Pemilik Hati 14


AKIF bersandar pada kerusi empuk miliknya. Dinding dalam pejabatnya direnung. Secara tiba-tiba seraut wajah Alyssa datang menerpa. Ah, betapa dia rindu untuk bertemu gadis itu. Walaupun hanya melihat wajah masam gadis itu, itu sudah cukup baginya. Akif suka melihat wajah cemberut gadis itu setiap kali bertembung atau bertemu dengannya.

Akif senyum. Sudah berbulan-bulan dia tidak bertemu gadis itu. Dapatkah dia bertemu dengannya lagi. dia hanya mampu menyerahkan itu kepada takdir yang Allah. Jika ada jodohnya dengan gadis itu, maka dia tidak akan melepaskan peluang untuk memenangi hati gadis itu lagi.

“Encik Akif!” sergah Hajar, setiausaha Akif. 

Akif tersentak. Wajah Hajar mengganti wajah Alyssa. “yes?”

“Encik Akif, tak apa-apa? Senyum sorang-sorang jangan buat saya takut.”

Akif senyum nipis. “ada apa?”

“ini fail tentang projek di JB.” 

Akif angguk dan menyambut huluran fail hitam oleh Hajar.

“ada apa-apa lagi?” Tanya Hajar.

Akif menggeleng, lalu Hajar keluar.




ALYSSA memasuki restoran Harmoni yang terletak berdekatan dengan tempat kerjanya. Boleh dikatakan setiap hari juga dia dan Damia ke situ  untuk menikmati makan tengah hari. Tetapi hari itu, oleh kerana Damia ada terpaksa ke Banting, terpaksalah dia makan seorang diri. Usai memilih tempat duduk, pelayan datang meminta pesan. 

Majalah yang baru dibeli dibelek.

“excuse me..” tegur satu suara.

Alyssa angkat wajah. seorang lelaki berkumis nipis, berdiri betul-betul dihadapannya. Wajah lelaki itu cuba dicari dalam kotak memorinya, kerana dia rasa seperti mengenali wajah itu.

“Alyssa right?” Tanya lelaki itu.

Alyssa angguk bersama seribu persoalan di minda. Bagaimana lelaki itu tahu namanya? Siapa lelaki itu? Aku kenal dia ke? Tapi, rasa macam kenal.

“kau mesti dah tak ingat aku ni. Akulah, Khai, Khairul Irham.”

“ohhh...” Alyssa berjeda. Dia tersengih. Baru dia ingat siapa lelaki itu. Khairul merupakan kawan sekelasnya sewaktu di sekolah menengah, sudah bertahun manalah mampu dia mengingati wajah itu.

“boleh aku duduk? Lama kot tak jumpa kau.” 

“boleh, duduklah. kau dah order?” Tanya Alyssa.

Khairul angguk. “kau buat apa sekarang?”

Alyssa diam seketika ketika pelayan datang meletakkan makanan.“aku kerja area sini lah, fashion designer.” Balas Alyssa.

“wah, fashion designer kau sekarang ya?” usik Khairul.

Alyssa ketawa kecil. “kau pulak buat apa?”

“engineering, tapi aku jadi kuli ajelah. Ofis aku dekat sini jugak lah. Tapi, aku jarang datang makan dekat sini,” balas Khairul.

“wah, boleh tahan.” 

Khairul senyum. “weh, kau apa cerita? Dah kahwin?”

“amboi kau. Awal-awal dah tanya soalan kontroversi, tak menyempat.” Perli Alyssa, beserta ketawa kecil.

“aku bukan apa, takut lah tengah aku duk gelak-gelak ada yang datang bantai aku macam mana? Tak ke naya?” gurau Khairul. 

Alyssa ketawa. “kau dengan Fazura macam mana?” Tanya Alyssa ingin tahu. Fazura juga merupakan teman sekelasnya, dan merupakan kekasih Khairul. 

Wajah Khairul sedikit berubah. “kami dah putus lepas sebulan tamat sekolah.”

“kau biar betul. Bukan kau sayang gila dengan Zura?”

Khairul ketawa. Pertanyaan Alyssa dibiarkan tidak berjawab. 

“kau sibuk tanya aku, kau?”

“aku?”

“iyalah, dah berpunya belum?” Tanya Khairul, wajah Alyssa dipandang. Di sekolah dahulu Alyssa memang terkenal dengan kesombongannya, sampaikan tiada lelaki yang mahu dekat dengannya. Itu bagi lelaki lain, tapi bukan dia. Alyssa memang nampak sombong, tetapi sebenarnya gadis itu pemalu orangnya.

Alyssa geleng.

“itulah kau, dulu aku nak, kau tolak..” gurau Khairul.

“tak hingin aku kat kau. Mahu punah masa depan aku.” Balas Alyssa, bergurau.

