Kau Pujaan 5




MAJLIS merisik berjalan dengan lancar. Dahlia bakal tunangan Haziq ringkas dalam baju kurung berona merah jambu dihiasi bunga kecil berwarna putih dengan tudung bawal  berwarna putih. Kedua pihak bercadang untuk melangsungkan pertunangan seminggu dari sekarang dalam majlis yang ringkas, dan nikah tiga bulan kemudian.

“hai. Boleh I join you.” Sapa satu suara.

Dhiya berpaling. Melihatkan wajah tidak malu Radzi, Dhiya sekadar mengangguk seadanya. Malas melayan, nak ber ‘I you’ pulak dah. Lantak kau lah.

“tak sangka I ada cousin yang dekat beza umur. Maklumlah, dah lama I tak balik Malaysia.” Cerita Radzi.

Dhiya mengerling sekilas kemudian mengangguk kecil tanda mendengar. Untuk memberi apa-apa komen, dia malas.

“you sekarang buat apa?”

“makan.” Balas Dhiya pendek.

Jawapan Dhiya melahirkan ketawa kecil dari Radzi. “Dhiya.. maksud I you tengah belajar or kerja?”

“mana you tahu nama I?” ambik kau, aku pun boleh ber ‘I you’ lah.

“ohh, semalam kan ayah ada sebut nama you masa you letak air tu.”

Dhiya mengangguk.

“you tahu nama I?” tanya Radzi pula.

‘hei, buat apa pulak aku nak ambil tahu nama kau.’ Ayat itu ingin diluahkan namun, demi menjaga hati tetamu, Dhiya sekadar menggeleng. Walaupun sebenarnya dia sudah tahu.

“Radzi. But my friend call me Adi only.” Bagitahu Radzi penuh ramah.

“ohh.”

Radzi merenung wajah manis Dhiya. Walaupun dia sudah banyak bertemu gadis yang cantik, ini kali pertama hatinya terpikat pada pandangan yang pertama. Dhiya sangat manis apabila dipandang. Oleh sebab itu matanya tidak dapat dialihkan. Senyuman juga terpaksa disimpan demi orang tua. Dia tidak mahu dipanggil anak kurang etika kerana tersenyum-senyum pada anak dara orang.

“err, you nak makan ke nak tenung orang?” peril Dhiya tidak selesa.

Radzi senyum malu. Tidak sedar pula dia berpelakuan begitu.




“PAK NGAH.. Adi nak mintak izin Pak Ngah nak pinjam Dhiya sekejap boleh? Saya dah lama teringin nak berjalan-jalan di KL ni. Tapi, saya tak tahu jalan pulak.” Luah Radzi selamba.

        Dhiya yang sedang meneguk air, tersedak. Dia merenung Radzi tajam.

Encik Hazman memandang Dhiya sekilas. “pinjamlah. Jangan bawak lari sudah.”

Dhiya terkejut. Dia memandang Encik Hazman tidak percaya.

“abang ikut sekali?” ajak Dhiya. Sungguh dia tidak selesa.

“sorry dik. Lepas ni abang kena pergi hospital. Ada satu surgery abang kena buat.”

Dhiya diam. Reda.

Radzi senyum kemenangan.

“Pak Long nak ikut tapi, rasa malas pulak nak berjalan. Letih semalam tak habis lagi. Kamu nak ikut Rina?” Tanya Pak Long kepada anak bongsunya, Khairina.

Khairina menggeleng. “dah bosan berjalan kat KL ni yah.”

Dhiya memberi pandangan paling tajam kepada Radzi, Radzi pula tersenyum manis. Dhiya memijak kaki Radzi yang kebetulan duduk di hadapannya. Padan muka. Radzi tersedak kecil. Kemudian berdehem, mungkin menahan sakit. Dhiya puas.




“LET me drive. I am such a gentleman, and I tak kan biar girls drive for me.” Halang Radzi.

“whatever.” Balas Dhiya, namun tetap menyerahkan kunci kepada Radzi.

Kereta Perdana hitam itu meninggalkan perkarangan rumah.

“you nak ke mana?” Tanya Dhiya apabila melihatkan Radzi begitu petah memandu keluar dari taman rumahnya.

“entah. Apa tempat yang menarik?” balas Radzi sambil tekun memandu. Dia berusaha mengingati jalan keluar dari taman itu.

“tempat yang macam mana you nak pergi?” Tanya Dhiya senada.

“shopping,” balas radzi.

“Lot 10.” Sambung Dhiya sepatah.

Radzi mengangguk setuju. “lead the way please.”




SAMPAI di Lot 10, mereka turun beriringan. Dhiya ingin berjalan mendahului Radzi tetapi Radzi tidak membenarkannya dengan alasan dia akan hilang di tengah orang ramai. ‘ada aku kisah?’ desis Dhiya. Dhiya menemani Radzi kemana saja lelaki itu mahu pergi. Ke kedai kasut, baju, malah kedai buku juga dilawat oleh mereka.  Dapat Dhiya simpulkan bahawa Radzi seorang lelaki yang sangat mementingkan fizikal dan suka membeli belah.

