Pemilik Hati 6


“AKIF pergilah kafe dulu ke, tunggu kat luar ke. Nenek tak lama rasanya.” Arah Nenek.
          
             Akif mengangguk lalu keluar. Dia berfikir ke mana dia harus pergi? Lalu dia ambil keputusan untuk ke taman. Bahu yang masih sakit diusap. ‘kenapa lah malang sangat nasib aku kalau jumpa perempuan tu? Asyik-asyik berlanggar aje.’ Akif mengeluh panjang. Suasana sekitar hospital kelihatan tenang.

            Sedang Akif berjalan dia terdengar suara esakan. Akif mencari suara tersebut. Dia menuruni tangga. Di satu sudut dia melihat seorang budak perempuan yang sedang memeluk lutut dan menangis. Akif mendekati 
budak kecil itu.

            “adik.. kenapa nangis?” Tanya Akif hati-hati.

            Budak kecil itu angkat wajah. Esakannya bertambah kuat. Akif mengambil budak itu, lalu didukungnya. Dia membawa kanak-kanak itu ke taman mungkin ibu bapa budak itu ada di situ.

            “adik.. mana ibu ayah?” Tanya Akif lagi, setelah meletakkan kanak-kanak itu di atas kerusi. Kanak-kanak kecil yang memakai gaun merah jambu itu dipandang. Comel sekali wajahnya.

            “tak tahu..” balas kanak-kanak itu.

            “tadi, ibu pergi mana?” Tanya Akif lagi.

            “ibu pergi beli makanan..”

            “jom, kita pergi kafe nak? Kita cari ibu kat situ..”  ajak Akif.

            Baru Akif mahu mendukung kanak-kanak itu, dia terdengar suara menjerit.




“KAU nak bawak pergi mana anak saudara aku tu?” Tanya Alyssa geram.

            Akif terkedu. ‘Anak saudara dia rupanya? Huh!’

            “Lyssa, Sara!” jerit satu suara lagi. Akif dan Alyssa serentak berpaling.

            “syukurlah. Encik jumpa anak saya ya? Terima kasih encik..” kata Arina. Maisara yang ada dalam dukungan Akif diambil dan dicium.

            “apa ni kak?” Tanya Alyssa kurang faham. Akif dikerling, lelaki itu menjelingnya.

            “Sara hilang, akak terlepas pandang tadi. Lepas tu akak cari dia di mana-mana, nasib baik, Encik..”

            “nama saya Akif.” Akif menjawab apabila pandangan wanita itu jatuh kepadanya.

            Alyssa terkedu. Alamak! Aku dah tuduh dia! Ah lantaklah, Akif pun bukannya baik sangat!

            “terima kasih Encik Akif.” Ucap Arina. Dia terpandang tali yang tergantung di leher pemuda dihadapannya. “eh, Encik..”

            “Akif aje.” Tegas Akif. dia bukannya orang kenamaan untuk dipanggil begitu formal.

            “Akif..” panggil satu suara lagi. Mereka bertiga berpaling kearah wanita yang mungkin berumur 60-an itu.

            “nenek.. dah siap ya?” Tanya Akif. Dia memaut bahu neneknya bagi membantu wanita itu berjalan.

            “nenek ya?” Tanya Arina mesra lalu menyalami wanita itu. “nama saya Arina, ini adik saya Alyssa.”

            Nenek menyambut salam wanita itu dengan senyuman. Dia tertanya-tanya juga hubungan apakah cucunya dengan wanita dan gadis manis itu?

            “cucu mak cik dah selamatkan anak saya ni.” Kata Arina. “oh ya, Akif ni belajar dekat Kolej Putra 
ya? Tak kenal dengan Alyssa?”

            Alyssa kaget. Akif dipandang.

            Akif kaku seketika. “err, pernah jumpa.” Balas Akif selamba. Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Dia tidak tahu apa lagi mahu menjawab pertanyaan itu.

