Pemilik Hati 9



HAPPY BIRTHDAY..” bergema ucapan itu, saat dia menapak masuk ke dalam rumah. Alyssa terpana. Dapat dilihat hiasan rumah yang serba ringkas, kawan-kawannya, juga kakaknya, Arina. Sempat juga Alyssa mengutuk diri kerana terlupa dengan tarikh lahirnya iaitu pada hari itu.

            “selamat hari lahir sayang..” ucap Puan Aisyah. Dia mencium Alyssa.

            “thanks mama. Bila mama buat semua ni?”

            Puan Aisyah hanya tersenyum, lalu pergi melayan tetamu yang lain.

            Setelah sesi mengucap selamat tamat, Alyssa memotong kek blueberry cheese kegemarannya, mereka menjamu selera di taman beramai-ramai. Alyssa berasa amat gembira. Alyssa memandang wajah-wajah yang amat dia sayangi. Mama, kakak, Maisara, Fadila, Mina, dan juga Zety. Dia juga dapat bayangkan jikalau papanya masih ada. Pasti papa lah orang yang paling sibuk di kala itu.

           “hai, hari ni kan hari bahagia, senyum lah, kenapa masam-masam ni?” tegur Arina, lalu duduk di sebelah Alyssa.

            Alyssa senyum nipis. “bila akak sampai?”

            “pagi tadi. Dalam pukul 10.”

            Alyssa mengangguk.

            “kenapa tak jemput Ice prince sekali?” Tanya Arina, berniat mahu memerli adiknya.

            “kenapa nak jemput dia pulak? Tak pasal-pasal.” Balas Alyssa. hilang terus moodnya.

            “hai, tengah gaduh ke?”  

            “ish, akak ni. Rosak mood Lyssa kalau cakap pasal dia. Apa lah akak ni. Tak nak layan dah!” ujar Alyssa lalu bangun meninggalkan kakaknya.




ALYSSA membelek majalah fesyen di hadapannya. Bayang yang ditunggu belum pun muncul, siapa lagi kalau bukan Fadila, Mina dan Zety. Kawan-kawannya itu sudah lama pergi membeli makanan dan masih belum pulang-pulang lagi.

            “ehem..”

            Alyssa angkat wajah. Seraut wajah Ikhmal menjamah pandangan, kemudian wajah tegang Akif membuatkan dia rasa rimas.

            Alyssa senyum nipis. “cari Dila?”

            “tak adalah. Saja singgah. Nak ucap selamat hari lahir..” kata Ikhmal.

            “ohh, terima kasih. Mesti Dila yang bagitahu ni. Erm tak kan ucapan aje, hadiah?” gurau Alyssa.

            Akif berdehem. wajahnya masih sama. Bagai tiada perasaan, Alyssa sendiri tidak pasti apa maksud deheman lelaki itu.

            “Lyssa nak apa? Abang boleh belikan. Belanja makan pun boleh.”

            Alyssa sengih lalu menggeleng perlahan. “Lyssa gurau aja. Tak apalah abang dah wish pun dah cukup.”

            Ikhmal angguk.

            “tu Dila dah datang tu..” kata Alyssa.

            Ikhmal berpaling ke arah Fadila. Ikhmal bangun segera.

            “Kif, jom, kita ada kelas kan? Kirim salam aje lah pada Dila ya?”

            Alyssa angguk. Dalam hati ada juga terdetik di hatinya, kenapa Ikhmal seperti mengelak dengan Fadila? Namun, dibiarkan sahaja persoalan itu berlalu.




“HAI..” sapa Alyssa lalu duduk di hadapan Maria.

            “hai.. long time no see kan?”

            Alyssa mengangguk seraya tersenyum.

            “saya nak bagitahu awak sesuatu tau. First thing first, saya nak sangat ucap terima kasih kat awak sebab awak saya dah jumpa apa yang saya nak selama ni.”

            Alyssa diam mendengar. Hampir bercantum keningnya mendengar ucapan Maria.