Akhirnya, mereka menghilangkan lelah di restoran mewah dalam bangunan Lot 10. Kedai itu dipilih oleh Radzi sendiri. Mereka mengambil tempat. Dhiya juga perasan ada beberapa pasang mata yang melihat mereka. Kebanyakannya gadis seumurnya atau mungkin lebih muda. Mungkin melihat Radzi atau mungkin juga mencemburui dia kerana dapat duduk berdua dengan lelaki itu.

Dhiya memesan makanan. Radzi pula ralit memandang Dhiya yang ringkas mengikat rambut tocang satu dan memakai dress hitam paras lutut. Dhiya tidak bersolek tebal seperti perempuan lain, ringkas namun menawan.

“you tak boleh ke kalau tak tenung orang macam tu?” marah Dhiya geram. Bukan masa itu sahaja, sepanjang hari ini itulah kerja Radzi yang buatkan dia mahu sahaja membutakan mata Radzi.

Radzi ketawa. “you cantik hari ni.”

Dhiya senyum nipis. ‘mintak maaf lah kalau kau fikir boleh ayat aku guna ayat tu.’

“I rasa, I je yang banyak shopping. You tak beli apa-apa pun.” Kata Radzi.

“tak berkenan.”

“papa you bagitahu you belajar dekat U sekitar sini. Boleh I lawat you nanti?” kata Radzi.

Dhiya menggeleng. “I pergi nak belajar bukan nak suruh orang datang melawat.” Sinis namun cukup mudah untuk difahami.

Radzi ketawa.

“you ni kan, apa yang I cakap semua you bantai gelak. Apa masalah you ni?” marah Dhiya lagi. ‘ish, bikin aku hot betullah.’

Pelayan meletakkan makanan. Mereka diam seketika. Ucapan terima kasih diberikan.

“you are unique. I tak pernah jumpa perempuan macam you.” Luah Radzi.

Dhiya diam seketika. “I ni bukan benda you nak classify unique atau tak.”

Radzi memandang Dhiya sekilas kemudian menyambung suapannya. Dhiya turut menikmati hidangan di depan mata. Akhirnya mereka sunyi sampailah mereka siap makan.

“esok I dah balik. Jumpa lagi minggu depan di majlis pertunangan abang you.”

Dhiya sekadar mengangguk kecil. ‘aku tak nak jumpa kau lah’.




PERTUNANGAN Dahlia dan Haziq berlangsung dengan sempurna dan meriah meskipun yang hadir hanyalah saudara yang terdekat sahaja. Dhiya mendekati Dahlia tatkala semua orang sedang menjamu selera di rumah keluarga Dahlia di Bangi.

“hai, Kak Lia.” Sapa Dhiya.

“hai, Dhiya. Duduklah.” Balas Dahlia mesra.

“kak.. welcome to the family..” usik Dhiya sambil tersengih.

Dahlia tersipu. “Dhiya jangan  usik akak.. Dhiya dah makan belum ni?”

“belum. Dhiya tak lapar. It’s okay.” Sambung Dhiya.

“mana boleh macam tu. Terasa hati akak tau.” Usik Dahlia pula.

“alah akak ni. Buat ayat sedih pulak. Nanti Dhiya makanlah. Tunggu semua orang siap makan dulu.”

Dahlia mengangguk.

Dhiya mengerling Dahlia. Dahlia sedang tersenyum. Dhiya melihat ke arah tempat yang sedang Dahlia lihat. Dia mencebik. Apabila Haziq perasan dengan riak muka Dhiya dia berpura-pura berborak dengan Radzi.

“amboi, akak.. Dhiya tak sangka akak boleh sangkut dengan abang doktor tu.” Perli Dhiya, dengan niat mengusik. Macam mana Dahlia boleh tersangkut dengan perangai bajet cool abangnya itu dia sendiri tidak tahu.

Dahlia sengih malu.

“abang tu dahlah tak pandai ambil hati orang, tak romantik, ulat buku pulak tu, tak ada sense of humor langsung.” Provok Dhiya lagi, dia memandang Dahlia mahu melihat reaksi Dahlia.

Dahlia sekadar ketawa. “kadang-kadang daripada tak perfect kita boleh nampak di mana perfect side of a person.”

Dhiya menggeleng. Sungguh dia tidak faham langsung dengan kiasan Dahlia.

Dahlia ketawa kecil. “nanti Dhiya akan faham. Oh ya, siapa lelaki yang all the time masa pertunangan dengan Dhiya tadi? Your boyfriend?”

Dhiya berdehem. “ohh.. tu Radzi, sepupu Dhiya yang paling penyibuk. Bukan boyfriend Dhiya tau. Tak hingin orang macam dia tu.”