            Alyssa senyum apabila nenek Akif dan kakaknya memandangnya. Dia menjeling Akif. ‘dia ni kan, kenapalah jawab kenal. Buat tak kenal dah la.’




“KENAPA kau jawab kau kenal aku? Jawab aje lah tak kenal.” Marah Alyssa. tatkala itu hanya tinggal mereka berdua. Arina dan Nenek Akif sudah pergi ke kafeteria.

            “kenapa kau tak jawab aje?” balas Akif. Dia berjalan menuju ke kafe.

            “Akif!” panggil Alyssa. namun, lelaki itu terus berjalan meninggalkannya.

            “kenapa korang ni? Bergaduh ya?” Tanya nenek apabila melihat wajah masam Alyssa.

            Alyssa serta merta senyum. Dia merapati Akif. “tak adalah. Mana ada.”

            Akif senyum sinis. ‘tau pun kau! Padan muka!’

            Alyssa ketap bibir.

            “terima kasih ya Arina? Nanti senang-senang datanglah rumah.” Ujar Nenek

            “insya-ALLAH. Tapi saya bukan tinggal sini, saya kerja kat Johor.”

            Nenek mengangguk. Alyssa dan Arina menyalami nenek.

            “Lyssa kenal Akif?” Tanya Arina setelah nenek dan Akif berlalu.

            “kenal macam tu aje.” Balas Alyssa malas. Mereka berjalan semula ke wad Puan Aisyah.

            “ye ke?” Tanya Arina tidak puas hati.

            “ya lah. Kenapa? Akak tengok Lyssa dengan Ice Prince tu..” Alyssa diam. Alamak! Terlepas cakap lah pulak.

            “Ice Prince?”

            “tak ada apa-apa. Jomlah kak, mesti mama dah tunggu kita lama.”

            Arina senyum. Alyssa, Alyssa..

            “akak jangan nak fikir pelik-pelik ya? Lyssa dengan dia tak ada apa-apa.” Marah Alyssa apabila melihat senyuman misteri yang Arina simpulkan.




ALYSSA membuka televisyen. Satu demi satu siaran dialih, tiada satu pun menarik perhatiannya. Alyssa mengambil majalah dihadapannya, lalu dibelek. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi kerana Arina masih belum pulang dari hospital. Dia pulang dahulu kerana tidak tahan melihat kemesraan Arina, Imran dan Maisara dengan ayah tirinya. Entah apa yang mereka suka pada lelaki itu.

            Pada dia, lelaki itu tidak layak menjadi ayah tirinya. Bukan dia tidak tahu, lelaki itu menyimpan perasaan terhadap mamanya sejak dulu lagi. Jadi, tentulah kematian papanya memberi peluang kepada lelaki 
itu untuk menawan semula mamanya. Dan lelaki itu berjaya! Alyssa mengeluh.

            “hai, kenapa mengeluh ni?” Tanya Arina lalu duduk di sebelah Alyssa. “ Sara naik, mandi ya?” 
arahnya kepada Maisara.

            “baik bu!” kata Maisara lalu berlari mendaki tangga.

            “bila akak balik?” Tanya Alyssa pelik.

            “baru aje.” Balas Arina. “kenapa Lyssa mengeluh ni? Teringat Ice Prince ke?”

            “siapa pulak Ice prince ni?” sampuk Imran yang entah bila ada di belakang mereka.

Arina ketawa kecil. “abang naik lah ya? Rin nak cakap sekejap dengan Lyssa ni.”

“Sara mana?” Tanya Imran.

“ada, mandi kat atas.”

“akak.. janganlah, Lyssa dengan dia tak ada apa-apa lah.” Kata Alyssa setelah Imran berlalu.

            Arina ketawa. Wajah Alyssa yang merah padam dipandang.

            “patutlah Lyssa berseri-seri aje.” Sakat Arina.

            “akak.. jangan nak mengarut ya? Tak nak layan akak lagi. Lyssa nak naik!” kata Alyssa lalu bangun.