            “Actually, saya dapat tawaran jadi model untuk satu syarikat ni tau, siap ditawarkan ke luar Negara.” Terang Maria, sambil tersenyum lebar.

            “serious?”

            Maria mengangguk. “saya sedar sekarang, inilah minat saya. Awak tahu tak, masa saya tolong awak 
hari tu, saya rasa sangat suka ada di pentas. Inilah satu-satunya perkara yang saya buat dan saya puas hati 
dengannya.”

            Alyssa senyum. “tahniah. Jadi, macam mana dengan pelajaran kat sini?”

            “saya dah buat keputusan untuk berhenti.”

            “tapi, membazir kan? Awak dah 2 tahun di sini, tinggal 2 sem aja lagi.” sampuk Alyssa tidak setuju,

            Maria senyum lagi. “saya tahu, inilah risiko yang saya ambil demi minat saya dalam bidang ini. Saya yakin saya boleh berjaya.”

            “kalau itu kata awak, apa lagi saya boleh cakap.”

            “terima kasih tau. Hope kita akan berkawan sampai bila-bila. Nanti bila awak jadi pereka fesyen terkenal jangan lupa ajak saya.”

            “insya-ALLAH.. good luck for you.”

            Maria angguk. Setelah banyak yang mereka sembangkan, akhirnya Maria meminta diri. Hari itu, merupakan hari terakhir dia di kolej itu. Begitulah manusia, hidup bagaikan satu percaturan yang kalau betul pilihan kita, maka, cerahlah masa depan. Alyssa senang bagi pihak Maria.




AKIF menyuap makanan dengan seribu perasaan bermain. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia sentiasa tidak tentu. Gelisah, berdebar, dan emosinya juga tidak stabil. Sekejap dia rasa seperti mahu marahkan seseorang, sekejap dia rasa bahagia, sekejap lagi dia bagaikan orang yang tidak berperasaan.

            Tadi dia bertembung dengan gadis itu.  Gadis itu sedang ralit berbicara dengan rakan sejurusannya. Dia pula yang sedang menjamu selera di kafe, bagaikan tidak dapat melarikan pandangan daripada terus merenung perbuatan gadis itu. Gadis itu tersenyum, buatkan dia juga mahu mengukir senyuman. Gadis itu bercerita buatkan dia mahu mendengar cerita gadis itu.

            Gilakah dia? Atau dia sudah hilang akal? Tak mungkin dia mula menyayangi gadis itu, hatinya masih mencintai Natasya. Malah, baru semalam dia mengunjungi kubur gadis kesayangannya. Dia yakin juga gadis itu bukan pilihannya. Tiada langsung ciri-ciri yang dia suka ada pada gadis itu.

            Akif geleng kepala. Dia meraup wajah.




HARI itu, Alyssa dan Fadila bercadang mahu membeli-belah, memandangkan jualan akhir tahun telah tiba. Pastinya mereka tidak mahu ketinggalan, membeli barang-barang yang harganya separuh daripada biasa. Seawal 11 pagi mereka telah tiba di pusat beli belah Lot 10. Daripada satu kedai ke satu kedai mereka lawati. Jika ada yang berkenan di hati, mereka tidak menunggu lama untuk membelinya.

            Selama 3 jam berjalan ke sana sini, mereka akhirnya memutuskan untuk makan dahulu. Lalu, dengan perut yang sudah berdendang riang, mereka menuju ke foodcourt.

            “Dila!” jerit satu suara. Serentak Fadila dan Alyssa berpaling.

            Fadila senyum lebar. “abang Ikhmal..”

            Ikhmal dan seperti biasa Akif mendekati mereka. Sempat Alyssa mengerling Akif, yang segak dalam tshirt Muller berlengan panjang itu. Terpana dia seketika. Alyssa amat suka melihat lelaki memakai baju berlengan panjang. Entah kenapa, tetapi dia suka melihatnya. Selama ini tak pernah pula dia melihat Akif memakai pakaian begitu.