Dahlia ketawa kecil melihatkan mimik muka Dhiya yang sangat kelakar bagi dia. Melihatkan gaduh manja antara Dhiya dan lelaki bernama Radzi itu, dia fikir itu adalah kekasih Dhiya. Rupanya anggapan dia salah. Tetapi dia tahu Radzi sukakan Dhiya.

  “Dhiya pergilah makan. Akak nak sapa mak Long..”

Dhiya mengangguk kemudian berlalu. Dia mengambil pinggan dan mengambil nasi Beriani yang disediakan pada hari itu.




CUTI semester tamat. Hari itu bermulalah tahun terakhir pengajiannya.  Dia merupakan orang pertama yang tiba di hostel. Ariana dan Aqeela tiba lewat petang. Setelah menguruskan segala hal, Dhiya berbaring di atas katil menghilangkan letih. Baru saja matanya mahu terlelap Aqeela datang menyapa. Dhiya bangun dan bersandar di kepala katil.

“ada apa kak?” Tanya Dhiya, malas sebenarnya mahu berborak. Dia penat.

“akak takut akak lupa nanti. Dua bulan yang lepas ada orang dua kali call akak cari Dhiya.” Cerita Aqeela.

“ohh. Kenapa dia call akak? Kenapa tak call Dhiya je?” Tanya Dhiya pelik. Siapa ya?

“dia mintak nombor Dhiya dari akak. Nama tak nak bagitahu jadi, Akak tak bagi nombor Dhiya.”

Dhiya mengangguk. Dalam fikiran dia berfikir siapa agaknya ya? Kenapa call Kak Qeela kalau mencari dia?

“sejak bila dia call akak?”

“lepas Dhiya balik dari rumah akak tu lah. Macam mana dia ada nombor akak pun, pelik jugak.” Luah Aqeela lagi.

Lepas balik dari Kedah? Sah, mesti Rifqi. Kalau tak siapa lagi? Tapi, untuk apa mencari dia?

“Dhiya tahu ke siapa?” Tanya Aqeela apabila melihatkan Dhiya ligat berfikir sambil terangguk-angguk. Kelakar juga ada, namun, disimpan tawanya.

“lelaki ke perempuan?” Tanya Dhiya sebagai kepastian.

“lelaki.”

“ohh, biarlah. Dia salah nombor agaknya. Dhiya tak kenal sesiapa pun.”

Aqeela mengangguk, meskipun dia sedikit was-was dengan bicara Dhiya. Namun, dibiarkan.

“kalau macam tu, akak keluar dulu. Jangan tidur petang-petang, tak baik.”

Dhiya mengangguk. Bukan untuk larangan tidur itu, sebab dia terlalu penat. Tidak sampai seminit, dia sudah terlelap.  Perihal Rifqi dibiarkan dahulu.




RIFQI melangkah ke dalam bangunan Voice Entertainment. Mikail menelefon kepadanya setengah jam yang lalu menyuruh dia ke syarikat. Disebabkan kesesakan lalu lintas perjalanan yang biasanya mengambil masa 15 minit menjadi 30 minit. Namun, itu bukan salah dia.

Pintu bilik Mikail diketuk tiga kali, kemudian tombol pintu ditarik. Senyum segaris diberikan kepada Mikail.

“duduk.” arah Mikail sepatah.

Rifqi mengikut. Kemudian dia menyambut  kertas putih yang agak tebal dari tangan Mikail. Pasti skrip. Wah, dia dapat tawaran baru. Kertas tebal itu dibelek-belek. Ya, skrip.

“kau kenal Osman Aziz kan? Pengdhiyah terkenal tu? Dia bagi tawaran untuk watak Daniel dalam cerita baru dia.”terang Mikail.

“Osman Aziz? Seriously?” Tanya Rifqi tidak percaya.

Mikail mengangguk. “kau jangan nak main-main kali ni. Bukan senang nak dapat tawaran emas macam tu. Kalau kau main-main siap kau.”

“baik bos.”sahut Rifqi semangat. Sudah lama dia mahu berlakon di bawah arahan Osman Aziz.

Mikail mengangguk. “balik, kau study skrip. Minggu depan dah start meeting.”

Rifqi mengangguk lagi. Kemudian dia keluar. Senyum tidak lekang dari bibirnya. Pasti dia bermimpi indah malam ini. Rifqi ketawa kecil.

“amboi, happy nampak?” sapa Ayla.

“gila tak happy. I dapat tawaran acting from Osman Aziz kot.” Cerita Rifqi.

“oh my god. Seriously? Patutlah. Untuk drama terbaru dia tu kan? I dengar ramai artis yang terkenal act sama.”

Rifqi senyum. “okeylah, I balik dulu. Mike suruh study.”

“studi lah rajin-rajin.” Perli Ayla.

Rifqi mengangkat tanda hormat kepada Ayla. Ayla sekadar menggeleng. Rifqi makin dilayan makin menjadi.

No comments:

Post a Comment