            “eleh malu lah tu. Tak apa, akak akan tahu jugak nanti.”

            Alyssa mendaki tangga dengan perasaan bercampur. Geram pada kakaknya yang tak henti mengusik. Marah pada Akif yang mengaku mereka saling mengenali. Aish...




AKIF  merebahkan diri di atas katil. Perbualan dengan neneknya sewaktu dalam perjalanan pulang berputar kembali.

            “Akif ada hubungan apa-apa ke dengan Alyssa?” Tanya Nenek tiba-tiba.

            Akif menjeling neneknya. “tak adalah.”

            “iya ke ni? Tapi, nenek nampak macam kau ada hati dekat dia?” duga Nenek.

            “nenek, Akif tak suka dialah.” Balas Akif tegas. Dia yakin dia tidak sukakan gadis celopar itu.

            Nenek mengeluh. “lupakan apa yang berlaku dulu Akif.”

            Akif mendengus.

           Nenek kerling Akif. Wajah tegang itu, membuatkan dia rasa benar-benar bersalah. “Akif, kalau nak cari isteri nanti, cari yang macam Alyssa ya?”

            “kenapa nenek nak yang macam dia pulak?” Tanya Akif tidak puas hati.

           “sebab, nenek yakin orang macam dia mampu jadi ibu yang baik, dan paling penting isteri yang baik untuk Akif.”

            Akif diam. Tiada kata mahu membalas.




‘YANG macam Alyssa? apa istimewanya dia tu? Aku Nampak sama macam perempuan lain aje? Tapi, satu yang lain, ya, mulut celopar dia tu!’ dengus Akif. Dia kalih ke kiri. Di atas meja di sisi katilnya terdapat sebentuk cincin. Cincin yang mahu diberi kepada Natasya. Natasya gadis yang pertama berjaya membuka hatinya.

            Namun, takdir tidak menyebelahinya, apabila Natasya dikesan menghidap barah otak. Hancur hati 
dan impiannya apabila gadis itu akhirnya pergi meninggalkan dunia setelah 3 bulan menderita.

“Akif, please promise me..” ujar gadis berwajah pucat itu.

“shh, don’t talk. You need to save your energy.” Potong Akif. Dia tidak mahu mendengar apa-apa daripada gadis itu. Dia hanya mahu gadis itu berehat dan sembuh kembali seperti semula.

“cari.. gadis yang lebih.. ba.. ik, dari Tasya. Tasya sayang Akif. Janji.. Akif..” kata Natasya lemah.

Akif menggeleng. Mana mungkin dia mahu berjanji hal yang sebegitu. Kasihnya hanya pada Natasya seorang. Tiada yang kedua.

            “kalau tidak Tasya.. tak.. akan.. tenang Akif. Please..”

            Akif berpaling saat ada tangan yang menyentuh bahunya. Ikhmal mengangguk. Akif memandang Natasya. Air matanya mengalir laju.

            “promise me..”

            Akif mengangguk bersama deraian air mata. “baik. Kalau tu yang Tasya mahu.”

            Natasya senyum.

            Akif berpaling dan terus pergi. Hatinya terasa sangat sakit. Natasya! Jerit hatinya.




AKIF meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia mendengus. Ah, kenangan, kenapa kau selalu hadir? Dia bangun. Selepas pemergian Natasya, Akif menyambung pelajaran ke luar Negara. Dia mahu melupakan Natasya. Setahun dia di United Kingdom, tetap juga tidak berhasil.

Pujukan nenek yang mahu dia pulang, dan juga dirinya yang masih sama dan tidak dapat melupakan Natasya membuatkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Hingga ke hari ini dia tidak pernah melupakan Natasya. Dia tahu dia tidak seharusnya begitu. Yang pergi tetap pergi. Oleh kerana itu, dia ingin membuang cincin milik Natasya itu setelah dia berjumpa gadis yang mampu menggantikan Natasya. Dia akan membuang cincin itu dihadapan gadis yang dicintainya.

No comments:

Post a Comment