            “kami nak pergi makan ni. Jom lah pergi sekali.” ujar Fadila.

             Alyssa tidak sedar berapa lama dia merenung Akif, sedar-sedar Fadila sudah mengajak mereka menyertai.

           Ikhmal memandang Akif. Lelaki itu, menjungkit bahu. Kemudian Ikhmal mengangguk. Alyssa ketap 
bibir. ‘Dila ni, selalu macam ni tau’

            Sampai di foodcourt, masing-masing berpecah untuk memesan makanan masing-masing. Alyssa memilih untuk memakan mi tomyam, kerana terasa mahu memakan sesuatu yang berkuah dan pedas. Fadila pula sepakat dengan Ikhmal untuk memesan nasi ayam, manakala Akif memesan mi claypot.

            “banyak shopping?” sapa Ikhmal memulakan bicara.

            Fadila sengih. “bukan senang nak ada sale macam ni tau. Rugilah kalau datang tak beli apa-apa.”

            Alyssa mendiamkan diri. Memberi peluang kepada Ikhmal dan Fadila berbicara. Dia meneruskan perbuatannya, mengeluarkan sayur-sayur dan bawang. Dia tidak sukakan bawang, bagi sayur pula, dia tidak suka sayur hijau.

            Alyssa angkat wajah di saat dia terasa bagai ada yang memerhatinya. Dilihatnya Akif dan Ikhmal sedang merenungnya.

            “kenapa?” Tanya Alyssa. soalan itu lebih ditujukan kepada Ikhmal, kerana dia tidak peduli apa sahaja yang Akif fikir tentangnya.

            “tak ada apa-apa. Cuma pelik.” Balas Ikhmal beserta senyuman nipis.

            “Lyssa ni memang anti dengan bawang and sayur. Entah apa dimakannya..” sampuk Fadila.

            Akif senyum sinis. Alyssa menjeling tajam lelaki itu. ‘sibuk aje!’

            “apa senyum macam tu? Sibuk aje.” Marah Alyssa.

            “suka hati akulah. Senyum bukan kena bayar pun!” balas Akif selamba.

            Alyssa mendengus geram. “eleh, bukan aku tak tahu, kau perli aku kan?”

            “perasan! Tak ada masa aku nak perli kau!” tukas Akif, tidak mahu mengalah.

            “apesal kau ni suka sangat cari pasal dengan aku hah?”

            Akif henjut bahu.

            Alyssa gigit bibir. Sungguh dia geram! Tanpa mempedulikan sesiapa dia terus menikmati mi Tomyam yang enak itu. Hanya 15 minit habis semangkuk mi itu. Alyssa tolak pinggan. Alyssa menghirup milo ais dengan rakus. Hangat terasa di bibir membuatkan dia menggigit pula ais, bagi menghilangkan pedas.

            “tulah. Makan lagi pedas-pedas.” Kata Fadila.

            Alyssa sengih. Mulutnya memerah, air sudah habis diminum. Pedas pula masih ada.

            “pedas lagi?” Tanya Fadila apabila melihat Alyssa mengibaskan tangan. Macam lah boleh hilangkan pedas? Kutuknya.

            Alyssa mengangguk. Dia terkejut apabila Akif menghulurkan airnya untuk Alyssa. alyssa memandang Akif. Namun, lelaki itu beriak selamba.

            “tak apa. Terima kasih aje.” Balas Alyssa. ‘aku rela pedas lah daripada minum air kau!’

            “dah merah sangat mulut dengan muka tu. Minum aje lah.” Kata Ikhmal. Kelakar juga ada melihat wajah merah Alyssa.

            Alyssa sengih, dan menggeleng. “tak apa. Dah nak hilang dah!”

            “tak nak sudah!” kata Akif. Dengan pantas dia mengambil gelas air yang dihulur kepada Alyssa, dan diteguk dengan rakus. Hanya beberapa minit segelas air teh sudah habis. Alyssa telan liur. Pedasnya masih belum hilang, lihat Akif membalasnya begitu buatkan dia betul-betul sakit hati.

