Pemilik Hati 11




“OUCH..” Alyssa mengaduh kesakitan. Sakit di kaki bagai mencucuk. Alyssa cuba bangun. Tidak berjaya. Dia melilau sekeliling taman kolej, mana tahu ada seseorang yang dapat membantu. Alyssa mengutuk diri sendiri yang tidak berhati-hati ketika melangkah.

“hai, tak kan pakai flat shoes pun boleh terseliuh?” perli satu suara. Dan siapa tidak kenal kata-kata sinis seperti itu.

Alyssa mencerlung wajah yang beriak selamba di hadapannya. ‘aku tengah sakit pun kau nak cari pasal ke? Dasar lelaki tak ada perasaan. Ohh, lupa, Ice Prince memang macam tu.’

“good luck.” Ucap lelaki itu, lalu pergi.

“kau pergi macam tu aje? Bodoh! Sampai hati kau tinggal aku macam tu aje?” marah Alyssa. dia menjerit sekuat hati.

Akif gigit bibir di belakang pokok berdekatan dengan Alyssa. Dia kesal dengan apa yang dia lakukan, namun, dia tidak dapat menarik balik kata-katanya.




“MACAM mana last paper  tadi?” Tanya Fadila.

“okey. Aku tak sabar nak bercuti.” Sahut Mina, penuh semangat.

Alyssa mencebik. “kau ni kan, tahu cuti aje.”

Mina menjeling.

“korang.. aku nak bagitahu sesuatu ni.” Kata Fadila, bersama senyuman yang sukar dimengertikan.

“apa?” serentak mereka bertanya.

“aku nak kahwin!” kata Fadila.

Alyssa, Mina dan Zety serentak memandang Fadila, dengan pandangan tidak percaya. Ya, mereka tahu Fadila memang selalu keluar berjumpa dengan tunangnya, Zahiril, tapi..

“kau ni.. asyik bagi kitorang shock news aje.” Kata Alyssa. Mina dan Zety mengangguk setuju.

“betul ni. Hujung tahun ni kitorang kahwin. Aku rasa aku dah kenal dengan sepenuhnya, siapa tunang aku tu. Dia sayangkan aku, itu yang penting.” Kata Fadila semangat.

“tapi, bukan ke kau kata nak kerja, kumpul duit baru nak kahwin. Ni, apa kes?” Tanya Zety pula.

Fadila senyum. “entah. Pantai pun berubah apatah lagi manusia.”

Mereka diam. Seperti biasa tiada kata mahu membalas. Fadila, kalau sudah membuat keputusan tiada siapa dapat menghalangnya.




“MALAM ni kita enjoy puas-puas. Lepas ni dah susah kita nak jumpa lagi.” kata Zety.

Mina, Alyssa dan Fadila angguk setuju. Hari itu mereka bersetuju berkumpul di rumah Zety sebelum bertolak ke malam akhir mereka.

“aku nak buat ucapan boleh?” Tanya Mina tiba-tiba.

“kau jangan buat ucapan yang touching la. Aku tak terasa nak menangis.” Alyssa memberi amaran. Sesungguhnya hatinya agak tidak kuat bila tersentuh. Maka, dengan automatiknya air matanya akan menitis dengan banyaknya.

“baik bos!” kata Mina lalu bangun. Satu persatu wajah teman-temannya dipandang. “aku nak wish good luck kat korang. Nanti selalu la kita contact. Aku sayang korang sangat-sangat. Hope this friendship will last forever.”

Mina duduk. Giliran Zety pula berdiri.

“aku pulak, nak cakap yang aku gembira jumpa korang. Good luck di luar sana. Oh ya, nak kahwin jangan lupa ajak aku!” kata Zety. Usai kata-katanya habis, sebuah bantal kecil hinggap di wajahnya.

“kahwin tu isu sensitive tau!” celah Mina.

Alyssa ketawa kecil. Dia bangun setelah Zety duduk.

