Kau Pujaan 3


“AWAK.” panggil Dhiya.

Rifqi angkat kening sambil berpaling kepada Dhiya di sebelahnya. 

Alamak, kenapalah dia suka buat macam tu. Nak goda aku ke ? perasan lah kau Dhiya. 

        “awak janganlah angkat kening macam tu.”

“kenapa pulak tak boleh? Saya punya kening, suka hati sayalah.” Balas Rifqi. Tawanya ditahan. 

Dhiya ketawa kecil. “awak, kenapa awak datang sini? Maksud saya, masuk ke dalam kampung orang.  Macam mana awak boleh tersesat ke sana?”

Rifqi diam. Dia tunduk. 

Dhiya diam beberapa saat. “err, susah nak jawab kot soalan saya tu eh? Tak pe. Tak payah jawab. Don’t worry be happy.”

Rifqi senyum. “tak adalah. Saya tengah susun ayat. Saya lari..”

Belum sempat Rifqi menghabiskan ayatnya Dhiya memotong. “awak lari? Lari dari rumah? Awak bukan budak umur belasan tahun nak buat benda tu semua. Awak dah besar, patutnya, awak cari jalan selesaikan, bukannya lari macam ni.” 

Rifqi senyum lagi. Entah kenapa setiap patah kata Dhiya selalu mencuit hatinya. “sebab saya nak cari jalan penyelesaian lah saya lari.”

“apa masalah awak sebenarnya? Saya ni pendengar setia tau.” Sambung Dhiya sambil mendabik dada apabila Rifqi mendiamkan diri. 

Rifqi senyum sesaat. “saya ada kekasih. Tapi, saya dapat tahu dia curang dengan saya. Alasan dia, saya bukan lelaki yang dia suka. Saya sakit hati, jadi saya lari. Saya datang ke sini sebab nak mencari dia, dan saya dapat tahu dia tengah bercuti dengan jantan pilihan dia tu. Mana hati saya ni tak sakit. Dua tahun kami bercinta.. tapi.. dia tinggalkan saya macam tu aje.”

Dhiya diam tidak berkutik. Masalah cinta rupanya. Aku tak pernah bercinta jadi aku tak tahu apa yang patut aku kata. “err, mesti dia cantik kan.”

Rifqi mengangguk. “Hana Edward.”

“maksud awak pelakon yang cantik tu? Wow.. salute awak lah, serious.” Ucap Dhiya teruja. Gila tak teruja, pelakon wanita cantik lagi seksi tu. Fuhh..

Rifqi diam dan tunduk. Mereka diam tanpa bicara. Rifqi memandang pasir, Dhiya pula merenung langit yang cantik malam itu.

“awak ingatkan seseorang ke? Kekasih awak?” Tanya Rifqi tiba-tiba.

Dhiya mengerut kening pelik. Apa maksud Rifqi ni?

“awak tengok langit.. macam pungguk rindukan bulan aje.”  Usik Rifqi,

“saya bukan pungguk okey.” Baru Dhiya mahu menyambung katanya dia terdengar sesuatu di dalam kereta Rifqi yang terbuka pintunya. Bunyi deringan telefon mungkin.

“Rifqi..” panggil Dhiya.

Rifqi berpaling. 

“bunyi telefon awak ke?” Tanya Dhiya.

Rifqi menepuk dahi. “saya bawak phone rupanya. Saya lupa pasal tu.”

“ohh..” Dhiya mengangguk. “apa? Telefon? Kalau dari tadi awak sedar tak adalah kita tersesat kat sini.” Terus Dhiya mengejar Rifqi yang sudah ke keretanya. 

Rifqi yang sedang bercakap di telefon ditenung geram. Kalaulah dari awal Rifqi meberitahu pasal telefonnya pasti sekarang dia ada di rumah Kak Qeela. Apa punya oranglah Rifqi ni, pelupa dia mengalahkan orang tua. 

Rifqi kembali kepada Dhiya. “sorry. Saya betul-betul lupa yang saya ada bawak telefon. Saya ingat.. err, saya tak ingat apa-apa.” Usai itu Rifqi sengih.

“bak telefon saya nak call Kak Qeela.”

Rifqi menyerahkan telefonnya. Setelah beberapa minit Dhiya kembali semula. 

“kak Qeela cakap nanti dia datang. Awak punya pasal lah ni, semua orang risau saya macam saya ni pengantin pulak.”

Rifqi terpana. Jantungnya seakan berhenti berdegup. “awak? awak nak kahwin ke?”

