Pemilik Hati 4




“BAIKLAH, sebagai ketua saya arahkan semuanya dirikan khemah. Semuanya haruslah secara berkumpulan ya? Setiap satu khemah ada 4 orang. Yang lelaki akan dirikan khemah di sebelah kanan, perempuan di sebelah kiri. Tempat yang di tengah ni, untuk aktiviti secara berkumpulan ya?” arah Ikhmal berhemah.

            “baik ketua!” sahut pelajar-pelajar yang menyertai perkhemahan itu. Seramai 40 orang menyertai perkhemahan, 15 orang perempuan dan 25 orang lelaki. Setelah selesai membahagi khemah perhimpunan itu bersurai dan semua pelajar sibuk mendirikan khemah.

            “korang pandai pasang khemah tak?” Tanya Fadila, kepada ahli kumpulannya, Alyssa, Izzah dan Fateen.

            Alyssa pantas menggeleng. Seumur hidupnya belum pernah dia menyertai perkhemahan, mana dia nak tahu macam mana mahu memasang khemah?

            “tak apa. Aku pernah camping dulu.” Kata Fateen.

            Alyssa senyum. Lega kerana ada yang berpengalaman dalam kumpulan mereka. Mereka kemudiannya membantu Fateen. Hanya dalam 25 minit mereka siap mendirikan khemah. Kemudiannya mereka mengemas barang-barang mereka. Tepat jam 11 pagi mereka siap mengemas dan membersih kawasan sekitar khemah mereka.
           


MALAMNYA, mereka berkumpul di sekeliling unggun api. Sudah kebiasaanya kalau berkhemah tentu sekali aktiviti bercerita tidak dilupakan. Alyssa merasa sangat seronok dapat menyertai aktiviti seperti ini. Buat seketika dia dapat melupakan apa yang berlaku baru-baru ini. Dengan aktiviti seperti ini, dia dapat bergelak ketawa, sedih dan juga mengenal erti seronok.

            “Akif.. pergilah ambil gitar..” kata Ikhmal tiba-tiba.

            Alyssa kalih pandangan ke arah Akif Afham yang duduk bertentangan dengannya. Akif menjeling Alyssa. Beberapa saat kemudian dia bangun lalu pergi. ‘ei, dia ni, apa entah, jeling-jeling, juling baru tahu’ kutuk Alyssa.



AKIF AFHAM melangkah ke khemahnya. Dia menarik nafas panjang. ‘Kenapa aku perlu berhadapan lagi dengan dia? Gadis yang banyak susahkan aku. Ish..’

            Dia mengambil gitar yang dibawanya. “kalau aku tahu dia ikut, jangan harap aku nak ikut sekali. Ini Ikhmal la punya pasal ni!” bebelnya lagi. Kalau dia tidak melayan ugutan Ikhmal pasti dia tidak ada di situ!

            Semua bertepuk tangan apabila melihat Akif datang dengan gitar di tangan. Akif duduk di tempatnya semula. Tangannya mula memainkan muzik.

Her eyes, her eyes
make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her everyday
I know, I know
When I compliment her she won't believe me

And it's so, it's so
Sad to think that she don't see what I see
But everytime she asks me "Do I look okay?"
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl you're amazing
Just the way you are..

Alyssa terpegun melihat Akif. Lelaki itu seperti dalam dunianya sendiri. Akif seperti membayangkan seseorang. Alyssa yakin lelaki itu sedang membayangkan seseorang. Tidak dapat dia nafikan pesona Akif sewaktu menyanyi lagu itu, menarik perhatiaannya. Alyssa kembali ke alam nyata setelah mendengar tepukan. Kemudian Ikhmal pula mengambil peluang. Dia berbisik kepada Akif. Muzik dimainkan lagi. Fadila teruja. Lelaki pujaannya mahu menyanyi, dan dia bakal mendegarnya.

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I've been missing you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep?
How do you sleep?

Tried my best at movin' on
Have yet to find a girl like you
See things now I didn't before
Now wishin' I had more time with you

How do you stay awake
Knowin' all I do is think of you
All the things we thought about
Then, never will happen again
If I could just see you

            Kemudian, riuh tangan bertepuk lagi. Alyssa menyiku Fadila yang seperti terpaku. Fadila tersenyum lebar.

