Pemilik Hati 8



ALYSSA memasuki ruang tamu rumah, ketiadaan kereta Encik Jazlan membuatkan dia pasti Puan Aisyah ada di rumah dan lelaki itu tiada. Ketika dia melalui kawasan dapur dia dapat mengesan bau yang enak. Lalu tanpa berlengah dia menjengah dapur. Kelihatan Puan Aisyah sedang sibuk memasak.
     
           “mama..” panggil Alyssa. Dia mendekati Puan Aisyah.
    
            Puan Aisyah berpaling seraya tersenyum.

            “mama, buat apa ni? Kenapa masak pulak? Mak Ijah mana?” Tanya Alyssa. Dia sudah banyak kali menasihati mamanya supaya hanya berehat sahaja di rumah tetapi mamanya tidak pernah mahu mendengar.

            “Mak Ijah, mama suruh cuti selama seminggu, mama nak buat sesuatu untuk anak mama dan jugak papa..”

            “mama!” potong Alyssa.

            Puan Aisyah diam. Ayatnya tak sempat dihabiskan. Dia tahu apa yang mahu Alyssa katakan padanya.

            “mama, kalau nak buat apa-apa yang special buat Lyssa, tak payah. Lyssa tak kisah. Mama buat aje lah apa-apa yang mama suka dengan Uncle Jazlan. Lyssa tak peduli langsung.”

            “Lyssa sayang.. apa salahnya kita makan sama-sama, berborak, barulah Lyssa dapat kenal hati budi 
Uncle Jazlan kan?” pujuk Puan Aisyah. Sepanjang mereka tinggal sebumbung Alyssa sering mngelak untuk 
makan bersama.

            “Lyssa dah kenal dia. Malah, sejak kecil lagi.”

            “jadi kenapa Lyssa tak dapat terima dia?”

            “mama sayang kan dia? Mama dah tak sayangkan papa?” Tanya Alyssa ingin tahu.

            Puan Aisyah diam seketika. Mindanya mula mencari ayat yang sesuai.

            Alyssa mendengus.

            “mama memang sayangkan papa, selamanya Lyssa, tapi, mama bimbang jika ada apa-apa berlaku pada mama, Lyssa akan seorang, mama tak nak itu berlaku. Sekurang-kurangnya Lyssa ada pengganti papa, walaupun bukan papa kandung.”

            “apa maksud mama?”

            “Lyssa akan faham nanti. Okeylah, sekarang, Lyssa naik, mandi, nanti Uncle Jazlan balik kita makan 
ya?”

            Alyssa diam.

            “ya sayang? Kalaupun Lyssa tak suka Uncle Jazlan, sekurang-kurangnya do it for me.

            Alyssa berlalu naik ke kamarnya.

            Puan Aisyah senyum nipis.




“LYSSA tinggal setahun lagi kan?” Tanya Encik Jazlan.

            Alyssa diam.

            “Lyssa.. jawab, Uncle Jazlan tanya tu..” celah Puan Aisyah.

            Alyssa mendengus. “erm..” jawabnya sepatah.

            “lepas habis nanti nak buat apa pulak?”

            “kerja.”

            “baguslah, daripada melepak di rumah saja. Kalau Lyssa nak, uncle boleh recommend some company..” ujar Encik Jazlan, tujuannya berbicara dengan Alyssa, tidak lain tidak, dia mahu memenangi hati gadis itu.

            “tak apa.” Balas Alyssa.

            “sedap awak masak Syah.” Puji Encik Jazlan.

            Puan Aisyah senyum. “ini makanan kegemaran Lyssa.”

            Encik Jazlan angguk. Dia mengerling Alyssa yang sedang menikmati makan malam di hadapannya.

            “apa?” Tanya Alyssa rimas. ‘tengok-tengok, ada hutang ke?’

            “seronok tengok Lyssa makan banyak macam tu. Biasa remaja perempuan takut gemuk.” Kata Encik Jazlan.

