Pemilik Hati 3



“KENAPA kau lambat?” Tanya Fadila.
         
            “nanti aku explain.” Kata Alyssa lalu terus masuk ke bilik pensyarahnya. Pintu diketuk lalu dia masuk ke dalam bilik itu.
          
            “maaf prof. Saya..”
            
           “awak lambat 5 minit Alyssa saya tak boleh terima apa-apa alasan. Maaf, awak dah tak boleh hantar kerja awak. Saya ada hal yang lebih penting sekarang.” Potong pensyarah perempuan berusia 40 tahun itu.

            “tapi prof..”

            “sila keluar!” arah pensyarah itu lagi.

            Alyssa telan liur. Dia keluar dengan perasaan membengkak.

            “macam mana Lyssa?” Tanya Fadila prihatin.

            Alyssa mencebik. “prof tak nak terima. Kurang lah markah aku macam ni. Aku dah berusaha selama seminggu siapkan kerja ni, alih-alih...” Alyssa melepaskan keluhan panjang.

            “apa yang jadi sampai kau tak sempat nak hantar?” Tanya Fadila ingin tahu. Selama ini, dia tahu 
Alyssa seorang yang sangat menepati masa.

            “aku terlanggar seseorang tadi. Jadi aku marah lah dia, aku tak ingat yang waktu dah nak tamat. Habis tu.. dia tu..”

            “siapa dia yang langgar kau tu?”  Tanya Fadila setelah kelihatan Alyssa diam.

            “entah!” balas Alyssa lalu pergi meninggalkan Fadila.



“KAU tak guna! Kau jahat! Sebab kau aku tak dapat hantar kerja aku! Pembawa malang!” jerit Alyssa. Saat itu dia berada di tingkat paling atas bangunan kolej. Itu kali pertama dia ke situ. Dia mahu melampiaskan segala perasaan yang membeku di dada.

            Alyssa terduduk. “bodoh! Akif bodoh! Badak sumbu!” Alyssa ketawa kemudian. Lagak gayanya seperti orang hilang akal sahaja. “badak sumbu memang sesuai dengan kau. Dah lah sombong, berlagak, angin!”

            Sememangnya bukan salah dia. Akif yang tidak berhati-hati semasa berjalan. Habisnya, aku yang terjatuh di atas lantai. Waktu itu juga Akif dilihatnya memegang telefon bimbit di tangan. Jadi memang wajarlah dia menyalahkan Akif.

            Setelah 5 minit dia berada di situ Alyssa bangun. Saat dia berpaling ke belakang dia melihat satu batang tubuh sedang bersandar tenang di muka pintu. Alyssa telan liur. Jantung Alyssa berdegup pantas, lebih laju dari kereta terlaju di dunia. ‘Dia dengar tak apa aku cakap? Eh, tadi aku jerit lah bukan cakap, alamak! Mesti dia dengar.’

            Alyssa kaget. Tiada jalan untuk lain untuk dia mengelak daripada Akif. Akif sedang berdiri di pintu yang dia harus gunakan untuk turun. Dengan perasaan takut dan beraninya dia mendekati Akif.

            “bila kau duduk sini huh?” Tanya Alyssa. Dia memandang Akif yang sedang menunduk itu.

            Akif angkat wajah. Dia senyum sinis. Matanya tunak memandang Alyssa.

            Alyssa kaget melihat pandangan Akif yang dia tidak mengerti apa maksudnya. Begitulah selalunya, pandangan mata Akif susah untuk dia teka, apa yang terlindung di sebalik mata tersebut.

“aku.. aku tak kutuk kau! Akif yang aku sebut tu bukan kau.. orang lain.” Kata Alyssa yakin.
           
            Akif melangkah mendekati Alyssa. Alyssa bertindak melarikan diri. Sempat dia mencelah dan keluar dari tempat itu. Sampai di tingkat bawah Alyssa menarik nafas lega. ‘macam mana dia boleh ada kat situ? Aish...’ keluh Alyssa.



 “TAK nak lah aku..” kata Alyssa tegas. Ada ke patut Fadila mengajaknya menyertai perkhemahan kelabnya hujung minggu ini? Mana lah dia minat hal yang macam tu.

            “alah, bukan lama pun 3 hari aje. Lagipun kita tak ada kelas selama 3 hari kan? Boleh lah lepas tension.” Pujuk Fadila. Dia memegang tangan Alyssa. Dia amat memerlukan Alyssa sebagai teman. Dia bukan rapat sangat dengan ahli kelabnya itu.

            “tension aku datang sebab hal kau ni. Dila.. Jangan lah paksa aku.. aku..”

            “aku bagi kau masa untuk fikir okey? Aku tak paksa. Tapi, aku berharap sangat kau dapat ikut..” potong Fadila cepat.

            Alyssa mengeluh panjang. Fadila yang berada di sebelahnya dikerling. Berat hatinya mahu menolak, tapi, memikirkan hatinya pula. Aduh, sungguh dia tidak berminat dengan aktiviti perkhemahan. Seumur hidupnya belum pernah dia menyertai apa-apa aktiviti yang sebegitu.

            “kau dah siap kerja yang prof Syah bagi?” Tanya Fadila sambil mereka sama-sama melangkah ke arah kafe.

            “dah.. tinggal hantar aje.” Balas Alyssa.

            “bagus. Jangan jadi macam hari tu sudah..” kata Fadila.

            Alyssa senyum nipis. Dia melilau kawasan kafeteria, mencari tempat kosong.