            “janganlah obvious sangat.” Perli Alyssa.

            Fadila sengih.  Aktiviti malam itu, diteruskan lagi dengan nyanyian beramai-ramai. Tepat jam 12.15, Alyssa membawa diri ke khemah. Kantuknya sudah datang.



“OKEY, pagi ni kita akan buat jungle trekking. Hope korang enjoy. Kita akan bergerak ikut kumpulan ya? Saya sebut nama sila ke kanan. Dalam kumpulan saya, Akif, Kamil, Khairul, Fadila, Alyssa, Fateen dan Izzah. Kumpulan Danny,..”

            Alyssa geram. Kenapa lah dia ditempatkan di dalam kumpulan itu? Fadila dikerling. Dari semalam lagi Fadila kelihatan sangat gembira. Alyssa mengeluh panjang. Alyssa terkedu seketika saat matanya terpandang Akif sedang berdiri di satu sudut. Entah apa masalah lelaki itu, selalu dalam wajah tegangnya. Malas mahu berfikir Alyssa berpura sibuk berborak dengan teman-temannya.

            Perjalanan dimulakan setelah kumpulan siap dibahagikan. Alyssa menjadi pelajar yang paling akhir dalam kumpulannya. Dia tidak kisah, kerana dia lebih suka bersendiri di belakang. Namun, harapannya hancur apabila Ikhmal mengarahkan Akif supaya menjaga pelajar perempuan, jadi dia harus mengikut dari belakang. Dengan pantas Alyssa mencuit Fateen yang ada dihadapannya.

            “kau nak tukar tempat dengan aku tak?” Tanya Alyssa, cuba memancing Fateen.

            Fateen mengerling Akif di belakang. Lalu dia mengangguk. Alyssa senyum. Perjalanan dimulakan lagi. Alyssa tidak melepaskan peluang mengambil gambar sekeliling hutan itu. Itulah kegilaannya, suka mengambil gambar sama ada persekitaran mahupun hidupan.

            “aku tak nak bertanggungjawab kalau kau jatuh!” ugut satu suara dari belakang.

            Alyssa berpaling. Akif yang sedang mengelap peluh dipandang geram. Alyssa mencari-cari kelibat Fateen. Ketika itu mereka sedang berehat, sebelum menyambung perjalanan lagi. Fateen datang kemudian dengan membawa sebotol air yang diambil daripada Ikhmal. Dia menyuakan minuman itu kepada Akif.

            “no, thanks.” Kata Akif sombong.

            Fateen sedikit kecil hati.

            “Fateen, jangan bagi pada orang yang tak nak. Bagi kat aku aje. Aku dahaga lah.” Jerit Alyssa. Dia menjeling Akif.

            Fateen mengangguk. Baru dia mahu melangkah..

            “eh, bagi kat aku! Kau ambil untuk aku kan?” kata Akif tiba-tiba.

            Tanpa buang masa Fateen menyerahkan botol air itu kepada Akif. Akif minum dengan rakusnya. Dia menjeling Alyssa. Alyssa menjelirkan lidah kepada Akif. ‘tak guna!’ jerit Alyssa dalam hati.



“HATI-HATI!” jerit Ikhmal dihadapan. Alyssa menggantungkan kameranya di tengkuk. Dia tidak mahu mengambil risiko sekiranya dia jatuh ketika menuruni bukit.

            “Lyssa, ada rafflesia..” kata Fateen dari belakang.

            Alyssa berpaling ke belakang. Entah macam mana dia terlepas pandangan dia terjatuh.

            “Lyssa!” jerit Fateen.

            “ahhh...” Alyssa mengerang kesakitan. Fateen mendekati bagi membantu Alyssa berdiri. Dia cuba mengangkat Alyssa namun kudratnya tidak mencukupi. Dia menjerit memanggil Fadila dan Izzah, namun mereka terlalu jauh. Fateen berpaling ke belakang. Akif yang sedang berpeluk tubuh dipandang.

