Pemilik Hati 10


ALYSSA lega, hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum dia akan melangkah keluar dari kolej itu. Sungguh dia tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Dia mahu merasa bagaimana memegang duit sendiri, dan bekerja keras demi sesuap nasi. Cewah, klishe betul.

Alyssa meneruskan langkah ke dewan kuliah. Seperti biasa dia akan sentiasa lewat ke kuliah. Lewat beberapa minit tidak salah, kan? Maklumlah sudah terbiasa berbuat begitu, pensyarahnya juga sudah sedia maklum tentang kesukaannya iaitu lewat datang kuliah.

“selamba badak kau aje kan? Dah lah lambat.” Kata Fadila, sebaik sahaja Alyssa duduk di sebelahnya. 

Alyssa sengih. Malas mahu membalas kata-kata itu.



APA lagi yang kau nak?” Tanya Alyssa malas. Lelaki yang sedang duduk membaca majalah ditenung tajam.

“apa yang aku dah buat?” Tanya Akif selamba.

Alyssa mendengus. “pura-pura tak tahu pulak.. kau ingat masa aku banyak ke nak layan orang macam kau hah?”

“dah tu, kau ingat masa aku banyak nak dengar kau melalut?” balas Akif. Dengan selamba beg galasnya disangkut ke bahu lalu dia berlalu meninggalkan Alyssa.

Alyssa mendengus kasar. Sungguh dia tidak puas hati. Sesuka hati lelaki itu sahaja mengaku kepada peminat-peminatnya bahawa dia dan Akif sedang bercinta. Gila ke apa? Cinta? Tak mungkin mereka melangkah ke arah itu sedangkan mereka berkawan pun tidak. Alyssa menggenggam buku lima. Geram dengan perangai tidak acuh Akif. 




LYSSA, betul ke aku dengar kau dengan Akif, tengah...” 

“mengarut!” potong Alyssa.

Fadila telan liur. Gerun melihat wajah Alyssa. Mina dan Zety mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendiamkan diri.

“tak guna punya lelaki tu! Dia ingat aku ni apa, nak guna-guna aku macam tu? Siaplah dia nanti!” marah Alyssa.

“macam mana boleh jadi macam tu?” Tanya Zety, walaupun sedikit takut sebenarnya.

“entah.. aku tak tahu. Tahu-tahu aje, ada 2 orang perempuan datang dan marah-marah aku. Sakit hati aku tahu tak? Aku tak habis fikir kenapa dia boleh gunakan nama aku untuk menyelamatkan diri dia” luah Alyssa geram.

“sabar Lyssa. Kau tanya lah Akif elok-elok.” Pujuk Mina pula.

“aku pergi tanya dia tadi, boleh dia buat muka selamba, then, pergi macam tu aje. Apa, dia ingat aku tak ada maruah ke?” bentak Alyssa. turun naik nafasnya.

“kenapa kau marah sangat? Atau kau memang suka dia?” tanya Fadila. Cuba memancing reaksi Alyssa.

Alyssa pandang Fadila geram. “no way!”

Mina, Zety dan Fadila hanya mampu berpandangan. Bukan mereka tidak tahu betapa dinginnya hubungan Alyssa dengan Akif. Setiap kali berjumpa pasti ada yang mahu digaduhkan. Kadang-kadang mereka rasa lawak juga, tapi, perbalahan Akif dan Alyssa bukan main-main. 




BAIK, kau bersihkan nama aku.” Ujar Alyssa. Dia duduk di hadapan Akif. Lelaki itu ditenung tajam.

“apa yang aku dah buat sampai nak bersihkan nama kau pulak?” Tanya Akif, sinis, tanpa mengangkat wajah.

“kau tanya aku? Kau dah buat macam tu, kau tak nak ngaku lagi? I am not your doll!” balas Alyssa geram.

Akif senyum sinis. 

“cakap pada peminat-peminat buta kau tu, yang kita tak ada apa-apa.” Kata Alyssa.

Akif diam.

“kau dengar tak ni?”

Akif henjut bahu.

“aku tak hingin ada kaitan dengan kau, faham?” sambung Alyssa.

Akif diam. Dia angkat wajah. wajahnya sedikit berubah. Memang itu kerja dia. Dengan tidak sengajanya dia mereka alasan itu untuk mengelak daripada peminatnya. Sedar keterlanjurannya, dia anggap hal itu tak ada apa-apa. Tidak tahu pula dia akan kecoh begini sekali. 

Alyssa telan liur. Alah, apasal muka dia macam tu pulak? 

“kenapa kau tak nak ada kaitan dengan aku?” Tanya Akif. Wajah Alyssa ditenung.

“sebab aku tak suka.”

“Fine.”

Alyssa pandang Akif. Lelaki itu tunduk membaca lagi. Entah apa yang dibacanya Alyssa tidak pasti. Yang pasti dia rasa berbelah bahagi ketika itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

“dahlah kau boleh pergi.” Kata Akif.