            Alyssa menjeling Akif dengan tajam lalu pergi. Fadila menjerit memanggil Alyssa, namun, Alyssa terus meninggalkan mereka.

            “lah, apesal pulak?” Tanya Ikhmal tidak faham.

            “Dila rasa dia marahkan Akif.” Kata Fadila.

            Ikhmal pandang Akif. Akif seperti biasa beriak selamba dan menghenjut bahu.

            “tak apelah, biar Dila pergi pujuk dia.”




ALYSSA mengeluh. Sekali lagi keretanya rosak di tengah jalan. Sudahlah dia ada kelas awal pagi itu. Alyssa mengambil telefon untuk menghubungi Fadila, baru sahaja mahu ditekan telefonnya mati. Cuainya dia kerana lupa mengecas telefon. Alyssa mendengus geram. Semuanya gara-gara kecuaiannya. Ya, salah dia.

            Alyssa tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Apa yang boleh dia lakukan kini, adalah menanti. Jika nasibnya baik, adalah orang yang mahu menumpangkannya. Alyssa menanti lagi. sudah 5 minit berlalu. Saat itu dia bersetuju bahawa menanti adalah suatu penyeksaan. Alyssa senyum apabila melihat sebuah kereta hitam mendekatinya. Namun senyumannya hilang apabila kereta itu mendekati.

            Alyssa menyorok di sebelah keretanya, kerana tidak mahu pemilik kereta hitam itu tahu dia ada di situ. Alyssa menarik nafas dan melepaskannya. Rasa sakit hati pada lelaki itu masih ada dan tak akan dia lupakan.

            “ehem!” satu suara berdehem.

            Alyssa ketap bibir lalu berpaling. Akif dilihatnya bersandar pada keretanya sambil berpeluk tubuh.

            “kalau kau nak cari gaduh baik balik aje. Aku tengah ada masalah ni.” Marah Alyssa. dia juga meniru aksi lelaki itu, dengan berpeluk tubuh dan menyandar pada keretanya.

            Akif senyum sinis. “aku datang nak membantu. Tapi, kalau bantuan aku tak diperlukan..”

            Alyssa ketap bibir lagi. apa patut dia buat? Egonya menghalang, namun, dalam masa yang sama, dia perlu pergi ke kelas. Jam di tangan kiri dikerling. Alamak, tinggal 10 minit lagi. Alyssa memanggil Akif yang baru mahu membuka pintu kereta.

            “aku nak.. tumpang!”

            Akif hanya menunjukkan pintu dengan matanya sahaja. Walaupun geram dengan perlakuan Akif, Alyssa tetap mengambil barang-barangnya lalu menerobos masuk ke dalam kereta Akif.

            Selama beberapa minit Alyssa dan Akif hanya mendiamkan diri. Hanya lagu daripada radio sahaja yang mengisi ruang antara mereka. Alyssa membuang pandang ke luar tingkap. Tidak dapat dia nafikan yang dia amat tidak selesa. Bauan daripada lelaki itu menusuk hingga ke hidungnya.

            ‘wangi jugak bau perfume dia ni!’ puji Alyssa dalam hati. Sedar keterlanjurannya Alyssa menutup mulutnya.

            Akif menjeling Alyssa. “kenapa?” Tiba-tiba aje, tutup mulut? Bau aku busuk ke?

            Alyssa sengih dan menggeleng. ‘wah, first time kot aku puji perfume lelaki.’ Biasanya  bau minyak wangi lelaki amat tidak menyenangkan mungkin kerana bercampur dengan gel rambut.

            Akif mencebik. Macam-macam lah budak ni. Gila ke ape?

            “thanks, sudi hantar aku.” Ucap Alyssa. Adat, orang berbudi, kita berbahasa.

            Akif hanya mengangguk.

            Alyssa berpaling kemudian mencebik. ‘macam tak ikhlas aje tolong? Ah, lantak kau lah’. Mereka berpisah, Alyssa ke kiri dan Akif ke kanan.