            Alyssa mencebik. ‘eleh, tahu sangat! Aku makan banyak ni sebab stress kena hadap kau la! Usai makan, Alyssa meminta diri untuk ke kamar dengan alasan ada kerja yang perlu dilakukan, padahal hakikatnya dia hanya naik dan berbaring di atas katil.




“DIA tu kan memang menyakitkan hati tahu tak? Macam aku ni dah buat salah yang besar sangat dekat dia. Padahal aku ni sentuh dia pun tak pernah. Eei, bencilah macam ni.” Bentak Alyssa.

            Fadila telan liur. Terkejut juga dia apabila melihat Alyssa yang sedang melontar kemarahan itu. Belum pernah dia lihat Alyssa begitu.

            “kau tak payah nak jumpa abang Ikhmal lagilah. Sakit hati tau tak, perli-perli aku, apa? Ingat aku tak 
ada perasaan ke?” marah Alyssa lagi.

            “Lyssa, Lyssa, cuba kau bawak bersabar. Dia bukan niat macam tu pun. Tapi, apa kaitan dengan aku nak jumpa abang Ikhmal dengan dia pulak?”

            “ya lah, kalau kau jumpa abang Ikhmal mesti dia ada. Dan bila dia ada dia akan ambil kesempatan tu untuk perli aku. Macam lah aku ni buat salah dekat dia. Aku ni, jentik dia pun tak pernah, langgar tu ada la.” Tempelak Alyssa.

            “banyak lah kau. Dah lah, tak payah lah layan dia. Buat tak tahu sudah.” Balas Fadila. Dia hanya mampu ketawa dalam hati. Kalau dia meledakkan tawanya di hadapan Alyssa, mahu mereka bergusti di kafe 
itu.

            Alyssa mendengus.

            Fadila meneguk air dihadapannya. Dia memerhati sekeliling kafe. Kelihatan tidak ramai orang petang itu.“Lyssa,”

            “apa?”

            “kau ingat tak kau pernah bagitahu aku, yang kau suka lelaki yang sombong, tinggi, menyakitkan hati..”

            “memang pun. Kenapa tiba-tiba kau ungkit hal tu?”

            Fadila senyum.

            “kau jangan nak buat conclusion yang..”

            Fadila angguk.

            “no way! Aku tak suka Akif la. Betul, Dila, aku tak suka dia.”

            Fadila ketawa kecil. Dia masih ingat sewaktu mereka berborak dahulu. Dia agak tergamam juga mendengar ciri lelaki idaman Alyssa itu.

            “okey, terpulang yang pasti aku yakin aku tak suka dia.”

            “yeah right. Aku nampak ciri-ciri lelaki idaman kau dalam Akif. Lagipun dia tu handsome, tinggi, sombong,..”

            Alyssa pantas menggeleng. “rosak rumah tangga aku nanti. Tak nak!”

            Fadila ketawa.




“LYSSA, boleh tolong mama tak?” Tanya Puan Aisyah seraya menjengukkan kepala di muka pintu bilik 
Alyssa.

            “apa ma?” Tanya Alyssa.  dia bangun mendekati Puan Aisyah.

            “mama nak masak sikit. Boleh Lyssa beli barang-barang ni esok?” Puan Aisyah menghulurkan 
sekeping kertas.

            Alyssa melihat kertas dihulurkan Puan Aisyah. “mama nak masak apa ni?” Alyssa bertanya tidak puas hati melihat isi kertas itu.

            “adalah. Esok, pagi-pagi Lyssa keluar lah ya? Lepas tu, Lyssa balik tengah hari pun tak apa. Mama, nak masak tengah hari.”

            Alyssa mengangguk, walaupun dia sedikit keliru dengan permintaan mamanya, namun, dia mengikut sahaja kehendak mamanya.




“MAK CIK, kentang sekilo.” Pinta Alyssa.

            “nah, nak.” Alyssa menyambut plastik merah berisi kentang lalu dibayar kepada mak cik itu. 
Kemudian, dia menuju ke bahagian rempah ratus pula. Suasana pasar memang agak gamat pagi itu. Maklum sajalah hujung minggu sememangnya orang suka membeli barang dapur yang segar.