Alyssa bangun dengan seribu persoalan di dada. Kenapa dengan dia ya? Aku ada salah cakap ke? Eh, jap, apa aku kisah kalau aku salah cakap pun. Yang penting dia faham.




“MAL, dia tak suka aku!” kata Akif. Dia memandang Ikhmal yang sedang membelek majalah bola sepak di sebelahnya. Mereka tika itu sedang melepak di taman di rumah Ikhmal.

“siapa dia?” Tanya Ikhmal.

“kau ni, pura-pura tanya pulak. Siapa lagi..” balas Akif sedikit geram.

“aku tak pura-pura lah. Siapa?”

Akif mendengus geram.

“dia cakap terus terang dengan aku dia tak suka aku. Dia tak suka ada kaitan dengan aku. Dia tak sukakan aku..” cerita Akif walaupun reaksi Ikhmal begitu.

Ikhmal senyum nipis. “ohh, Alyssa la ni ya? Bro, kau ni pun, agak-agak lah. Kau layan dia macam musuh, macam mana dia nak suka kau. Cubalah kau layan dia elok-elok, slow talk dengan dia, aku rasa tak mungkin dia tolak kau.”

“kau cakap senanglah..”

“memang senang pun..” balas Ikhmal selamba.

Akif menjeling Ikhmal. Geram juga dengan sepupu merangkap teman baiknya itu.

“itulah kau, aku suruh luahkan kau tak nak, nak simpan jugak. Nanti melepas macam aku.” Kata Ikhmal lalu ketawa. 

“tu lah kau. Lambat sangat bertindak. Nak tunggu masa yang sesuai konon, last-last dah jadi tunang orang pun.” Kutuk Akif. 

“hai, kutuk aku nampak. Aku dah menyesal la ni. Kau tak nampak?” balas Ikhmal.

Akif ketawa. Ya, dia nampak bagaimana Ikhmal kecewa apabila Fadila sudah menjadi tunangan orang. Itu pun Ikhmal baru aje tahu beberapa bulan yang lepas. 




SEMENJAK kes Alyssa memarahi Akif sebegitu rupa, Akif tidak lagi mencari pasal. Lelaki itu akan selalu mengelak setiap kali berjumpa dengannya. Alyssa tidak mahu ambil pusing akan hal itu, namun, kadang kala terfikir juga dia. Apakah salah dia sehingga Akif menjauhkan diri? Tapi, bila masa pula Akif dekat dengannya? 

Alyssa mengeluh. Tadi baru dia terserempak dengan Akif. Lelaki itu hanya memandangnya kosong. Dan entah kenapa dia sedikit terasa dengan perlakuan lelaki itu. Tidak sepatutnya dia rasa begitu kan? Alyssa mengeluh lagi. Seribu persoalan bermain di minda. 

“hoi!” sergah Mina.

Alyssa tersentak. “ amboi kau, nak tengok aku mati cepat ke?” perli Alyssa,

Mina sengih. 

“apa kau nak?” Tanya Alyssa. ‘kacau aku berangan aje’

“kau duk mengeluh daripada tadi kenapa? Ada masalah Negara?” Tanya Mina.

“memanglah. Kau apa tahu.” Balas Alyssa geram.

“jadi, tidakkah anda mahu berkongsi?” perli Mina pula, tangan dihulur bak mikrofon.

Alyssa jeling Mina dengan tangannya bergerak sekali mencubit lengan Mina. Padan muka!

Mina mengaduh. “kau ni, sejak akhir-akhir ni, asyik cubit orang aje. Kau berguru dengan ketam ya? Apa kes?”

“sibuklah kau!” marah Alyssa, malas melayan Mina.

Mina henjut bahu. “tak nak kongsi sudah.”

Alyssa hanya menjeling Mina. ‘kalau aku nak kongsi pun, aku tak tahu nak cerita macam mana.’




“MAMA, kenapa mama selalu ulang alik dari hospital? Mama sakit?” Tanya Alyssa pelik. Selang beberapa minggu mamanya pasti akan ke hospital. Sudah banyak kali juga dia bertanya namun jawapan mamanya tidak dapat memuaskan hatinya.

“mama tak apa-apa, cuma medical check up. Maklumlah dah tua.” Balas Puan Aisyah. Kepala anak gadisnya diusap.

“mama ni, nak tipu pun tengoklah orangnya dulu. Lysssa dah besar untuk beza yang mana betul dan yang mana salah.” Balas Alyssa tidak puas hati.

Puan Aisyah ketawa kecil. “ya lah, anak mama dah besar kan?”

“jom kita naik.” Ajak Encik Jazlan.

Puan Aisyah angguk dan tersenyum kecil. 

Alyssa mendengus geram. Lelaki itu ada sahaja menyampuk setiap kali Alyssa bercakap dengan mamanya.

No comments:

Post a Comment