Khairul ketawa. 

“eh, aku rasa aku kena gerak dulu la. Lain kali kita sembang lagi ya?” kata Alyssa, dia sudah berkira-kira untuk berlalu.

“bagi aku number kau dulu, nanti senang aku nak contact.”

Alyssa mengangguk. Telefon Khairul disambut dengan baik.




AKIF memasuki bangunan tiga tingkat itu. Tiba-tiba dia jadi mahu melangkah ke syarikat milik kakaknya itu. Padahal sebelum ini bukan dia pernah datang ke situ, tapi, hari itu dia terasa mahu melawat kakaknya. Telefon dikeluarkan dan dia menelefon kakaknya untuk memaklumkan kedatangannya tengah hari itu.

Pintu bilik kakaknya diketuk lalu dia masuk ke dalam setelah mendengar arahan masuk daripada kakaknya.

“hai kak!” sapa Akif.

Alia senyum dan bangun menyertai adiknya yang sudah menyelesakan diri di sofa di dalam pejabatnya.

“hurm, apa mimpi datang jumpa akak ni? Selalunya tak pernah-pernah nak melawat akak kat sini.” Tanya Alia.

Akif senyum. “alah, akak ni. Adik datang melawat pun perlu sebab ke?”

Alia senyum seketika. “alang-alang Akif datang, jom kita pergi makan?” 

“boleh jugak. Akak belanja ya?”

“amboi, patut adik yang belanja kakak tau?”

Akif sengih. Dia berdiri menanti Alia mengambil dan mengemas barangnya.




“LYSSA, rugi you..” kata Damia, seraya duduk di sebelah Alyssa. 

Alyssa yang tengah melukis rekaan terbarunya, menjeling Damia dengan pandangan yang aneh. Penselnya diletakkan di atas meja.

“you  tahu I nampak apa?”

Alyssa angkat kening.

“I nampak Puan Alia dengan sorang lelaki ni tau. I..”

“Mia, you ni, agak-agak lah, suami dia kot. Jangan fikir bukan-bukan pulak.” Potong Alyssa.

Damia ketawa kuat. “Lyssa, boleh tak you dengar dulu I nak cakap apa.” 

“apa?” Tanya Alyssa.

“lelaki dekat sebelah dia tu, adik dia lah. Handsome  kot. Dahlah tinggi, putih, muka pulak ala-ala pelakon Korea gitu, tapi mata tak sepet pun. Tapi, memang I puji dia memang handsome.”

Alyssa senyum nipis. Damia memang suka bercakap tentang lelaki. Semua lelaki yang dijumpainya kacak, kalau tak pelakon korea, macam pelakon Indonesia, takpun Taiwan. Semua negara disebutnya.

“betul ni.. kalau you tengok pun, confirm you jatuh cinta.”

“cinta bukan pada rupa Mia..” balas Alyssa. 

“tapi, dari matalah turun ke hati. Jadi tentu-tentulah kita tengok muka dulu, barulah kemudiannya dapat jatuh ke hati.” Balas Damia, dengan teori yang entah apa-apa itu.

Alyssa ketawa kecil. Malas dia mahu membalas kata-kata Damia, kerana dia tahu dia tak akan menang. 




ALYSSA melilau mencari kelibat Fadila di dalam kafe itu. Sebaik mendapat panggilan daripada Fadila terus dia meluru ke situ. Alyssa lihat satu tangan melambai ke arahnya. Alyssa mendekati Fadila. Melihatkan wajah Fadila yang sedikit muram membuatkan senyumnya hilang. 

“Dila.. kau sihat?” Tanya Alyssa. wajah Fadila yang kurang bermaya dipandang.

Fadila angguk. 

“ada apa-apa yang kau nak cerita pada aku?” 

“aku tak jadi kahwin.” Tenang suara Fadila menuturkan kata-kata itu.

Alyssa terkejut. Baru seminggu yang lalu dia mendengar Fadila sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk perkahwinannya yang tinggal sebulan sahaja lagi.

“tapi.. kenapa?”

“tunang aku.. dia kata dia tak cintakan aku, dan dia tak dapat nak teruskan. Besides, kekasih lama dia dah kembali. Dia masih sayangkan kekasih lama dia.” 

Alyssa tertanya-tanya. Fadila tenang menuturkan kata-kata. Kecewakah dia? 

“kau kecewa dengan tunang kau?”

Fadila menggeleng bersama senyuman nipis.

“aku tak faham? Explain please?”

“aku tak kecewa, cuma aku sedikit rasa terkilan sebab dah sedihkan mak dan ayah aku. Aku sedar yang aku jugak tak menyayangi dia, malah dari awal lagi aku dah tahu. Tapi, tak ada apa yang dapat aku buat, bila melihat keluarga dia dan juga keluarga aku bahagia dengan pertunangan kami.”

