saya S.A awak! (part 2)



“AISYA!” jerit May.

Terkocoh-kocoh Aisya datang mendekati May yang sedang berdiri di hadapan perpustakaan itu.

“kad matrik aku hilang.” Luah May.

“apa?” jerit Aisya pula. “kau jangan main-main May. Dah lah exam nak dekat, ni nak masuk library macam mana kalau kad matrik tak ada?”

May pandang Aisya. Aisya pandang May.

“jadi, apa patut aku buat?”

“kau tertinggal kat bilik kot?”

“tak. Aku tak pernah keluarkan kad matrik aku. selalu ada dalam beg ni.”

“bila kali terakhir kau nampak kad matrik kau?”tanya Aisya, lagak seperti detektif.

May diam. Lama dia berfikir. “entah. Aku tak ingat.”

Aisya gigit bibir. Kad matrik sangat penting hidup dekat universiti ni. Tak ada kad matrik, tak boleh masuk perpustakaan, tak boleh pinjam buku, tak boleh masuk exam dan mungkin kena tolak markah sahsiah kalau pensyarah tu cerewet.

“aku nak balik lah. Tak tahu nak fikir apa dah.” Ujar May. Suram sekali wajahnya.

“okeylah. Jom kita balik.”




“MAY MARISSA kan?” tanya Haikal.

May angkat wajah. Hampir tersedak dia lihat wajah Haikal, dan tadi.. nama dia. Haikal sebut nama dia? Dari mana Haikal tahu nama dia? May berdehem. Nasi yang tinggal separuh sudah ditolak. Dia sedut perlahan air oren yang berbaki separuh.

“sorry, kalau saya buat awak terkejut. Just nak bagi ni.”

Terangkat kening May melihat dua benda dihadapannya. Sehelai sapu tangan biru kegemarannya, yang langsung dia tidak sedar kehilangannya, dan juga kad matrik yang dicari selama ini. Macam mana boleh ada pada Haikal? Dua-dua pulak tu?

“macam mana boleh ada dengan a..awak?” tanya May agak kaku. Berdebar kot.

“err, macam mana nak cakap ya? mungkin sebab awak punya gelabah kot.”

“hah?”

Haikal duduk di hadapan May. Dia senyum nipis. “pertama, awak tinggalkan dalam library masa awak keluar cepat-cepat tu. Sapu tangan ni awak tinggal dalam lif. Mungkin terjatuh. Saya panggil awak, awak lari jugak.”

May ketawa kecil. Ya Allah, gelabahnya aku...

Haikal berdehem. “jadi, tu aje lah. Bye, May Marissa.”

May panggil nama Haikal. Haikal berpaling. “thank you so much”

Haikal sekadar angguk dan terus berlalu. May pandang kedua barang berharga miliknya itu. sungguh dia takkan lupa kejadian ini. May senyum lagi. wah, dia bercakap dengan Haikal. Lama tu! Syabas May Marissa.




HAIKAL meraup wajah berkali-kali. Seraut wajah, dan sebaris nama May Marissa berlegar-legar dalam mindanya. Betapa dia juga gementar semasa bercakap dengan May. Dia tidak tahu kenapa dia rasa begitu. Apakah dia sudah mula suka pada May? Tak mungkin! Dia cuma tahu nama gadis itu dan fakultinya. Umur, keluarga, dan juga hal peribadi yang lain dia tidak tahu.

Takkan semudah itu dia jatuh suka pada orang? Tak logik! Senyuman May tadi, buatkan dia rasa bertambah gementar. Wajah blur itu, dan jugak, sikap gelabah yang dipertontonkan padanya selama ini bagaikan pita rakaman yang tak mahu berhenti. Ahhh. Parah!

Amirul pandang Haikal yang sedang berbaring di katil sebelahnya. Sekali Haikal mengeluh, sekali meraup muka, sekali tersenyum. Hai, dah pelik kawan aku ni. Tengah angau ke budak ni? Amirul berdehem. Reaksi Haikal ditunggu, namun tiada balasan.