“aku pulak nak cakap, yang korang akan sentiasa akan ada di hati aku. Aku tak kan lupa korang sampai bila-bila.” Kata Alyssa.

“kata tak nak buat yang touching, tapi.. kau punya ayat, power babe.” Ujar Mina.

Alyssa sengih.

Fadila bangun. “good luck. Itu aje yang aku nak cakap. Sebab aku nak kita sentiasa contact.”

“girls, lets get ready!” ajak Zety. Tiba waktu untuk mereka bersiap.




DEWAN itu dihias cantik dengan lampu berwarna-warni, hiasan yang ringkas tetapi menarik. Alyssa terpegun. Ramai betul orang pada malam itu, semuanya berpakaian cantik dan menawan, suasana yang bising dan ramai orang buatkan Alyssa rasa sesak. Dia tidak suka menghadiri acara sebegitu. Alyssa mengambil segelas air anggur. Dihirup perlahan sambil memerhati sekeliling. Alyssa tiba-tiba teringat akan Akif. Lalu, susuk tubuh itu dicari. Sudah agak lama tidak berbicara dengan lelaki itu.

Semenjak kes dia terjatuh dan ditinggalkan lelaki itu, Alyssa memupuk perasaan benci terhadap lelaki itu. Sungguh dia sudah tidak sanggup lagi. dia malas mahu menanggung perasaan benci yang amat menyakitkan itu. Sudah sebulan juga dia menghiraukan Akif.

Saat dia terpandang di satu sudut. Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Alyssa tunduk, tiba-tiba dia rasa berdebar. Diangkat kembali wajahnya, lelaki itu sudah tiada di tempatnya. Alyssa mencari di mana-mana tapi tiada. Alyssa mengeluh.

Lalu dia menapak keluar dari dewan. Dia perlukan udara yang bersih. Dia mahu melenyapkan kegelisahan yang bertandang. Saat dia keluar dia lihat Akif sedang berdiri di satu sudut sambil tangan dimasukkan ke dalam poket, dan matanya merenung langit malam yang tidak berbintang itu.




“AKU nak cakap sikit dengan kau.” Kata Alyssa. Sungguh dia sudah tidak tahan dengan sikap Akif. Sakit hati, geram, benci dan meluat bergabung menjadi satu. Hari itu, dia mahu menamatkan segala persoalan yang sentiasa bermain di fikirannya.

Akif berpaling ke belakang. Pelik, bila pulak perempuan ni ada kat sini? Akif berpaling semula ke hadapan. “aku tak ada apa-apa yang perlu dicakapkan.”

“terpulang. Tapi aku ada.”

Akif gigit bibir. Dia takut dia tidak kuat.

“aku tak tahu apa salah aku pada kau, apa yang aku dah buat pada kau. Aku tak tahu. Kalau ada, aku mintak maaf, memandangkan kita berkemungkinan tidak akan berjumpa lagi. Dan mungkin itu yang kau harap, tapi, aku tetap nak mintak maaf.” Luah Alyssa. lancar sahaja ayat yang tidak pernah dia atur itu keluar.

Akif diam. Dia masih dalam keadaan yang sama. Membelakangi Alyssa.

“kau dengar tak ni. Jadi, kau maafkan aku atau tak?” Tanya Alyssa, sedikit geram dengan sikap Akif.

“emm, kau tak ada salah dengan aku. Jadi tak usah bimbang.” Balas Akif setelah lama berdiam diri.

Alyssa bergerak mendekati Akif. “betul ni?” Akif yang berdiri di sebelahnya dipandang tidak percaya.

“kau tak ada salah dengan aku. Jadi kau boleh pergi sekarang.” Kata Akif tegas.

Alyssa terasa kecil hati. Entah kenapa, dengan lelaki ini mudah benar dia terasa. Dari tadi hingga kini lelaki itu langsung tidak melihatnya. Sahkan melihat, menjeling pun tidak.

“baik.” Kata Alyssa.

Akif ketap bibir. Salahkah dia?