            “Alyssa kan?” Tanya satu suara, Alyssa berpaling. Tangannya yang tadinya memegang rempah gulai diletakkan kembali bungkusan tersebut.

            “nenek?” Pantas Alyssa menyalami tangan Nenek. “nenek datang seorang aje ke?”

            “nenek datang dengan Akif la. Dia pergi mana entah.” Balas Nenek mesra. “Lyssa pulak beli apa?”

            “mama suruh beli barang sikit.”

            “macam nilah, nenek nak masak special hari ni tau. Alang-alang dah jumpa Lyssa ni. Jom ikut nenek balik?”

            Alyssa terkedu. Patutkah dia?

            “boleh la ya? Lyssa call mama Lyssa, tak lama pun.”

            ‘alamak macam mana ni?’

            “jom ikut nenek. Lyssa datang dengan kereta atau teksi?” Tanya Nenek.

            “kereta. Lyssa ambil kereta dulu ya nek?”

            Nenek mengangguk. Alyssa berlalu kemudiannya.




ALYSSA memakirkan kereta dihadapan rumah banglo yang indah itu. Dia turun dari kereta. Dilihatnya Izz terus meluru ke dalam rumah, tanpa sebarang kata. Alyssa tahu sudah tentulah Izz tidak menyukai kehadirannya di situ. ‘Aku datang ni pun sebab nenek kau lah.’

            “jom masuk Lyssa.” Ajak nenek. Alyssa mengangguk lalu mengikut langkah nenek.

            Masuk ruang tamu Alyssa sangat terpegun dengan keindahan hiasan dalaman rumah itu. Susunan perabot yang teratur, hiasan yang mewah tetapi sederhana. Dia juga terlihat satu gambar keluarga, di mana di dalam gambar itu ada Akif, kedua orang tuanya, nenek, dan 2 orang perempuan lagi. mungkin adik dan kakak Akif.

            “lama tenung?” perli satu suara.

            Alyssa tersentak. Dilihatnya Akif sedang bersandar pada dinding tidak jauh darinya.

            “mana nenek?” Tanya Alyssa. dia tidak tahu nenek ke mana tadi.

            “dapur.” Balas Akif. Dia menunjukkan arah dapur menggunakan ekor matanya.

            Tanpa membalas kata-kata Akif Alyssa berlalu ke dapur.

            “nenek, nak masak?” Tanya Alyssa kepada Nenek yang ligat membasuh sayuran.

            “erm, tiba-tiba terasa nak masak pulak. Biasanya, orang gaji yang masak. Dah bosan agaknya 
makan masakan orang.” Balas Nenek mesra.

            “Nenek nak masak apa? Lyssa boleh tolong sikit-sikit.”

            “Lyssa pandai masak?” Tanya Nenek ingin tahu. Alyssa yang berdiri di sebelahnya dikerling.

            “Lyssa? Err, kalau sayur goreng, masakan simple boleh la. Tu pun rasa dia tak sedap.” Balas Alyssa jujur. Dulu dia pernah belajar memasak daripada orang gajinya. Itupun sudah lama dia tinggalkan dapur semenjak masuk universiti.

            “biasalah orang muda. Lyssa tolong nenek potong sayur boleh?”

            Alyssa mengangguk pantas, lalu duduk di meja bulat. Tangannya lincah memotong sayuran. Sedang dia ralit memotong sayur, dia terdengar orang berdehem. Alyssa angkat wajah, manakala nenek pula berpaling ke arah muka pintu dapur. Alyssa melihat Akif yang sudah bertukar pakaian. Lelaki itu nampak ringkas dengan tshirt hitam dan seluar pendek paras lututnya.

            “sakit tekak ke?” sindir nenek. “ni mimpi apa pulak nak join orang perempuan buat kerja?”

            Akif diam. Pertanyaan nenek dibalas dengan senyuman kecil. Lalu dengan selamba dia mengambil tempat dihadapan Alyssa. Alyssa tiba-tiba rasa gelisah. Tangannya yang tadinya lincah memotong sayur menjadi agak perlahan.