Dhiya ketawa. “apa lah awak ni. Bukan saya yang nak kahwin. Kakak kawan saya yang nak kahwin. Sekarang kan cuti semester saya datanglah tolong.”

Rifqi mengangguk faham. Lalu dia ketawa kecil.

“saya nak ke kedai kecik tu sekejap. Saya dahagalah.” Kata Rifqi lalu pergi. 

Dhiya memandang langkah Rifqi ke kedai kecil yang dibuka di pantai itu. Lebih kurang 100 meter dari kereta Rifqi. Dhiya menguis pasir pantai di kaki, sambil sesekali tangannya menampar nyamuk yang tidak segan silu menghisap ddhiyahnya. 

“hai cik adik. Sorang aje?” Sapa satu suara. 

Sepantas kilat Dhiya berpaling. Ada tiga orang lelaki sedang berjalan ke arahnya. Dhiya ketakutan. Mana Rifqi ni. Rifqi cepat datang sini..

“nak kami temankan..” sapa seorang lagi. Kini Dhiya dikelilingi 3 orang lelaki. Melalui bau Dhiya tahu lelaki bertiga itu mabuk. 

“Rifqi..” Dhiya menjerit sekuat hatinya. 

“hoi. Apa kau buat hah. Blah sebelum aku belasah korang.” Tempik Rifqi. Terlepas botol mineral di tangannya. Dhiya berlari mendapatkan Rifqi.

“woo, woo. Rileks bro. baik, kami pi. Lain kali jangan tinggai awek hang seorang diri tau.” Kata salah seorang lelaki itu lalu pergi. 

“awak okey?” Tanya Rifqi.

Dhiya mengangguk. Rifqi mengambil kembali  botol mineral yang jatuh. Diserahkan kepada Dhiya. Dhiya meneguk air dengan rakusnya. Rifqi marah kepada dirinya sendiri kerana membiarkan Dhiya sendirian.

“jom masuk dalam kereta sementara menunggu kawan awak.”

Dhiya mengangguk. 

Di dalam kereta, Rifqi memasang lagu, untuk meredakan perasaan Dhiya. 

“saya mintak maaf..” ucap Rifqi.

“tak  apa. saya okey.” Balas Dhiya. Segaris senyuman diberikan kepada Rifqi.

“oh ya,, dah dekat sehari kita kenal. Apa nama awak?”

“lupa pulak saya. Saya Dhiya Alani. Panggil saya Dhiya.” Balas Dhiya.

Rifqi mengangguk. “nama yang cantik.”

“saya tahu,”

“eleh, kembang lah tu.”

Dhiya sengih.

Rifqi rasa pelik sedikit. ‘cepat pulak budak ni sembuh ya? Tadi macam orang trauma ni dah okey? Senangnya.’

“itu kereta kawan saya. Saya keluar dulu.” Dhiya membuka pintu. “awak tak payah keluar. Ikut kereta kami dari belakang. Awak nak ke mana saya mintak kawan saya hantarkan.”

“lebuhraya.”

Dhiya mengangguk dan berlalu. 




“KAU ikut siapa semalam?” Tanya Ariana, tidak puas hati. Semalam ditanya Dhiya hanya berdiam diri. 

“kawan. Dhiya kenal  semalam.”

“kawan? Baru kenal semalam pulak tu. Kau biar betul Dhiya.” Balas Ariana geram.

“betul. Kau tak payahlah risau. Aku okey kan. Sorry buat semua orang risau.” Ucap Dhiya selamba.

Ariana mengetap gigi geram. Dia pun meneruskan kerjanya, membungkus buah tangan untuk tetamu yang datang nanti. Kemudian Aqeela pula datang menyertai mereka.

“Dhiya, mana kau kutip orang yang naik kereta Porsche tu? Dia lelaki ke perempuan?” Tanya Aqeela pula.

Ariana diam, namun, turut ternanti jawapan Dhiya.

“dia kawan Dhiya. Dhiya jumpa kat sini. Since, akak dengan Yana ni sibuk sangat nak tahu kan. Baik, Dhiya cerita. Macam ni, Dhiya jalan-jalan kat kampung semalam. Then, dia tanya Dhiya jalan keluar, Dhiya tunjuk lah. Lepas tu dia suruh tunjuk jalan ke bandar pulak. Lepas tu, Dhiya lupa jalan nak balik. Tu yang kami tersadai dekat pantai. Is it enough?” 

“dia lelaki ke perempuan?” Tanya Ariana pula.

