Pemilik Hati 5



“MAK SU..” jerit satu suara comel. Alyssa cepat-cepat keluar rumah. Dia tahu siapa yang datang. Sudah agak lama juga dia tidak menemui anak saudaranya yang comel itu. Alyssa memeluk kanak-kanak perempuan yang comel itu. Tangan kakaknya juga disalami.

            “akak, mengandung lagi lah ni?” Tanya Alyssa apabila melihat perut kakaknya yang sedikit buncit.

            Arina mengangguk dan tersenyum.

            “abang Imran mana?” Tanya Alyssa.

            “ada, angkat beg. Mama, papa ada?” Tanya Arina.

            Alyssa angguk. Arina masuk ke dalam rumah.

            “Sara.. Mak Su ada belikan Barbie untuk Sara. Nak tengok tak?” Tanya Alyssa pada Maisara yang berada dalam dukungannya.

            “nak.. nak.. ibu kedekut. Ibu cakap Sara boleh beli Barbie kalau Sara dapat nombor satu. Mak Su baik..” jerit si kecil gembira. Alyssa melalui ruang tamu.

            “Sara salam nenek dengan atuk sayang..” arah Arina.

            Maisara berlari ke Puan Aisyah dan Encik Jazlan. “nenek, atuk.. mak Su beli Barbie. Sara nak pergi tengok ni. Bye!”

            Puan Aisyah ketawa kecil.

            “makin besar makin mengada-ngada..” kata Arina.

            “biasalah budak-budak. Kamu ni balik berapa hari?” Tanya Puan Aisyah. Dia bahagia, akhirnya rumah itu ada serinya. Kalau tidak, sepi seribu bahasa.

            “seminggu mama. Cuti sekolah kan..” balas Imran, suami Arina.

            Puan Aisyah mengangguk.
           


“LYSSA macam mana, mama?” Tanya Arina. Ketika itu mereka berada di dapur, menyiapkan juadah makan malam.

            “macam tu lah. Dia masih tak dapat terima. Mama, rasa bersalah pulak.” Balas Puan Aisyah.

            “mama, bukan mudah mama buat keputusan nak kahwin lagi. Lyssa akan dapat terimanya jugak 
nanti. Mama percayalah.” Pujuk Arina. Dia tahu apa yang mamanya alami. Dia tidak salahkan mamanya. Dia juga tidak menyalahkan Alyssa.

            “mama bimbang dia larikan diri ke,..”

            “mama jangan risau. Rin yakin Lyssa pandai buat keputusan. Dia tak akan buat benda bodoh.” Tutur Arina yakin, meskipun ada sedikit kegusaran di hatinya.

            “mama harap macam tu lah..”



“KAKAK, berapa lama cuti?” Tanya Alyssa ceria.

            “seminggu..” balas Arina sambil tangannya menyuap Maisara makan.

            “Sara dah besar la, mana boleh ibu suapkan lagi?” perli Alyssa.

            “tak apa lah. Sara suka kalau ibu suap.” Balas Maisara.

            “nanti kalau ada adik Sara, ibu tak boleh suapkan dah.” Usik Alyssa lagi.

            “alah.. kenapa pulak. Adik makan la sendiri. Tapi, tak pe, Sara suruh papa suapkan. Boleh kan papa?” celoteh Sara.

            Imran angguk sambil mengusap kepala anaknya. Puan Aisyah dan Encik Jazlan ketawa kecil. Alyssa sambung makan. Gembiranya hati dia apabila kakaknya pulang. Kakak dan abang iparnya merupakan guru sekolah menengah, di sekolah yang sama pula tu. sebab itu, setiap kali cuti sekolah mereka pasti pulang ke rumah. Usai makan Alyssa meminta diri ke biliknya, apabila melihat ayah tirinya turut menyertai abang dan kakaknya menonton televisyen.



“ABANG tengok Alyssa tu happy aje.” Kata Encik Jazlan. Dia memandang isterinya yang berada di balkoni.

            “Arina balik barulah dia happy macam tu. Kalau tidak..” balas Puan Aisyah. Dia mendekati suaminya yang sedang berbaring di atas katil. “saya rasa macam bersalah la, sebab keputusan saya, kahwin dengan abang, dia jadi murung.”

            Encik Jazlan pegang tangan Puan Aisyah. “Aisyah, awak jangan cakap macam tu. Abang jugak yang mintak awak kahwin dengan abang. Jadi bukan salah awak.”

            “tapi, bang.. saya,”

            “bukan mudah untuk abang buat semua ni. Kalau tak kerana amanah arwah Sufian tak mungkin abang kahwin dengan Aisyah. Abang memang sayangkan Aisyah sama seperti dulu, dan tak pernah berubah. Abang janji abang akan cuba sedaya upaya menjaga Aisyah dan Alyssa,”

            Puan Aisyah mengeluh panjang. Dia memandang suaminya yang dikahwini sebulan yang lalu. Senyuman ikhlas dilemparkan kepada suaminya.