            “kalau kau potong macam tu, sampai tahun depan pun tak siap,” perli Akif. Matanya tunak memandang wajah Alyssa.

            Alyssa menjeling Akif tajam. ‘dah kalau kau pandai sangat buatlah sendiri’



           
“AKIF, cik Nadia datang.” Kata Pak Abu, driver kepada nenek.

            Akif mengeluh panjang. Dengan malas dia bangun lalu menapak pergi dari dapur.

            “gaduh lagilah nanti.” Kata nenek setelah Akif berlalu.

            Alyssa mendekati nenek yang masih ligat mengacau gulai ikan masin.

            “Nadia tu anak kawan mama Akif. Mama Akif cadangkan nak satukan mereka. Tapi, Akif tak mahu. Kesian jugak nenek tengok Akif tu, dah macam-macam cara dia buat nak tolak Nadia tu. Nenek pun tak berkenan dengan budak tu.” Cerita Nenek.

            Alyssa mengangguk. “oh ya, nenek duduk dalam rumah ni dengan Akif aje ke?” Tanya Alyssa.

            Nenek mengangguk. “mama dengan papa Akif ada di Amerika, adik dia pun ada kat sana, kakak dia tinggal kat Shah Alam. Kadang-kadang balik sini, kalau dia tak sibuk. Cuma dia aje yang suka tinggal dengan nenek.”

            Alyssa mengangguk lagi.

            “dah siap pun semuanya. Lyssa pergi panggil Akif. Nenek siapkan meja.”

            “tapi,” Alyssa cuba beralasan. Bukan apa, dia tidak mahu berjumpa Akif dengan teman wanitanya itu.

            “tak apa. Pergilah.” Ujar Nenek.

            Alyssa berlalu. Setelah itu, Nenek mengangkat satu persatu lauk ke ruang makan. Gulai ikan masin, nasi, sayur kailan, ayam masak merah. Setelah puas nenek, duduk di atas kerusi menanti Alyssa dan Akif.

            “apasal yang lama sangat ni.” Ujar nenek lalu melangkah ke depan.




“AKIF, sampai hati you. Siapa perempuan ni?” Tanya Nadia geram. Alyssa yang baru muncul dan tidak tahu apa-apa tergamam.

            Akif berpaling ke belakang. Dia mengeluh.

            “tell me, who is this girl? What is she doing here?” Tanya Nadia lagi. suaranya mula meninggi.

            Akif diam. Dia memandang Nadia dengan pandangan kosong. Perempuan itu dihantar mamanya untuk dijadikan kekasihnya. Namun, hatinya masih belum bisa menerima perempuan itu. Sudah bermacam cara dilakukan supaya perempuan itu menjauhinya, namun usahanya sia-sia.

            “patutlah you tak jawab call and sms I. You jangan buat pasal, I boleh bagitahu mama you  tau?”

            “bagitahu lah kalau you nak. You ingat I kisah? I lagi suka.” Balas Akif cepat.

            “Akif, jangan buat I macam ni. I sayangkan you, you tahu kan? “ pujuk Nadia. Tubuh Akif didekati. Lengan lelaki itu dipegang.

            Alyssa mencebik. ‘ish, bila drama swasta ni nak habis? Aku dah tak tahan tengok ni!’

            Akif menepis kasar tangan Nadia yang melingkar di lengannya. Sungguh dia rimas dengan gadis ini. Gadis yang tidak jemu-jemu mengejarnya.

            Nadia menjeling Alyssa. Alyssa senyum kepada Nadia. Nadia geram, lalu dia mendekati Alyssa.

            “apa kau dah buat huh? Kenapa kau sanggup rampas dia dari aku?”

            Alyssa terkedu. ‘kejap! Kenapa aku pulak yang kena masuk drama murahan ni? Aku Cuma nak 
panggil Akif aje.’ Alyssa menjeling Akif. Namun lelaki itu lebih rela berpeluk tubuh.

            “damn you. Don’t you know how much I love Akif. And he love me too. Looking at you, I know you are only an ordinary woman. With this blouse and legging, yew, so old fashioned.” Perli Nadia.

            Alyssa ramas tangannya. “amboi.. suka hati kau aje kutuk aku ya? Apa kau ingat kau pakai baju labuci tengah hari macam ni, kau hebat? kau tak panas ke pakai baju macam ni? Dah lah tak cukup kain.” Kutuk Alyssa. memanglah pakaian dia biasa saja, buat apa bergaya macam nak pergi party.

            Nadia ketap bibir.

            Akif senyum simpul. Namun, cepat-cepat menyembunyikan senyuman apabila melihat Alyssa 
memandangnya.

            “dah lah. Malas aku nak layan. Aku tak hingin la boyfriend kau ni. Setakat dia berlambak aku boleh cari. And, kau tak payah risau, aku bukan siapa-siapa dengan dia.” Kata Alyssa, sungguh dia tidak sanggup lagi berada di situ. Rimas dia.

            “apa ni yang lama sangat?” Tanya Nenek yang tiba di muka pintu.

            “nenek, Lyssa masuk dulu.” Kata Alyssa lalu masuk ke dalam rumah.

            “Akif masuk dalam rumah. Nadia, kamu baliklah ya? Esok datang lagi.”
           



BAIK Nenek, Akif mahupun Alyssa masing-masing lebih rela berdiam dan menikmati masakan yang  disediakan Nenek. Akif menjeling Alyssa sekali sekala. Gadis itu nampak tenang menikmati makanan. ‘suka hati je kutuk aku! Ada ke patut dia kata boleh kutip aku merata? Apa? Ingat muka handsome aku ni senang dapat ke? Dah tu, buat muka tak bersalah pulak!’

            Alyssa menjeling AKif. Dia tahu tapi buat tidak tahu, yang Akif, daripada tadi asyik menjelingnya. Entah apa lah lelaki itu tidak puas hati. ‘aku ada hutang dia ke?’. Mata mereka bersabung seketika. Alyssa menjelir Akif. ‘harap ada Nenek kalau tidak aku tahulah nak buat apa kat kau!’

            “korang bergaduh lagi?” Tanya Nenek.

            Alyssa tersedak. Hampir terkeluar nasi yang baru disuap. Kalau lah, dia tidak sempat menahan, sudah tentulah muka Akif yang bakal menjadi tempat persinggahan sisa dalam mulutnya itu.

            “apa maksud nenek?” Tanya Alyssa.

            “iyalah, senyap aje dari tadi. Duk jeling-jeling, nenek nikahkan baru tahu.”

            Alyssa ketawa.

            Akif terpinga. ‘apesal pulak minah ni ketawa macam tu?’

            “nenek.. mana boleh macam tu. Nanti Nadia tu datang serang Lyssa pulak. Sakit mata Lyssa tengok baju dia yang bling-bling tu.” Gurau Alyssa. dia ketawa kecil.

            Akif diam mendengar.

            “kalau Nadia tak kacau?” Tanya Nenek, menduga perasaan cucu-cucunya itu.

            Alyssa diam.

            Akif senyum nipis. ‘time to act!’

            “kalau macam tu, Akif pun tak kisah nek.” Kata Akif. Dia menjeling Alyssa. padan muka kau!

            Alyssa terkedu. Dapat dia lihat bagaimana wajah nenek berubah. Berubah kepada wajah yang bercahaya dan penuh pengharapan.

            “nek. Jangan lah percaya cakap Akif ni nek. Dia dah ada ramai teman wanita yang cantik kat kolej tu. Mana lah dia nak pandang Lyssa ni.” Balas Alyssa. dia menjeling Akif pula. Nak kenakan aku sangat!

            Akif telan liur. Dia memandang wajah nenek yang termakan umpan Alyssa.

            “nek, dia tipu Nek.”

            Nenek merenung tajam kearah Akif.

            “nek, Lyssa balik dulu boleh? Mama mesti dah lama tunggu.”

            Akif mencerlung Alyssa. ‘kau lepaskan diri macam tu aje, lepas kenakan aku?’ 

No comments:

Post a Comment