            “tak rasa nak tolong ke?” Tanya Fateen geram. Tak sangka Akif mempunyai sifat yang sebegitu. Daripada gaya dan wajahnya dia bukanlah seorang yang pentingkan diri begitu. Nampaknya penilaian dia salah.

            “ahh.. tak apa aku boleh jalan sendiri.” Kata Alyssa. Dia cuba bangun dengan memegang tangan Fateen namun dia tidak berdaya. Kakinya terasa amat-amat sakit. Dia menjerit kecil.

            Alyssa angkat wajah saat dia melihat ada tangan yang menghulurkan bantuan. Akif masih dalam wajahnya yang tegang. Alyssa tunduk kembali. Kakinya dipegang.

            “janganlah degil. Aku nak tolong ni pun dah cukup bagus.” Katanya tegas.

            Alyssa tiada pilihan. Dia membiarkan sahaja apabila Akif mengangkatnya. Dia melingkarkan tangan di bahu Akif. Fateen pula membantu membawa beg Alyssa.



LYSSA... kau kenapa?” Tanya Fadila bimbang. Akif meletakkan Alyssa di atas bangku berdekatan khemah mereka. Dia berlalu kemudiannya.

            “kau okey?” Tanya Fadila lagi.

            Alyssa angguk dan senyum nipis.

            “kaki macam mana? Rasa sakit tak?” Tanya Ikhmal yang tiba dengan first aid kit.

            “rasanya kaki Lyssa dah terseliuh la.” Balas Alyssa. Dia hanya melihat saat Ikhmal membuka kasutnya.

            “dah bengkak. Akif, kau tahu kan nak buat apa? Aku kena jumpa kumpulan yang lain ni..” kata 
Ikhmal dia berpaling kepada Akif yang berada tidak jauh dari situ.

            “eh, tak apa. Dila, kau tahu nak buat apa kan?” potong Alyssa. Tidak sanggup dia menerima bantuan Akif.

            “sorry Lyssa. Aku tak tahu, silap-silap patah kaki kau.” Balas Fadila.

            “Izzah?”

            “sorry Lyssa. Aku tak pernah rawat orang.” Balas Izzah.

            Alyssa mengeluh panjang. Akif dipandang sekilas.

            “Lyssa, Akif dah pernah buat benda alah ni. You will be fine.” Kata Ikhmal meyakinkan.

            Akif berdehem. Alyssa kerling Akif yang kemudiannya menghadiahkannya dengan senyuman sinis. Alyssa gigit bibir.

            “korang tolong ambil ais dan kain..” arah Akif setelah Ikhmal berlalu.

            Fadila, Izzah dan Fateen akur dengan arahan, berlalu dengan cepatnya. Alyssa mengeluh lagi. ‘perlu ke semuanya pergi?’

            Akif melihat kaki Alyssa. Tangannya mengurut perlahan kaki Alyssa. Dikerling wajah Alyssa yang 
berpeluh menahan kesakitan. Sesekali kedengaran bunyi mengaduh.

            “mana diorang ni..” kata Akif.

            Alyssa pandang Akif yang duduk di atas batu berdekatan dengannya. Lelaki itu.. ikhlas kah lelaki itu membantunya? Ikhlaskah dia? Ah, kenapa aku rasa segala marah aku pada dia hilang? Kenapa aku rasa lain pulak ni? Hei, dia cuma tolong sikit aje. Semua orang akan buat macam tu pada kau Lyssa. Akif Afham, musuh kau!

            “ahh...” jerit Alyssa. Serta merta lamunannya berkecai. Kini Akif dihadapannya sedang merawat bengkak di kakinya. Alyssa pandang kawan-kawannya. Dia mengerti pandangan Fadila. Alyssa mencerlung Fadila yang mula memerlinya. Beberapa minit kemudian Alyssa lihat Akif bangun. Kakinya pula sudah siap berbalut.

            “jangan banyak bergerak.” Kata Akif lalu pergi.

            “untunglah kau Lyssa.. bukan senang nak dapat peluang macam ni. Dah lah ada orang dukung, tolong balut pulak.” Perli Fadila yang mengambil tempat di sebelahnya.

            “banyak lah kau punya untung! Kau ingat aku suka ke?” balas Alyssa. tangannya menjalar mahu mencubit Fadila yang enak memerlinya.