“Kal..” panggil Amirul. Tiada balasan. “Haikal Arami!” jerit Amirul.

“oi!” terkejut Haikal. Hampir tercabut jantungnya. Haha.

Amirul ketawa. “amboi kau. Teringat kat siapa sampai aku panggil hampir sepuluh kali tak dengar?”

“hah? Kau ada panggil aku? bila? Kenapa?” tanya Haikal gelabah. Eh, aku pun dah berjangkit gelabah ke?

Amirul ketawa lagi. “sah, kau punya otak tak centre. Kenapa? Siapa yang curi hati kau sekarang ni?”

“apa pulak, curi-curi hati ni? Hati aku ada lagi kat sini.” Balas Haikal, tak mahu mengaku.

Amirul senyum. “dah lah. Aku paham. Kau tak nak cerita lagi kan? Tak pe aku tunggu.”

Haikal pandang Amirul yang sudah mengambil tuala. “macam mana kau tahu kau betul-betul suka kat Aisya tu?”

“tanya hati. Kalau kau dah asyik teringatkan dia, nak tahu pasal dia, ambil berat dengan dia, maknanya kau suka dia la tu.”

Haikal diam. Dalam diam dia mengangguk. Apa aku betul-betul suka pada May Marissa ke?




“MAY, jomlah. Temankan aku. kalau berdua, nanti ada yang ketiga. Kalau ada yang ketiga kena lah ada yang keempat. Bila dah ada yang keempat.. mesti lah selamat.” Hujah Aisya.

May mendengus. Wajah Aisya dipandang geram.

Aisya meraih tangan May. “May.. please. Bolehlah.. ya? kan kita dah habis final nanti. Jadi, boleh lah release tension.”

“kenapa kau nak sangat pergi dataran pahlawan tu? ada apa kat sana? Tak puas lagi berdating dalam u ni? Lagipun aku nak balik, lepas habis exam.”

“dataran pahlawan best ape? Kau pun suka pergi sana kan? Shopping sebelum balik, jom?”pujuk Aisya lagi.

May mendengus. Bukannya dia tak mahu pergi. Tapi, si Haikal tu ada sekali. Baru dia tahu yang Amirul berkawan baik dengan Haikal. Kalau tiada Haikal, dia tiada masalah langsung mahu ke mana sekalipun. Sejak pertemuan dengan Haikal, yang buatkan dia sangat malu, dia sering mengelak bertemu mata dengan Haikal. Dia malu!

“boleh lah May. Please. Kau kan kawan baik aku. kalau bukan kau siapa lagi?”

May pejam mata. “aish, kau ni.. Okey, aku terima. Tapi.. kau.. jangan tinggal aku sorang-sorang.”

“okey. Promise.”

Aisya menjerit keriangan, sedangkan May resah sendiri. Bagaimana dia mahu menghadapi Haikal nanti?




“AKU taknak naik benda tu..” bisik May pada Aisya.

Aisya serba salah. Di kanan, May, tak mahu naik menara Taming Sari, di kiri, Amirul, mahu mencuba.

“Kal.. kau nak naik menara tu?” tanya Amirul apabila Haikal hanya mendiamkan diri.

“err. Tak pe lah kot. Aku dah pernah naik dah.” Balas Haikal.

“bagus. Kalau macam tu. awak tolong jagakan kawan saya ni. Jom, Rul.” Kata Aisya, cepat.

May membulatkan mata ke arah Aisya. Gila. Itu lagilah aku tak mahu cik Aisya oi. May pandang Haikal, Haikal sekadar menghenjut bahu.

“korang pergilah jalan-jalan ke mana-mana. Nanti bila kami dah turun kami akan call.” Kata Amirul. Lalu dia dan Aisya meninggalkan mereka dan beratur untuk membeli tiket.




HAIKAL pandang May. Sejak setengah jam yang lalu, May sekadar mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Haikal akhirnya hilang soalan. Semua soalan sudah ditanya. Ketika itu, mereka sedang berjalan ke arah bangunan Stadthuys.

“awak tak suka berjalan dengan saya ke?” tanya Haikal tiba-tiba.

May terdiam. Memang dia akui dia diam sahaja semasa berjalan dengan Haikal. Apa mahu buat, dia berasa sangat gementar. Siapa yang tak gementar berjalan dengan orang yang disukai. Ini memang kerja gila. Aku takkan ikut Aisya lagi, kalau lelaki ni ada dengan dia.

“May?” panggil Haikal. Apabila dia lihat May termenung sahaja.

“huh? Apa awak tanya tadi?” tanya May. Tulah kau, sibuk bermonolog.

“saya tanya.. awak tak suka ke jalan-jalan dengan saya?” tanya Haikal lagi. wajah May dipandang.

May senyum nipis. “tak ada lah. Kenapa pulak awak tanya macam tu?”

“ya lah. Awak diam aje dari tadi?”

May senyum lagi. “err, tak adalah. Saya tak tahu nak cakap apa.”

“atau.. awak malu?”

“malu? malu kenapa pulak?”

Haikal henjut bahu. Dia sekadar serkap jarang. Dia juga tidak tahu kenapa May perlu malu dengannya.

“nak naik beca tak?”

May terpinga. Naik beca? Berdua? Biar betul!

“jom!” ajak Haikal. Tali beg sandang May ditarik. May tiada alasan, terpaksa dia mengekor dari belakang.

May kerling Haikal. Dalam diam, ada senyuman menabiri wajahnya. Sungguh dia tidak sangka dia akan ada peluang sebegini dengan Haikal. Kalaupun, Haikal tidak dapat membalas rasa sukanya pada lelaki itu, memori ini sahaja sudah cukup buatnya. May bahagia.

Hampir setengah jam juga mereka menaiki beca, dan dibawa ke seluruh Bandar Melaka. Masih tiada lagi panggilan daripada Amirul mahupun Aisya, jadi mereka melangkah ke Dataran Pahlawan mall, untuk membasahkan tekak, dan mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Mereka menuju ke restoran yang ada di pusat beli belah itu.

“seronok betul kawan kita tu ya? sampai sekarang tak call lagi..” ujar Haikal.

“itulah. Beria ajak orang teman, alih-alih ditinggalkan.” Omel May.

Haikal senyum. Comel pulak tengok muka masam itu.

May berdehem. berdebar dadanya apabila melihat senyuman Haikal. Apa yang Haikal senyumkan? Aku ada buat lawak ke? ke dia tengah kutuk aku?

“kenapa.. err, awak senyum macam tu?” tanya May, takut-takut.

“kenapa awak nampak takut-takut dengan saya? Saya tak pernah lagi makan orang tau. And I wont do such thing.”

May telan liur. “err. Tak ada apa-apa. Tak biasa dengan awak. Tu aje.”

Haikal angguk. sepanjang beberapa minggu ini, dia menjadi pemerhati May yang setia. Dia pernah juga Nampak May, melarikan diri daripada dia. dia sendiri tidak tahu kenapa. Sering dia melihat May sendiri, ataupun dengan kawan sekelasnya, itupun perempuan. Dapat dia buat kesimpulan, May seorang yang pendiam. Mungkin betul telahannya.

“Oh ya.. macam mana awak boleh tau nama saya?”

May pandang Haikal dengan wajah terkejut. Dia gigit bibir. Mindanya ligat mencari idea.

“May?” panggil Haikal, apabila May mendiamkan diri. Dapat dilihat May gelisah. Kenapa pulak ni? Telefon Haikal berdering. Diseluk ke dalam poket, nama Amirul terpapar di skrin.

“aku ada kat dalam mall ni. Ya, dengan May. Datanglah sini.”

May lega. Persoalan itu tamat di situ. May gelisah sebenarnya. Apa alasan yang dia dapat berikan kepada Haikal. Dia dengar secara tak sengaja? Takkanlah boleh kekal dalam ingatan kalau dia terdengar secara tak sengaja kan? Sebab saya ni peminat awak. Mestilah saya tau. Ahh, malu lah nak cakap macam tu!




“ESOK, Mirul konvo.” Bagitahu Aisya.

“jadi?” balas May malas.

“jadi, jom temankan aku ke majlis tu? lagipun esok kita tak ada kelas kan?”

“taknak aku!”

“kenapa?” tanya Aisya. Cuba memerangkap May.

May mendengus. Walau apapun dia tak mahu. Pasti ada Haikal Arami nanti. Taknak!

“kalau kau bagi aku alasan yang kukuh, aku akan pergi sorang diri. Kalau tak kukuh, sorry, by hook or by crook, kau mesti ikut.”

“taknak. Sebab.. sebab..”

Aisya panas hati. May ni memang kayu. Dah rindu tak nak mengaku. Bukan dia tidak tahu May menyukai Haikal. Aih, susah betullah kawan dia ni. Tengok tu, tak boleh cakap pun lagi sebab yang sebetulnya.

“sebab ada Haikal kan?” potong Aisya.

May terdiam. Berubah wajahnya.

“dahlah, May. Aku tahu kau suka dia. kau ingat aku tak tahu kau minat dia dari dulu lagi. aku diamkan sebab nak tunggu kau yang cerita kat aku. tapi, sampai sekarang. Aku tahu kau sedih gila masa akhir sem lepas, sebab Haikal dah final sem kan? Lepas tu kau tak dapat jumpa dia lagi.”

“ma.. mana ada. Kalaupun, dia ada kat sini belum tentu aku dapat jumpa dia. dia mana lah nak jumpa aku ni.” Bidas May.

Aisya menggeleng. “jadi, alasan kau tak kukuh. Kau kena ikut aku ke konvokesyen esok.”

“Aisya.. please, aku tak nak.”

“sampai bila kau nak mengelak dari dia May?”

“kau tak tahu perasaan malu tu.”

“tak kira. Kau kena ikut aku jugak. Muktamad.”

May mendengus lagi. dia bangun meninggalkan Aisya di kafe. Aisya tak faham perasaan dia. Betapa dia berusaha menjauhkan diri dari Haikal, kerana rasa malu yang dia ada.




“MAY..” panggil Haikal.

May berhenti melangkah. Amirul dan Aisya sudah menjauh daripada mereka.

“awak belum jawab soalan saya.” Kata Haikal.

“soalan yang mana?” tanya May, lurus. Dia keliru soalan yang mana.

“macam mana awak tahu nama saya?”

“ohh..” lama May berjeda. Mencari idea untuk jawapan itu.

Haikal setia menanti. Wajah May dipandang lama.

“err.. sebab saya ni S.A awak!” ucap May lalu pergi meninggalkan Haikal terkulat-kulat di situ.

Haikal terpinga. “S.A? apa benda S.A tu? aku tak pernah dengar pun?” berkerut kening Haikal memikirkan kata-kata May. S.A? berulang kali Haikal mengulang perkataan itu.

“hoi!” tersentak Haikal apabila ada yang menyergahnya dari belakang. Amirul tersengih. Haikal mengeluh.

“bro.. kita kan konvo hari ni, yang kau muka masam macam ni kenapa?”

“tak ada apalah. Dah lama ke kau sampai?” tanya Haikal. Malas melayan Amirul.

“baru je. Kau jangan lah buat muka macam ni. Kekasih hati kau datang hari ni.”

“hah? Siapa?”

“siapa lagi.. amboi, ramai ke kekasih hati kau?”

“kau jangan bergurau dengan aku Rul... May datang? Betul ke?”

Amirul pegang bahu Haikal dan mengangguk. Haikal senyum lebar. Teringat bagaimana semangatnya dia mencari maksud S.A yang May beritahu padanya. Ditanya pada semua orang termasuk rakan sekelasnya. Akhirnya, seorang rakan kelasnya memberitahu maksudnya. Sejak itu, hatinya berbunga riang. Namun, dia tidak bertindak apa-apa. Dia di tahun akhir, jadi, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian. Berita mengenai May, sering ditanyakan kepada Aisya apabila Aisya menemui Amirul.




HAIKAL yang masih dalam jubah graduasinya, mendekati May yang sedang duduk di taman universiti. Selepas bersalam dengan ibu bapanya terus dia mencari May. Dan dia mendapat tahu May bersendirian di taman, melalui Aisya. Tanpa dijemput, Haikal mengambil tempat di sebelah May.

May terkejut. Dia berpaling ke sebelahnya, dan dilihat Haikal bersandar pada kerusi dengan selesa. Wajah Haikal tenang saja. May hilang arah. Haikal ni tak tahu ke aku duduk kat sini?

“awak tak ada bawak apa-apa untuk saya?” tanya Haikal, selamba.

“hah? Bawak apa pulak?”

“habis tu, awak datang konvo ni congratulate siapa?”

“saya datang ni teman Aisya aje. Tak ada niat nak jumpa awak pun.” Balas May, sedikit menipu. Memang dia berharap, dia dapat melihat Haikal buat kali terakhir. Selepas melihat Haikal, terus dia ke situ.

Haikal senyum. “saya tak cakap pun awak datang ni untuk jumpa saya.”

May ketap bibir. Haikal ni nak main-mainkan aku ke apa? May bangun. Tidak betah dipermainkan begitu.

Haikal turut bangun. Terkejut dia dengan tindakan drastik May.

“May.. duduk dulu.” Haikal tarik tali beg sandang May. Nasib baik May pakai beg sandang, dia tidak pernah dengan sengaja memegang tangan anak dara orang.

“apa lagi awak nak cakap? Nak main-main kan saya? If that is your reason, awak berjaya. Memang saya rasa sangat...”

“shh.. duduk dulu.” Arah Haikal lagi.

May duduk.

“awak tahu, lama saya cari maksud perkataan S.A yang bagitahu saya. Saya tak pernah dengar perkataan tu. lepas saya tahu maksud perkataan tu, saya rasa suka sangat. Tapi, saya tak bertindak apa-apa. Saya nak awak terus jadi S.A saya. Saya suka awak jadi S.A saya.” Cerita Haikal. Sesekali dia pandang May yang menunduk memandang tanah.

“saya tahu awak selalu pandang saya. Awak sengaja datang library sebab nak tengok saya. Awak turun ke padang kalau saya ada perlawanan. Saya tahu. Dan saya tahu jugak awak selalu elak daripada nak jumpa saya.”

May pandang Haikal. Mana Haikal tahu? Sedangkan dia duduk jauh dari pandangan Haikal.

“sebab tu lah, saya simpan je perasaan saya ni. Saya nak awak terus jadi S.A saya. Dalam masa yang sama, saya jugak akan jadi S.A awak.”

May tahan air mata daripada menitis. Sebak betul dia mendengar kata-kata Haikal.

“sekarang, saya dah konvo. Lepas ni, awak pulak. jadi, bila awak nak jadi isteri saya? Saya dah penat jadi S.A awak. Saya nak jadi yang S.A.H pulak.” kata Haikal, diakhir kata dia ketawa kecil.

“hah? S.A.H? sah?” May blur.

“ya sayang. Saya nak kahwin dengan awak. Jadi, bila awak free?”

May ketap bibir. Senyuman Haikal dipandang. “awak jangan nak main-mainkan saya. Bila saya free? Awak ingat kahwin ni benda main-main?”

“ya Allah, cik May Marissa, saya serious. Saya kena tanya empunya badan dulu, baru saya boleh hantar rombongan betul tak?”

May bangun. “kalau awak boleh sabar, tunggu setahun lagi, sampai saya habis belajar. Itupun kalau awak sanggup.”

Haikal bangun. “okey. Berapa lama pun saya sanggup. Awak dah S.A saya sejak semester 1 lagi kan? Kiranya dah, 2 tahun lah. Wah..”

“dah. Jangan sebut lagi.” marah May.

“saya pun sanggup tunggu awak, sebagaimana awak sanggup.” Ucap Haikal apabila May mula melangkah meninggalkannya.

May berpaling. “saya pegang janji awak.”

Haikal senyum dan mengangguk.

No comments:

Post a Comment