            “jom duduk sana.” Ajak Fadila. Alyssa mengangguk, saat dia mahu melangkah dia ternampak Akif sedang merenungnya. Sempat dia menjeling Akif dengan tajam. Sungguh dia tak akan lupa apa yang terjadi dua hari yang lepas.

            “Dila!!” panggil Ikhmal.

            Fadila berpaling. “abang Ikhmal.” Dia berjalan mendekati Ikhmal. Alyssa mendengus. Dia menggigit bibir bawah.

            “join kami?” ajak Ikhmal.

            “kami? Abang bukan seorang?” Tanya Fadila, dia kerling Alyssa. Alyssa menghantar isyarat melalui mata mengatakan dia tidak mahu.

            “erm, Akif pergi tandas. Duduklah..”

            “boleh jugak!”

            ‘Dila ni kan.. memang nak kena dengan aku ni. Bila masa pulak dia pergi tandas ya?’ desis Alyssa. Dia mengambil tempat di sebelah Fadila. Tak lama kemudian Akif yang berlalu ke tandas sebentar tadi kembali. Alyssa kerling Akif yang berwajah masam.

            Airel mengambil begnya.

            “kau nak ke mana?” Tanya Ikhmal pelik.

            “aku ada hal. Nanti kita jumpa lagi.” Balas Akif. Dia menjeling Alyssa tajam.

            “tadi kata lapar?” Tanya Ikhmal tidak puas hati. Baru sekejap tadi kata nak makan, ni nak pergi mana pulak?

“dah kenyang. Badak sumbu kan.” Terang dan jelas lontaran suara Akif.

Alyssa tersentap. ‘Alamak! Dia perli aku ni.’ Alyssa tunduk.

“apa pulak kau cakap ni? Tak faham lah aku. Kau jangan lupa fikir kan apa yang aku cakap tadi..” kata Ikhmal.
            
             Akif angguk lalu pergi. Alyssa lepas keluhan lega.

            “so, macam mana? Dila pergi khemah nanti?” Tanya Ikhmal.
            
            “pergi lah. Dah lama Dila tunggu nak masuk khemah, sebab tu Dila nak sangat masuk kelab ni.” Balas Fadila mesra.

            Alyssa senyum nipis apabila sesekali sekala Ikhmal memandangnya. Sungguh jiwanya bukan di situ.

            “Alyssa? Tak ikut sekali?”

            Alyssa angkat wajah. Agak kaget kerana tidak menyangka dia yang ditanya.

            “Dila dah ajak, tapi, dia sedang fikirkan..” balas Fadila apabila melihat Alyssa bagaikan malas mahu berbicara.

            Alyssa angguk mengiyakan. Dia mengambil gelas di hadapan lalu diteguk perlahan.

            “samalah macam Akif. Abang tak faham betul dengan dia.”

            Alyssa tersedak.

            “Lyssa, kau okey?” Tanya Fadila bimbang. Dia menepuk belakang Alyssa.

            Alyssa angguk. Dia bangun kemudian. “sorry, balik dulu.”


           
“ALYSSA...” panggil Puan Aisyah. Alyssa yang sedang menonton televisyen didekati.

            Alyssa mendengus. ‘apa lagi yang mama nak bagitahu ni?’

            “papa akan datang hujung minggu ni. Lyssa ada di rumah kan?” Tanya Puan Aisyah penuh berhemah.

            “apa bezanya pun? Dia bukan papa Lyssa..” balas Alyssa malas.

            “Lyssa.. apa-apa pun dia tetap ayah Lyssa, walaupun bukan ayah kandung..”

            “whatever mama. Pada Lyssa ayah Lyssa dah tak ada, dan tak ada yang dapat ganti.”

            Puan Aisyah tarik nafas panjang. “Hujung minggu ni kita shopping sama dengan papa ya sayang?”

            Alyssa telan liur. ‘apa patut aku buat ni? Kalau aku ada di rumah tentu-tentulah aku kena ikut.’

            “Lyssa.. boleh kan?” Tanya Puan Aisyah.

            “err, Lyssa ada camping!” balas Alyssa. ‘alamak! Maknanya aku kena pergilah ni?’

            “erm, tak apalah. Masa lain masih ada..” balas Puan Aisyah sedikit kecewa. Dia sendiri tidak tahu anaknya itu sengaja mahu mengelak ataupun memang anaknya ada aktiviti lain.



“AKIF, kau dengar tak ni?” panggil Ikhmal keras. Geram dengan tingkah Akif yang berpura-pura ralit bermain permainan di telefonnya. Nak mengelat lah tu!

            Akif mendengus. Ikhmal tak fahamkah? Dia memang tidak berminat dengan aktiviti perkhemahan. “aku tak nak pergilah!”

            “tak kira! Kalau kau tak nak pergi, lepas ni, aku tak kan benarkan kau jejak kaki kat..”

            “apa hak kau nak halang aku? suka hati akulah!” tukas Akif. Gajet yang tadinya menjadi bahan lakonannya diletakkan di tepi.

            “sebab aku abang dia. Kau jangan lupa.”

            “Mal, kau tahukan aku tak minat..” pujuk Akif. dia menggunakan taktik lembut pula.

            “ah, tak kira. Kau kena pergi jugak.”

            Akif diam. “suka hati kau lah!

            Ikhmal tersenyum melihat Akif yang sudah memanjat tangga meninggalkannya di ruang tamu. Ikhmal mengambil remote lalu dia melihat ulangan siaran bola sepak.

No comments:

Post a Comment