“DILA, kau dengan Ikhmal ada apa-apa ke?” Tanya Alyssa. Aneh sebenarnya, iya lah, mereka berdua sekejap rapat, sekejap bagai tiada apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mahu mentafsirkan hubungan mereka berdua sebagai apa.

            Fadila yang baru mahu menyuap makanan terkaku seketika. Zety dan Mina menyertai perbualan hangat itu.

            “erm?” Mina pula bersuara.

            “kenapa tanya macam tu pulak?” persoalan Alyssa dijawab dengan pertanyaan juga.

            “easy question Dila, kau dengan Ikhmal ada hubungan apa-apa ke? And the answer also easy, my dear, ya atau tak.” Tegas Alyssa.

            Mina dan Zety serentak mengangguk.

            “tak adalah. Kenapa? Kami kawan macam biasa.” Balas Fadila.

            “ya lah tu.” Sampuk Zety.

            Fadila memandang tiga kawan di hadapan dan disebelahnya. Fadila mengeluh seketika. Tidak dapat dia menipu nampaknya.

            “okey, korang mesti pelik kalau aku cerita.” Kata Fadila.

            “cerita aje.” Sampuk Zety tidak sabar.

            “kau jangan lah menyampuk!” marah Fadila. Kemudian dia tersengih.

            “opps..” Zety tersenyum lebar.

            “actually, aku dah suka giler dengan Ikhmal tu. Aku tak tahulah dia tahu atau tak, yang pasti aku amat pasti yang aku sukakan dia. Amat pasti..” Fadila mengeluh.

            “dah tu?” celah Alyssa.

            “dia tu lah, macam tak ada minat dengan aku aje. Yang aku peliknya, kadang-kadang, dia layan aku elok, kadang-kadang dingin, kadang-kadang lagi, dia pura-pura tak nampak aku. Aku tak faham lah.” Cerita Fadila.

            Mina, Zety dan Alyssa berpandangan. Masing-masing bagai memikirkan sesuatu.

            “kau ada tanya dia, kenapa dia layan kau macam tu?” Tanya Mina.

            Fadila angguk.

            “dia ada masalah kot..” tembak Zety.

            “aku dah tanya macam tu, katanya tak ada.”

            Alyssa mengeluh. “aku pun tak fahamlah. Hari tu kan, ada lah dia tegur aku, then, aku cakap lah, kau nak datang dah, dia pun terus blah. Aku pelik jugak masa tu, tapi, ya lah. Agak blur masa tu.”

            “see?” kata Fadila. Mereka akhirnya berdiam diri. Tiada konklusi tentang hal itu.

            “oh ya, macam mana pulak dengan blind date kau?” Tanya Zety.

            “kau ni potong stim lah! Ish!” dengus Fadila.

            “apa pulak?” balas Zety.

            “ibu aku nak jodohkan aku dengan dia. Katanya, cuti sem ni kami akan ditunangkan...”

            “tunang?” jerit Mina, Alyssa dam Zety serentak.

            Fadila ketawa. Aku yang nak bertunang, dorang pulak yang terlebih terkejut.

            “iyalah,, tunang. Korang tak tahu ke tunang tu apa?” perli Fadila.

            “kau biar betul?” Tanya Alyssa tidak percaya.

            Fadila mengangguk.

            “kau tak membantah?” giliran Mina bertanya.

            Fadila geleng kepala.

             “kenapa?” Tanya Zety.

            “aku kecewa dengan Ikhmal. Dia macam tak ada perasaan aje dengan aku.” Balas Fadila selamba.

            “macam tu aje?” celah Alyssa. sungguh dia tidak sangka, Fadila membuat keputusan yang besar dengan berfikir sangat cetek.

            Mina, Zety dan Alyssa akhirnya hanya meneruskan agenda makan mereka. Tiada kata mahu dilontarkan kepada Fadila.

No comments:

Post a Comment