Alyssa berjalan meninggalkan Akif. Baru beberapa tapak dia berhenti.

“apa salah saya? Kenapa awak layan saya macam ni? Kenapa awak buat saya macam orang tak berguna. Kenapa awak suka cari pasal dengan saya? Kenapa awak benci sangat dengan saya? Kenapa awak buat saya macam ni?” Tanya Alyssa lembut. Dia juga menggunakan bahasa diri yang baik. Tiada lagi ‘kau aku’.

Akif telan liur. Dia berpaling memandang Alyssa. Wajah itu muram.

“kenapa Akif Afham? Kenapa?”

‘Akif Afham?’ serta merta jantung Akif berdegup kencang.

“tak apalah. Saya pun benci awak! In future, I don’t want to see you again.”

Akif telan liur.

Alyssa berpaling mahu masuk semula ke dalam dewan.

“you want to know why?” Tanya Akif.

Alyssa berhenti melangkah, mahu mendengar ayat seterusnya.

“because I love you.” Ucap Akif.

Alyssa terpana. Dia mencubit lengannya. Aduh, sakitnya. Dia bukan bermimpi. Benarkah apa yang aku dengar? Alyssa menggeleng. Bukan itu yang dia mahu. Bukan! Tak mungkin ini berlaku.

“maaf, tapi, bukan itu yang saya harapkan. Saya tak suka awak.” Ucap Alyssa lalu masuk kembali ke dalam dewan.

Akif terduduk. Dia tidak tahu apa yang dia rasa kini. Yang pasti susuk tubuh yang pergi meninggalkannya itu dipandang sayu. Tidak berjumpa lagikah dia dengan gadis yang kian mendapat tempat di hatinya itu?




“KAU biar betul?” Tanya Ikhmal tidak percaya cerita yang disampaikan Akif. Akif meluahkan perasaan itu tak apa lagi, tapi Akif ditolak mentah-mentah oleh Alyssa itu yang mengejutkan.

“kau jangan nak ketawakan aku la.” Balas Akif geram.

“bro, aku tak ketawakan kau la. Kau tahu tak, sekurang-kurangnya kau lagi berani daripada aku.” Kata Ikhmal. Dia yang berdiri duduk di sebelah Akif.

Akif mengeluh.

“so, apa kau nak buat sekarang?” Tanya Ikhmal. Kesian juga dengan sepupunya itu.

Akif henjut bahu. “mana aku tahu.”

“kau rindu dia ya?” Tanya Ikhmal.

Akif pandang Ikhmal. Dia tahu dia rindukan Alyssa, sudah sebulan mereka tidak berjumpa. Tapi apa dia boleh buat? Dia tidak tahu di mana Alyssa tinggal, apa yang gadis itu buat juga dia tidak tahu.
       
       “dia tipu kau kot.” Kata Ikhmal, memujuk Akif.
       
       “maksud kau?”
       
       “ya, mana tahu.. dia tipu dia tak suka kau.”

       Akif diam. “tapi..”

      “bro, aku doakan kau jumpa dia. Sudah-sudahlah bersedih. Life must go on.”

       Akif diam lagi.

       “oh ya, kan papa kau suruh masuk ofis? Aku pun dah start kerja kau tahu?”

      “kau dah mula kerja?”

      Ikhmal angguk bangga. Sudah seminggu dia mula bekerja di syarikat keluarga mereka.

     “nanti-nantilah. Aku tak ada mood la.” Balas Akif, malas. sungguh dia belum ada niat untuk bekerja.

     “kau ni, kalau kau tak kerja mana kau nak cekau duit pinang anak dara orang?” perli Ikhmal.

     Akif senyum. “betul jugak.”

     Ikhmal melempar bantal, tepat mengenai kepala Akif. “padan muka! Gatal jugak kau ya?”

    “kau yang ingatkan aku pasal tu siapa suruh.” Balas Akif. Bantal dilempar kepada Ikhmal pula. Mereka ketawa.

No comments:

Post a Comment