Pemilik Hati 1




ALYSSA Nasuha berjalan perlahan ke dewan kuliah. Sejak dua hari yang lalu perasaannya terasa hilang dibawa angin. Hilang seperti dia tiada roh di dalam badannya. Mindanya kosong, hatinya sakit, badannya juga terasa lemah. Namun, digagahkan juga kakinya menuju ke dewan kuliah. Dia tidak mahu kawan-kawannya nampak penderitaan yang dia rasai.

            “Lyssa!” jerit satu suara.

            Alyssa berhenti melangkah. Dia tahu suara siapa yang memanggilnya, dia mengukir senyuman sebelum berpaling.

            “Dila. Hai..” balas Alyssa mesra.

            “kau nak pergi kelas ke ni?” Tanya Fadila, kawan baiknya.

            “ye lah. Mana lagi aku nak pergi. Erm, kau seorang aje? Mana kawan kita yang lain?” Tanya Alyssa pelik. Biasanya Fadila sering bertiga.

            “Mina dengan Zety pergi makan dulu. Lapar katanya. Jom kita masuk kelas dulu.” Ajak Fadila tanpa berlengah.

            Alyssa mengangguk dan mengekori langkah Fadila.


           
“KAU okay ke Lyssa? Kenapa aku nampak kau macam sedih je?” Tanya Fadila ingin tahu. Sebenarnya itulah tujuan dia datang awal berjumpa dengan Alyssa. Bukan dia tidak sedar Alyssa sering sendiri dan menjadi pendiam, walaupun Alyssa sememangnya seorang yang pendiam tapi kadang-kadang banyak juga celotehnya.

            Alyssa senyum lebar. “mana ada. Aku sihat aje.” Balas Alyssa.

            “betul ni?” Tanya Fadila mahu memastikan.

            Alyssa angguk yakin.

            Fadila senyum. Alyssa kembali  menatap buku. Maaf Dila aku tak dapat nak kongsi dengan kau. Aku malu..



“JOM makan. Aku belanja!” ajak Alyssa. Wajah Mina, Fadila dan Zety dipandang bergilir-gilir. Tujuannya cuma satu, mahu kawannya hilangkan sangsi terhadapnya. Dia sedar kawan-kawan nya ini mengesan perubahan dirinya.

            Mereka mengangguk serentak, lalu keluar dari dewan kuliah dan mengatur langkah ke arah kafeteria. Banyak yang Fadila bercerita sepanjang mereka berjalan. Begitulah Fadila, kalau ada dia, memang mereka tidak akan bosan. Sampai di kafeteria mereka duduk di satu tempat yang agak jauh dari orang yang menjadi tempat mereka setiap kali datang.

            Setelah mengambil makanan, mereka kembali duduk dan berborak. Alyssa hanya mencelah di mana dia rasa patut sahaja. Selebihnya mulut Fadila lah yang rancak bercerita itu dan ini, sedangkan dia, mindanya kadang-kadang sahaja berada di situ.

            Alyssa bangun. “aku nak pergi tandas sekejap.” Mina, Fadila dan Zety agak terkejut namun mengangguk. Alyssa senyum dan berlalu.

            Bukk! Sejuk terasa di perut. Sempat dia mengangkat wajah melihat insan terpilih yang telah mengotorkan bajunya. Matanya merakam seraut wajah yang agak kacak baginya. Tanpa pamitan atau kata maaf lelaki itu berlalu. Alyssa tarik nafas dan lepaskan. ‘nasib baik handsome kalau tak dah lama aku maki.’ Dia meneruskan langkah ke tandas, dan mula membasuh bajunya.

            Alyssa kembali kepada kawan-kawannya. “dia tu anak orang kaya. Menurut apa yang aku dengar dia ni,..” Fadila berhenti. Dia berpaling ke arah Alyssa. “Lyssa, kenapa baju kau basah?” Tanya Fadila.

            “aku terlanggar orang tadi.”

            “siapa?” giliran Mina bertanya.

            “entah. Korang bercakap pasal siapa tadi?” Tanya Alyssa sedikit ingin tahu.

            “tu,” tunjuk Zety.

Alyssa melihat kearah yang ditunjukkan Zety. Eh, bukan dia lelaki yang aku langgar tadi ke? Siapa dia?

            “kau kenal ke dia Lyssa? Lama tenung?” Tanya Fadila sedikit menyakat.

            “tak.. tak adalah. Cuma.. err, siapa dia tu?”balas Alyssa.

