperti bercakap benar buatkan dia rasa takut. “okey, saya ikut.”

Rifqi ketawa senang. Dhiya masuk ke dalam kereta. ‘ikut suka kau lah. Janji aku dapat merasa kereta idaman aku ni.’




KERETA Rifqi memasuki lorong demi lorong. Sepanjang satu jam mereka di dalam kereta itu, tiada sepatah perkataan pun yang mereka borakkan. Dhiya dengan persoalannya, Rifqi pula dengan rasa sakit hatinya. Sehinggalah mereka tiba di satu kawasan yang sunyi. Seperti sebuah jalan yang tidak digunakan. Dhiya mula takut. Dia berpaling kedhiyah Rifqi.

“awak buat apa ni? Awak nak ke mana hah? Apa yang awak cari kat sini? Kenapa awak ajak saya ke sini? Kenapa..”

“shh.. kita sesat. Awak tahu tak? Sesat. S.e.s.a.t..” potong Rifqi, tenang.

“apa?” tempik Dhiya.

“ouch. Sakit telinga saya tahu tak?” marah Rifqi.

Dhiya keluar dari kereta. Dia geram. Dapat dia rasakan darahnya mengalir dengan pantas. Silap hari bulan mahu Rifqi diterajangnya.

Rifqi juga keluar dari kereta. “saya,.. saya..”

“apa saya.. saya? Awak tahu tak apa yang awak buat ni? Awak ajak saya ikut awak, awak masuk jalan sesuka hati awak, lepas tu awak kata kita sesat? Mudahnya hidup awak.” Marah Dhiya.

“saya tak tahu jalan di sini. Baru dua hari saya kat sini.”

Dhiya mendengus.

“awak! Awak sepatutnya tahu jalan mana yang patut saya masuk, kenapa awak tak bercakap walau sepatah?” tuding Rifqi. Mahu meletakkan kesalahan di bahu Dhiya pula.

Dhiya ketawa memerli. “awak salah kan saya pulak? Hei, awak ingat saya orang sini ke? Saya baru sehari di sini tau. Awak ada dengar saya ada cakap guna dialek Kedah ke?”

Rifqi terdiam.  ‘betul jugak ya?’

“sekarang apa patut kita buat?” tanya Dhiya. Suaranya mula mengendur.

Rifqi diam. Dia berfikir.

“jom, kita keluar dari sini.” Ajak Dhiya. Dia terus menerobos masuk ke dalam kereta.

“awak tahu ke jalannya?” Tanya Rifqi setelah mengambil tempat duduk pemandu.

“instinct.” Jawab Dhiya sepatah.




“BAGUS sangatlah instinct awak tu sampai bawak kita ke tengah bandar ni. Atau awak sengaja nak luangkan masa dengan saya?” perli Rifqi selamba.

“eh, hello. Tak inginlah. Jangan nak perasan sangat lah.” Balas Dhiya geram.

“entah-entah awak berlakon tak sukakan saya, supaya saya nampak awak. Taktik perempuan ni pelik sungguh.” Bidas Rifqi. Dia memeluk tubuh sambil matanya tunak memandang ke hadapan.

        Dhiya mengetap bibir. “ awak fikir awak siapa? Yes, awak Rifqi Zaim yang terkenal tu. Tapi maaf, saya memang tak minat awak. Mamat perasan.”

        Rifqi mencebik.

Kruk, kruk,kruk.. terus Rifqi menjeling Dhiya. Dhiya senyum. Perutnya sudah berbunyi. Sudah malam pula tu. Poketnya diseluk. Alamak, dia terlupa bawa dompet.

        “awak..” panggil Dhiya lembut.

Rifqi berpaling dan mengangkat kening.

Dhiya terpana seketika. ‘handsome jugak mamat ni ya? Biasanya dia nampak comel, tapi bila dia buat macam tu.. aduh..’

“apa?” tanya Rifqi kasar apabila Dhiya tidak membalas.

“saya lapar ni. Tapi kan.. saya tak bawak duit. Awak lah, yang paksa saya ikut awak. kalau tak sempat saya makan ke ambil duit dulu ke? Dahlah dari tengah hari saya tak makan, memanglah,,,”

“dah, dah. Awak ni memang banyak cakap macam ni ek?” potong Rifqi lalu memandu keretanya mencari restoran. Sampai di sebuah restoran kereta hitam itu berhenti.

        “Nah. Belikan untuk saya sekali.” Dhiyah Rifqi sambil menghulurkan not 50 kepada Dhiya.

Dhiya mengangguk dan menyambut huluran duit Rifqi. Dhiya keluar. Rifqi memerhati perlakuan Dhiya. Senyuman terbias di bibirnya memerhati gelagat Dhiya yang agak kebudakan. Berapa umur dia agaknya? Rifqi menggeleng. Aku dah gila.

“awak, saya belikan nasi goreng ayam. Awak boleh makan ke?”

Rifqi mengangguk. Die meneruskan pemanduan. Mereka berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib. Kemudian perjalanan diteruskan, setelah setengah jam memandu, dia ternampak signboard Pantai Merdeka. Terus dia membelok. Tiada tempat lain untuk mereka makan. Mungkin di pantai itu ada wakaf.

“jom makan.” Ajak Rifqi.

Dhiya mengekori di belakang. Mereka menjamu selera dengan bertemankan bunyi laut yang tenang. Sudah lama Dhiya tidak ke pantai.

“kenapa awak diam aje ni? Dalam kereta bukan main banyak cakapnya.” Tanya Rifqi.

“tak ada apa nak cakap.” Balas Dhiya pendek sambil tekun menyuap makanan. Perutnya betul-betul lapar.

Rifqi merenung Dhiya seketika. “berapa umur awak?”

“23.”

Rifqi mengangguk. ‘Muda dari aku’.

“awak?” Tanya Dhiya pula.

Rifqi ketawa kecil. “tak kan awak tak pernah baca dalam paper atau majalah?”

“buat apa nak baca pasal awak. bukan menarik pun. Lainlah kalau Aaron Aziz.”

Rifqi mencebik. Aaron Aziz? “27”

“seriously? Awak nampak macam..”

“20?” potong Rifqi. Itu lah yang sering dicanangkan oleh orang-orang kepadanya.

Dhiya menggeleng. “30.”

“what?” tempik Rifqi.

Dhiya ketawa. “tak, tak.. gurau..”

Rifqi ketawa. “nasib baik..” Rifqi terpesona mendengar ketawa manis Dhiya. Dia diam. Ini tak boleh jadi. Tak kan dalam beberapa jam dia sudah jatuh cinta? Tak mungkin lagipun, dia cintakan... tak, tak, hati aku ni dah hancur untuk perempuan tu. Kalaulah sepupunya, Airel tahu mahu dia digelakkan.

“awak.. macam mana kita nak balik ni? Mesti kawan saya risau, dah pukul 9 lebih ni.”

“saya pun tak tahu. Dahlah saya tak biasa dengan tempat ni..” balas Rifqi pula. Nasib baik di pantai pada malam itu ada beberapa pengunjung. Kalau tidak mahu mereka tertangkap basah. Rifqi ketawa dalam hati kerana terfikirkan hal itu.

“awak tak ada GPS ke, apa ke, sekarang kan orang pakai benda alah tu. Awak kan kaya, maklumlah artis..” usik Dhiya.

Rifqi senyum. “sebelum ni saya tak rasa benda tu penting. mungkin lepas ni saya guna.”

No comments:

Post a Comment