“Dhiya sakit perut lah. Dhiya nak pergi..” belum sempat habis ayatnya terus Dhiya berlari. Tapi sampai bila dia harus lari? Cerita aje yang kau jumpa Rifqi Zaim, dan semua yang terjadi. Apa susah? Tak, tak, tak boleh. Ariana kan peminat setia Rifqi, mahu dia di bambu nanti.




“PAPA..” jerit Dhiya. Dia memanjat tangga ke bilik kerja ayahnya. Dia tahu ayahnya ada di situ, kerana kereta ayahnya ada di luar. Dia mengetuk pintu bilik itu kemudian membuka tombol pintu.

“papa..” panggil Dhiya lagi.

Encik Hazman bangun. Lalu memeluk erat Dhiya, anak perempuan satu-satunya. “bila Dhiya sampai. Kenapa tak suruh papa ambil dekat bus station? Bukan Dhiya balik esok ke?”

“ish, papa ni banyak soalan lah pulak. Dhiya nak buat surprise lah.” Balas Dhiya sambil tersengih. 

Encik Hazman sengih. Dia memicit hidung anaknya. Anaknya yang ini memang nakal betul. Selalu tidak mendengar kata. 

“papa, abang mana?” Tanya Dhiya lagi.

“abang ada dalam biliklah. Tengah berehat agaknya, semalam dia on call.”

Dhiya mengangguk. Tak dapatlah dia menganggu abangnya, yang bekerja sebagai doktor itu. “tak apa lah. Dhiya nak mandilah. Papa masak apa hari ni?”

“hai, anak papa dah balik ni. Apa kata Dhiya yang masak. Dah lama papa tak makan masakan Dhiya.”

Dhiya mencebik. “papa ni, Dhiya baru balik. Papa dah suruh masak? Sungguh kejam papa ni tau.”

Encik Hazman ketawa. “ye lah, papa masak. Esok Dhiya pulak yang masak. Okey?”

Dhiya mengangguk lalu keluar dari bilik kerja papanya. 




RIFQI menapak masuk ke dalam bangunan 3 tingkat itu. Voice Entertainment, syarikat naungannya.  Dia mengumpul segala kekuatan, pasti dia akan dimarah oleh pengurusnya, Mikail. Rifqi menyapa dahulu beberapa staf, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menyapa semua staf. Sikap peramahnya buatkan dia terkenal di syarikat itu,

“bersedialah Rif, Mike marah betul bila tahu you tak dapat dikesan.” Beritahu Ayla, akauntan paling seksi di situ.

“Iya ke? Alamak.. tak apa, I kan artis kesayangan dia, mesti okey punyalah.” Balas Rifqi, meskipun dia sedikit gentar.

“banyaklah you punya sayang. Semua staf dimarahnya semalam. You ke mana sebenarnya?” Tanya Zack pula si tukang solek yang suka melepak di situ.

“I ada emergency kat Kedah.” Balas Rifqi selamba.

“what? Kedah?” jerit Ayla dan Zack.

“shh.. nanti Mike..”

“Mike apa?” sahut satu suara. Serentak Rifqi, Zack dan Ayla berpaling. Mereka terkejut. Bila masa pulak Mikail ada di situ?

“err, tak ada apa-apa bos.” Sahut Rifqi cepat.

“masuk.” arah Mikail.

“serve you right.” Kata Ayla.

Rifqi gigit bibir.




“KAU pergi Kedah? Buat apa kat sana?” Tanya Mikail sambil membuka komputer di hadapannya.

“err, ada urusan penting bos.”

“pasal Hana?”

Rifqi tersedak. Macam mana pulak Mike boleh tahu?

“kan aku dah bagitahu kau, jangan bercinta sakan sangat. Model macam Hana tu bukan boleh percaya sangat. Tapi, kau tak dengar cakap aku. Aku dah tak nak dengar pasal ni lagi tau. Kalau sekali lagi aku dapat tahu kau hilang macam ni lagi, aku turunkan gaji kau.” Ugut Mikail.

“baik bos!” ucap Rifqi.

Mikail kembali menatap skrin apabila Rifqi mahu keluar dari biliknya.

“err, bos, bukan bos yang bayar gaji saya, jadi bos tak boleh..”

“baik kau pergi sekarang sebelum..”  potong Mikail geram. Rifqi angkat tangan mengalah. Pintu ditutup. Mikail menggeleng kepala. Sudah tiga tahun bekerja dengan Rifqi, dia faham benar dengan perangai Rifqi yang amat degil dan nakal.

No comments:

Post a Comment