            “dia student baru, dari luar negara. Sambung balik study kat sini sebab nya.. aku tak tahu.” Balas Fadila semangat.

            Alyssa angguk. Dia kembali meneguk air. Dah tu? Apa yang popular sangat pasal dia tu?

            “Lyssa, kau pergi tak majlis alumni nanti?” Tanya Mina ingin tahu, walaupun dia tahu apa jawapan yang akan diberi Alyssa.

            “sorry babe,aku..”

            “tak suka pergi tempat yang crowded kan?” sambung Fadila.

            “hai, sejak bila pandai copy and paste ayat aku ni?” perli Alyssa.

            “Alyssa Nasuha, kitorang kenal kau sejak sem 1 lagi. Inilah alasan yang kau bagi tiap-tiap tahun. Apa kata tahun ni, kau buat perubahan.. pergilah, aku yakin kau pasti tak bosan.” Pujuk Fadila.

            “Dila.. aku bukan tak nak, tapi...”

            “Lyssa.. please..kali ni je, next sem kau tak nak pergi pun tak apa.” Pujuk Zety pula.

            Mina mengangguk setuju.

            Alyssa hilang kata. Apa patut dia buat? Alyssa terpaksa mengangguk meskipun hatinya memberontak.

            “yay!” Fadila, Mina dan Zety menjerit kecil.



“LYSSA, dah makan?” Tanya Puan Aisyah.

            “dah.” Balas Alyssa sepatah.

            “papa...” Puan Aisyah berniat menyambung kata..

            “dia bukan papa Lyssa, mama faham tak? Dan tak akan dapat ganti papa Lyssa,” jerit Alyssa. Dia 
berlari ke tingkat atas. Di bilik dia menghempas badannya ke atas katil. Dia menangis semahunya. Dia merenung bingkai gambar di sebelah katilnya.

            “papa... kenapa papa tinggalkan Lyssa? Lyssa tak suka lelaki tu papa. Dia jahat, sebab ambil mama dari Lyssa.. papa..”



“AKU nak pergi library kejap. Ada information that I need to figure out. Jadi, jumpa korang waktu makan tengah hari nanti ya?” kata Alyssa.
  
          Seperti biasa mereka hanya mengangguk. Alyssa selalu mahu bersendiri.

            Sampai di perpustakaan Alyssa menuju ke sudut informasi teknologi. Ada sedikit maklumat yang perlu dia cari tahu mengenai 3D. Dia perlu pengetahuan tentang hal itu, supaya mudah dia mereka pakaian melalui komputer sahaja.

            “ah, ini dia.” Baru sahaja dia mahu mengambilnya, buku itu sudah disambar seseorang.

            “maaf, tapi, saya..” kata-kata Alyssa tersekat saat memandang seraut wajah tegang itu. Dia lagi?

            “it’s mine!” kata lelaki itu lalu pergi. Alyssa gigit bibir. Dia duduk di hadapan lelaki itu. Dia yakin dia yang nampak dulu buku itu, dan dia harus pertahankan hak itu.

            ‘lantak kau lah nak cakap apa. Yang pasti aku nak buku tu!’ bentak Alyssa dalam hati. Dia gigit bibir bawah.

            Lelaki itu dipandang tanpa kelip.

            “ada apa-apa masalah?” Tanya lelaki itu.

            Alyssa diam dan hanya menunjukkan buku di tangan lelaki itu dengan ekor matanya.

            “I have said to you. It’s mine.” Balas lelaki itu selamba, lalu menyambung pembacaannya.

            Satu jam berlalu, dan Alyssa masih dihadapan lelaki itu. Dia tetap juga mahu buku itu. Namun, lelaki 
itu bagaikan tidak mahu berhenti membaca. Alyssa mengeluh lagi.

            “can you go? I want to study, idiot!”  jerkah lelaki itu.

            Alyssa gigit bibir bawah. Apa? Bodoh? Dia cakap aku bodoh? Aku ke dia yang bodoh? Alyssa diam. ‘harap muka aje handsome, tapi mulut, tak handsome langsung.’ Sekali lagi, dia menunjukkan ekor matanya ke arah buku itu.

            Lelaki itu mendengus. “I won’t, even you wait to get it!

            “what? Okey...” Alyssa mendengus apabila mendengar telefonnya berdering. Cepat-cepat dia 
mengangkatnya, setelah melihat orang sekeliling yang memandangnya kerana telefon yang lupa diletakkan dalam mod senyap.

            “Dila, huh? Okay aku datang sekarang!” bisik Alyssa malu. “you are safe for now.”

            Alyssa cepat-cepat berlalu setelah memberi amaran kepada lelaki itu. Dalam hati dia mengutuk lelaki perasan bagus tadi. Kalaulah itu bukan perpustakaan mahu saja dia menarik buku itu dari lelaki perasan bagus itu.



“KAU kenapa pulak ni?” Tanya Fadila apabila melihat Alyssa yang berwajah masam. Tahu lah dia, apabila Alyssa merasa geram dia akan gigit bibir bawahnya sampai merah. Nasib baik tak luka.

            “ tadi aku pergi library, masa aku nak ambil buku ada lah sorang lelaki perasan bagus tu sambar buku tu. Lepas tu, boleh dia cakap itu milik dia!”

            “then?” sampuk Zety.

            “aku pun duduklah depan dia.. tunggu dia habis baca. Tapi, yang ada dia cakap aku ni idiot! Sakit hati aku hanya TUHAN yang tahu.”

            “siapa lelaki tu?” Tanya Mina.

            “entah lah. Aku tak kenal.” Balas Alyssa malas. Dia meneguk air dengan rakus.

            “sabar aje lah Lyssa dalam dunia ni memang ramai orang macam tu.” Sampuk Zety.

            Alyssa senyum nipis. Lelaki memang menyusahkan. Kecuali papa... desis Alyssa dalam hati.



“DILA..!” sergah Zety. Dia mengalih pandangan kepada Alyssa dan Mina yang ada di belakangnya. Sudah lima minit mereka berada di hadapan Fadila namun Fadila seperti berada dalam dunianya sendiri. Tersenyum sendiri seperti orang yang hilang akal. Mereka duduk di sebelah Fadila.

            “kau jangan takutkan kitorang..” kata Alyssa. Dia memandang Fadila, risau. Tidak pernah pula Fadila bersikap begitu.

            “aku tak apa-apa la. Korang jangan lah risau.” Balas Fadila dengan senyuman lebar.

            “dah tu, kenapa kau sengih sorang-sorang?” Tanya Mina pula.

            Fadila senyum lagi.

            “Dila, kau jangan buat kami risau. Kau kenapa ni?” giliran Zety bertanya.

            “aku.. cuma.. err,,” Fadila berhenti. Dia memandang kearah sesuatu. “korang tengok lelaki yang pakai kemeja petak-petak tu.”

            Serentak Zety, Alyssa dan Mina berpaling ke arah lelaki yang agak tinggi yang sedang berbicara dengan seorang lelaki. Alyssa kenal lelaki itu. Lelaki yang menyusahkan dia! Tapi, bukan dia yang ditunjuk Fadila, tetapi lelaki yang berada di hadapan lelaki tak guna itu.

            “kenapa dengan lelaki itu?” Tanya Alyssa sedikit keras. Sedar suaranya agak keras, Alyssa mengukir senyuman.

            “dia.. aku rasa aku sukakan dia.” Kata Alyssa.

            “kau biar betul?” Tanya Alyssa, Mina dan Zety serentak.

            Fadila angguk yakin. “kenapa? Salah ke? Dia baik lah.”

            “kau kenal dia dari mana Dila? Aku tak pernah nampak kau cakap dengan dia pun?” Tanya Mina ingin tahu.

            “dari kelab Alam Sekitar yang aku masuk tu la. Dia, ketua kelab.” Cerita Fadila.

            Alyssa kembali menatap lelaki yang disukai Fadila. Dalam diam, dia memuji. Lelaki itu agak kacak, kelihatan baik, mungkin sesuai dengan Fadila.

            “macam mana kau boleh suka dia?” Tanya Zety.

            “dia tolong aku tadi. Banyak sangat dia tolong, aku tak dapat kertas presentation dia bagi yang dia punya, aku hampir jatuh masa turun tangga tadi dia tolong sambut. Sweet kan?” cerita Fadila.

            Zety dan Mina berpandangan dan kemudian ketawa.

            “kau ni, mudah sangat cair lah.” Perli Mina.

            “mana ada..” tukas Fadila. Aku masih pepejal la!

            “tak mengaku pulak dia.” Balas Zety.

            “Lyssa, tengok diorang ni..” adu Fadila.

            Alyssa hanya senyum. Fadila tarik muka.


No comments:

Post a Comment