ALYSSA melangkah ke perpustakaan. Sedang dia mahu melangkah dia lihat Maria sedang berbicara dengan Akif. Takut Maria memanggilnya Alyssa cuba menyorok di celah-celah pelajar yang ada di situ. Namun, usahanya sia-sia, apabila dia mendengar Maria memanggil namanya. Alyssa mengumpul tenaganya, senyuman diukir.

            “hai..” sapa Alyssa mesra.

            “Lyssa, ni kawan I  Akif, Akif ni Lyssa. My new friend.” Kata Maria.

            Alyssa senyum pada Akif. Dia hanya mampu menyumpah dalam hati melihat wajah tegang Akif, yang hanya memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak faham.

            “korang dah kenal satu sama lain ke?” Tanya Maria pelik.

            “huh? Tak.. tak adalah. Mana ada..” balas Alyssa cepat.

            Maria pandang Akif. Akif henjut bahu.

            “so, where are you going actually?” Tanya Maria.

            “ohh, lupa pulak. Saya nak pergi library. Okey lah, saya pergi dulu lah macam tu.”

            “ohh, okey. Jumpa lagi lain kali!”

            “sure. Bye!” Alyssa cepat-cepat berlalu. Dia mengeluh panjang. Akif, Akif, Akif ! Lelaki tu ada apa masalah dengan aku? Aku langgar dia berapa kali aje? Tak kan nak marah lama-lama? Tapi, aku tengok masa dia cakap dengan Maria, muka dia macam tu jugak. Dengan Ikhmal sebelum ni pun memang dia macam tu? Entah-entah urat senyum dia dah putus kot? Lantak kau lah, Ice Prince!



“LYSSA.. aku dah tolong kau isi borang..” kata Fadila lalu duduk. Mina dan Zetty yang turut bersama dengan Fadila turut duduk.

            “borang apa?” Tanya Alyssa pelik. Dia memandang Fadila, Zety dan Mina secara bergilir.

            “borang nak masuk pertandingan fesyen tu la. Kau ingat tak yang prof bagitahu tu.” Balas Zety.

            “eh, kau orang biar betul?” Tanya Alyssa tidak percaya. Sungguh dia tidak percaya. Dia baru memasuki tahun kedua jurusan fesyen yang diambilnya. Dia masih belum mampu untuk memasuki apa-apa pertandingan.

            “betullah. Tak kan kami nak main-main pulak? Adoi..” celah Mina.

            “eh, tak nak aku!” sahut Alyssa. Gerun dia mendengarnya.

            “Lyssa.. kau jangan lah risau. Kami semua isi borang jugak. Jadi kita bertanding sama-sama nanti 
ya?” sampuk Fadila.

            “Dila, Zety, Mina.. aku tak..”

            “shh, pokoknya kau tak boleh kata tidak.” Potong Fadila. Mina dan Zety angguk setuju.

            “korang ni selalu macam ni tau!”

            Mereka sengih melihat muka masam Alyssa.




ALYSSA menahan teksi. Dia takut, dia gelisah. Air matanya juga tidak segan-segan menitis. Penggilan yang diterima daripada Arina tadi benar-benar membuatnya tidak senang duduk. Di dalam teksi itu juga air matanya masih mencurah-curah. Dalam hati dia hanya dapat mendoakan semoga mamanya tidak apa-apa.

            “Lyssa, mama pengsan. Sekarang kami kat hospital.”

            Alyssa tersedu-sedu. Dalam 20 minit teksi itu berhenti di hadapan hospital. Alyssa turun setelah 
bayaran dibuat. Dia berlari ke wad yang menempatkan mamanya. Sampai di satu penjuru dia terlanggar bahu seseorang, dan dia terjelepok jatuh. Dia bangun. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat wajah tegang itu lagi.

            “sorry! But aku kena pergi. Kita settle kemudian.” Kata Alyssa lalu pergi.



“MAMA tak apa-apa?” Tanya Alyssa. Dia mendekati Puan Aisyah yang berbaring di atas katil, Encik Jazlan yang mulanya duduk di sebelah Puan Aisyah memberi ruang buat Alyssa.

            “mama, tak apa-apa sayang. Mama penat sikit aje.” Balas Puan Aisyah. Kepala anaknya diusap 
perlahan.

            “mama buat Lyssa risau. Mama tak payah lah pergi kedai lagi. Biar Kak Fiza aje yang jaga kedai.” Kata Alyssa. sungguh dia risau, mama kini semakin sibuk dengan kerjanya.

            Puan Aisyah senyum kecil.

            “mana akak?”  

            “kat kafe katanya.” Balas Encik Jazlan.

            “mama Lyssa turun dulu ya? Nanti Lyssa datang lagi.” Kata Alyssa tanpa memandang Encik Jazlan.

No comments:

Post a Comment