Alyssa gigit bibir. “then, kenapa dia putuskan di saat akhir?”

“seperti aku cakap tadi, dia masih sayangkan kekasih lama dia, dan aku..”

“dan kau masih ingatkan Ikhmal?” potong Alyssa.

Fadila diam. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak.

“sorry kalau aku menyakitkan hati kau, tapi aku lega jugak kau tak jadi kahwin. Daripada nanti kau kahwin bercerai berai, baik tak payah.” Luah Alyssa. sesungguhnya sejak awal lagi dia memang tidak bersetuju dengan keputusan Fadila.

“amboi kau.. doakan aku macam tu ya?” marah Fadila.

“Dila, bukan aku doakan macam tu. Tapi, cuba kau bayang, kalau lah kau bercerai dengan dia, dah lah kau ni muda lagi, tak ke dapat gelaran janda berhias?”

“Lyssa! Kau ni kan. Hei, tak sanggup aku nak pegang title tu kau tahu tak.” Marah Fadila lagi.

Alyssa ketawa melihat wajah kelat Fadila. Fadila kemudiannya ketawa. Selepas itu, mereka sama-sama berborak mengenai masing-masing, sehinggalah ke petang.




HARI itu Alyssa memandu keretanya ke Midvalley Megamall. Semalam dia mendapat gaji yang pertama, jadi dia mahu memanjakan diri dengan membeli belah. Lagipun duduk di rumah menghadap Uncle Jazlan ada baiknya dia keluar. Lelaki itu tidak menyerah kalah memujuknya, sedang hatinya cukup beku untuk lelaki itu. 

Alyssa masuk satu demi satu butik. Ada yang dia berkenan dibelinya tanpa berfikir panjang. Dia juga bukanlah cerewet sangat dalam memilih pakaian. Apa yang penting dia selesa, dan harganya berbaloi. Tadi, ada juga dia mengajak Fadila menyertainya, namun, Fadila ada urusan dengan keluarga bekas tunangnya, jadi terpaksalah dia membeli belah seorang diri.

  Baru Alyssa mahu memasuki satu butik, dia mendengar namanya dipanggil, terus dia berpaling. Alyssa senyum melihat gerangan yang memanggilnya tadi. Sudah lama juga dia tidak bertemu lelaki itu.



“LYSSA, sihat?” Tanya Ikhmal. Ketika itu mereka berada di Restoran Pizza Hut.

“sihatlah, kalau tak, mana lah boleh datang sini.” Balas Alyssa beserta loyar buruknya. Lama tidak bergurau dengan lelaki itu.

“Abang Ikhmal datang sini sorang aje? Atau ada date?” Tanya Alyssa setelah ketawa lelaki itu reda. Tak kelakar sangat pun.

“sorang aje. Akif baru aje balik.” Kata Ikhmal, dia melihat wajah Alyssa. mahu melihat reaksi gadis itu.

Alyssa senyum lalu meneguk air. Mendengar nama itu disebut buatkan jantungnya berdegup kencang. Bagi menutup kegusaran dia meneguk air, kemudian menyuapkan spaghetti yang dipesannya tadi.

Ikhmal memerhati lagi. Hatinya dapat menebak sesuatu, namun, matanya pula tidak bersetuju apabila melihatkan reaksi pada wajah Alyssa yang langsung tidak berubah.

“lama kita tak lepak sama-sama kan?” kata Ikhmal lagi.

“tu lah. Lepas graduate, masing-masing sibuk. Abang kerja mana sekarang?” Tanya Alyssa ingin tahu.

“kerja dekat syarikat pak cik abang. Dekat Banting.”

Alyssa angguk. 

“Lyssa pulak?”

“Lyssa kerja kat Shah Alam. Kat company Inspiration.”

Ikhmal terpana. Biar betul! Bukankah..

“kenapa abang Ikhmal macam terkejut aje?”

Ikhmal menggeleng laju. Jodoh kau, Akif....

“oh ya, Dila pulak apa cerita? Dah nak kahwin ke dia?” Tanya Ikhmal. Soalan itulah yang disimpan sejak mula lagi.

Alyssa menggeleng. 

“apa terjadi?” Tanya Ikhmal pantas. Terkejut dan ada juga terselit bahagia di hatinya.

Alyssa senyum. Dia tidak mahu menceritakan hal itu. Kalaupun Ikhmal mahu tahu, biarlah Ikhmal tahu daripada mulut Fadila sendiri.

Ikhmal angguk faham. Dia juga sedar keterlanjurannya tadi. Tidak sepatutnya dia bertanyakan soalan itu kepada Alyssa.


No comments:

Post a Comment