Kau Pujaan 7



“DHIYA..” panggil Ariana.

Dhiya berpaling ke arah Ariana yang sedang berbaring di atas katil.

“esok kau temankan aku ke shooting tu boleh?” Tanya Ariana.

Dhiya terpana. “err.. esok.. esok.. aku..”

“alah.. boleh lah. Aku nak tengok macam mana shooting berlangsung. Aku dah lama teringin nak tengok semua tu. Aku masuk kelab drama pun kau tahu kenapa kan?”

Dhiya diam. Ya dia tahu. Ariana ingin menjadi pelakon. Sekali sahaja sudah cukup bagi dia. Dhiya tidak sampai hati pula mahu menolak.

“Dhiya.. boleh ya?” pujuk Ariana lagi.

“pukul berapa? Sebab pukul 2 aku kena jumpa prof.” balas Dhiya sedikit tidak ikhlas.

“rasanya esok, diaorang start shooting pukul 10. So, maybe pukul 11?”

“panas kot masa tu?”

Ariana sengih. “pokok kan ada. Kita menyorok belakang pokok la.”

“ikut suka kau lah Yana.”

Ariana senyum panjang. Akhirnya, impian dia bakal tercapai.

Dhiya mengeluh panjang. Harapnya esok Rifqi tidak nampak dia. Kalau tidak pasti terbongkar rahsia yang disimpan. Baru Dhiya mahu menyambung kerjanya, Aqeela pula masuk ke bilik mereka.

“Dhiya, ni ada orang call.” Kata Aqeela lalu menghulurkan telefonnya kepada Dhiya.

Dhiya menyambut. “hello.”

“Dhiya? Saya, Rifqi.”

“ohh. Ada apa?” balas Dhiya. Sedikit bergetar suaranya. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“saya ganggu awak ke?” Tanya Rifqi sopan.

“tak adalah.” Balas Dhiya sambil melirik kepada Aqeela dan Ariana yang kelihatannya khusyuk menunggu mendengar dan menunggu untuk memuntahkan soalan nanti. Ahh, sudah!

“Dhiya.. sorry lah kalau tadi saya buat awak tak selesa. Saya,”

“eh, tak pe.”potong Dhiya. Betul ke tak apa? Entah.

Kedengaran Rifqi sengih. Dhiya senyum nipis.

“err, Ri..err,, awak jangan tegur saya depan kawan-kawan saya tau.”

“erk? Kenapa?” Tanya Rifqi.

“saya segan aje. Yang pasti pretend like kita tak kenal ya?” terang Dhiya.

“okey, tapi, saya pun ada syarat.” Sambung Rifqi.

“huh? Kenapa pulak?”

“kalau awak tak ikut syarat saya, saya akan tegur awak esok, secara terbuka.” Ugut Rifqi.

“okey. Apa?” sahut Dhiya cepat-cepat.

“contact saya malam ni jugak. Kalau esok saya tak dapat mesej atau misscalled dari awak.. saya akan tegur awak.”

Dhiya diam. Senang aje, ingatkan apa tadi.

“err.. boleh tak?” tanya Rifqi apabila Dhiya tidak memberikan respon.

“okey. Kalau macam tu tak apa lah saya nak tidur dah ni. Bye!” jawab Dhiya.

Talian putus. Sepantas kilat Dhiya mencapai telefonnya. Baru mahu di salin nombor Rifqi ke dalam telefonnya, Aqeela pantas menyambar telefonnya.

“hah, siapa lelaki tu? Hari tu cakap salah number, ni panjang pulak kau cakap dengan dia.” Tanya Aqeela.

“akak bagi lah phone tu. