Pemilik Hati 13



ALYSSA melihat bangunan 3 tingkat itu. Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Debaran di hati tak usah kira. Maklumlah itu hari pertama dia masuk bekerja di situ. Siapa tak takut kan? Alyssa memasuki lif. Butang nombor tiga ditekan. Sampai di hadapan meja penyambut tetamu Alyssa memperkenalkan dirinya.

“oh ya, sila ikut saya ya?” kata penyambut tetamu yang bertudung itu. Alyssa mengekori langkah gadis itu. Sampai di satu bilik yang di pintunya tertulis :
 
                                                               Pengarah syarikat
                                                             Puan Alia Hanim Amran.

Pintu diketuk penyambut tetamu itu, lalu gadis itu masuk ke dalam, Alyssa masuk setelah dipanggil.

“nama saya Alyssa Nasuha Najmi. You can call me Lyssa.” Kata Alyssa ramah. Senyuman diukir.

“sila duduk. My name is, Alia Hanim. You can call me Puan Alia.”

Alyssa angguk.

“so, I guess you know what is your job right? For the time being, I hope you will adapt here and get to know more,” terang Alia.

Alyssa angguk. Dia mendengar dengan baik bicara pengarah syarikatnya.



ALYSSA menghadap tasik yang menghijau dihadapannya. Pelik kerana dia rasa dia tidak pernah ke situ. Dia berpaling ke arah sekeliling, tiada sesiapa di situ. Lebih pelik lagi, hanya dia seorang sahaja di situ. Kemudian matanya beralih pula kepada sebatang pokok yang ada berdekatan dengan bangku yang sedang dia duduki.

Cantik sekali pokok itu. Bunga berwarna merah jambu, daunnya juga menghijau dengan cantik sekali. Entah kenapa suasana di sekelilingnya terasa begitu cantik. Alyssa senyum bahagia. Tetapi, tiba-tiba dia tertanya-tanya kenapa, dia perlu ada di situ? Kenapa dia seorang sahaja yang ada di situ?

“Alyssa..” panggil satu suara.

Alyssa berpaling ke belakang. Melihat batang tubuh itu, Alyssa berdiri. Susuk tubuh itu amat dikenali. Alyssa senyum. Untuk apa, dan bagaimana dia boleh tersenyum dia juga tidak tahu, namun, rasa bahagia menyelinap secara perlahan ke dalam hatinya, seterusnya menerbitkan senyuman itu.

Tanpa dia pinta, laju sahaja kakinya berlari mendekati batang tubuh itu. Hanya beberapa tapak lagi, Alyssa berhenti. Wajah lelaki itu direnung lama, bagai mahu menghafal segenap wajah tenang itu. Wajah yang tidak seperti selalu itu.

“Akif...” panggil Alyssa.




ALYSSA tersentak. Wajah Akif berganti wajah mamanya, taman yang indah tadi hilang digantikan dengan dinding biliknya. Alyssa kaku di atas katil. Betul ke aku mimpi tadi? Kenapa dan bagaimana dia boleh masuk dalam mimpi aku pulak?

“dah, dah.. bangun mandi cepat, nanti lambat pulak.” Arah Puan Aisyah.

Alyssa bangun, mencapai tuala lalu menghilangkan diri di sebalik pintu kamar mandi. Usai mandi dan bersiap Alyssa turun untuk bersarapan. Nasi goreng buatan mamanya disenduk ke dalam pinggan.

“tadi mama dengar Lyssa ada sebut nama seseorang. Kalau tak silap Akif namanya, siapa tu?” Tanya Puan Aisyah. Wajah Alyssa dipandang bersama senyuman terukir di bibirnya.

Alyssa tersedak mendengar pertanyaan mamanya.

Puan Aisyah ketawa kecil.

“Lyssa dah jumpa someone ya?” duga Puan Aisyah.

“someone apa pulak?” balas Alyssa. air liur ditelan. Jantungnya berdetak hebat. Nampaknya dia memang bermimpikan Akif.

“betul la ni?” asak Puan Aisyah.

“Uncle Jazlan dah pergi kerja ke ma?” Tanya Alyssa, menukar topic sebenarnya.

“tak payah nak tukar topik.” Bidas Puan Aisyah.

Alyssa kerling jam di tangan kirinya. “mama, Lyssa pergi dulu la ya? Lyssa takut jammed.”

Puan Aisyah senyum. Nampaknya anaknya sudah dewasa, tidak pula dia sedar akan hakikat itu, sudah 25 tahun pun umur anaknya itu.




“HAI Alyssa..” sapa Damia.

“hai..” balas Alyssa beserta senyuman terukir. Damia merupakan salah seorang pereka fesyen di syarikat itu, dan dia sudah bekerja di situ selama 2 tahun. Alyssa pula sudah sebulan bekerja di syarikat itu dan dengan Damialah yang dia paling rapat.

“macam mana dengan rekaan untuk new summer collection?” Tanya Damia setelah Alyssa mengambil tempat di sebelahnya.

“okey. I dah dapat idea macam mana nak make it freshy, how about you?”

“so far, I dah siapkan rekaan, but the material I am not very sure.” Balas Damia, sambil matanya pegun membaca majalah fesyen di hadapannya.

“I can help you, if you need my help. Just tell me.”

Damia angguk dan tersenyum.

“oh ya, Puan Alia nak jumpa kita lah nanti.” Kata Damia. Kali itu, barulah dia mengangkat wajah memandang Alyssa.

“hal apa tu ya?” Tanya Alyssa pelik. Jarang sekali Puan Aim mahu berjumpa dengannya.

Damia henjut bahu, dia sendiri juga tidak dapat menebak persoalan itu.




“I NAK bagi both of you some extra work this weekend..” tutur Alia. 2 orang gadis dihadapannya dipandang.

“apa tu ya Puan?” sampuk Damia tidak sabar.

Alia senyum nipis, tahu pekerjanya itu memang kurang penyabar orangnya. “I ada fashion show di Johor, so I want both of you follow me.” Kata Alia.

“serious Puan?” Tanya Damia tidak percaya.

Alia angguk perlahan.

Alyssa dan Damia berpandangan seketika, “kami setuju.” Sahut mereka serentak.

Damia menekan butang lif, senyuman masih tidak lekang dari bibir itu. “you tahu, Puan Alia jarang sangat ajak junior macam kita tau. Biasanya, Cindy tak pun Amy yang dapat ikut Puan Alia.”

Lif terbuka. Lalu mereka menerobos masuk, butang 2 ditekan.

“tapi kan, kenapa Puan Alia pilih kita ya?” Tanya Alyssa. sesungguhnya itulah persoalan yang bermain di fikirannya sejak dari tadi.

Damia henjut bahu. “entah, sebab kita banyak tolong dia kot.”

Alyssa mencebik. “bila masa pulak you tolong dia?”

Damia ketawa. “hai, I jadi fashion designer untuk dia ni, bukan tolong dia ke?”

Alyssa ketawa kecil. “tu tolong diri you la.”

“iya ke?”




“I DENGAR, you berdua akan ikut Puan Alia ke Johor hujung minggu ni, betul ke?” Tanya Cindy angkuh.

Alyssa dan Damia berpandangan seketika, kemudian mengangguk.

“you jangan ingat you dah cukup bagus. Puan Alia pilih tu pun sebab kasihan dengan korang berdua.” Katanya lagi.

Alyssa senyum dalam hati, tiada yang lain, pastinya Cindy cemburu dengan mereka. Mana taknya, Cindy dan kawan baiknya Amy lah yang sentiasa dipilih Puan Alia untuk mengikutnya ke mana-mana. Dan kali ini Puan Alia memilih mereka berdua pula, mahu Amy dan Cindy tidak cemburu.

“kami tak cakap. Tapi, kalau itu satu pujian, thanks a lot.” Balas Damia sinis.

Cindy mendengus dan berlalu. Alyssa pandang Damia, Damia hanya ketawa kecil dan menghenjut bahu. “padan muka!” kata Damia.

Alyssa menggelengkan kepala. Damia, memang tidak pernah membiarkan orang menindasnya, selagi dia boleh membalas selagi itu Damia akan terus membalas.

No comments:

Post a Comment