            Fadila ketawa. “kau suka dia eh?”

            “kau jangan nak buat lawak lah weh. Tak adanya.”

            Fadila sengih.



PETANG itu semua pelajar ke kawasan air terjun untuk aktiviti mandi manda. Alyssa hanya dapat melihat kawan-kawannya mandi-manda kerana kakinya masih sakit. Dia duduk di bawah wakaf yang ada berhampiran air terjun. Sambil-sambil itu dia membaca novel yang dibawanya, headphone juga dipasang, itu lah cara yang dia suka ketika membaca.

            Alyssa membuang headphone di kepalanya apabila dia rasa seperti ada orang di belakangnya. Dengan pantas dia berpaling ke belakang. Figura Akif memenuhi matanya. ‘lelaki ni lagi..’

            “sejak bila kau ada kat situ?” Tanya Alyssa tanpa melihat Akif.

            “tahun lepas.” Balas Akif sinis.

            Alyssa ketap bibir. ‘dia ni, aku cakap baik-baik dia balas macam tu’

            “Lyssa..” jerit Fadila lalu duduk di hadapan Alyssa. “Akif, awak pun ada kat sini?” sapa Fadila mesra.

            Akif hanya memandang sekilas kemudian berlalu. Fadila henjut bahu. Dia tahu Akif memang begitu orangnya oleh kerana itu, dia tidak terasa hati langsung.

            “dia tu memang macam tu kan? Sombong gila.” Komen Alyssa tanpa sedar. Alyssa kerling Fadila, 
apabila menyedari dia terlepas cakap.

            “kenapa? Kau sakit hati?” Tanya Fadila, menduga.

            “tentulah. Orang tanya elok-elok dia balas macam.. ahh, apa-apa lah.” Komen Alyssa. “kau tak mandi puas-puas ke? Esok dah nak balik..”

            “aku dah rasa sejuk sangat dah ni. Tu yang aku naik tu.”

            Alyssa angguk. Dia menyambung kembali bacaannya.



“LYSSA.. kenapa ni sayang?” Tanya Puan Aisyah bimbang. Dia memapah Alyssa yang dihantar oleh Fadila.

            “dia terseliuh sikit auntie.” Balas Fadila. Dia membantu memapah Alyssa ke dalam rumah.

            “Lyssa tak apa-apa?” Tanya satu suara garau. Alyssa dan Fadila serentak angkat wajah. Fadila 
mengerutkan dahi, pelik kerana dia belum pernah melihat lelaki itu di rumah Alyssa sebelum ini.

            “Dila, tolong aku naik bilik..” arah Alyssa cepat. Sungguh dia tidak mahu disentuh oleh lelaki itu.

            “err.. err.. okey..” balas Fadila lambat-lambat.

            “papa, boleh tolong. Tak apa, Dila baliklah..” kata Encik Jazlan.

            Fadila pandang Alyssa, Puan Aisyah dan Encik Jazlan. Buntu dia.

            “Dila balik aje lah. Tak apa, Lyssa biar auntie yang papah naik atas.” Kata Puan Aisyah apabila melihat wajah Fadila yang buntu itu.

            “baik. Lyssa, kau tak payah pergi kuliah esok ya? Aku tolong bagitahu prof.”

            Alyssa diam. Setelah Fadila berlalu, Alyssa cuba bangun dengan tongkat yang ada.

            “papa.. boleh..”

            “tak payah..” balas Alyssa tegas.

            “macam mana Lyssa nak naik atas macam tu? Papa papah ya?” pujuk Encik Jazlan lagi.

            “Lyssa, ikut aje lah ya sayang? Betul kata papa tu..” celah Puan Aisyah.

            “mama.. jangan  panggil dia papa Lyssa. Dia bukan papa Lyssa.” Tegas Alyssa.

            Puan Aisyah kerling Encik Jazlan, Encik Jazlan membalas dengan aggukan. Dia faham yang isterinya takut dia akan terasa hati..

“baik. Uncle bawak naik atas ya?” pujuk Encik Jazlan lagi.

            Alyssa diam.

No comments:

Post a Comment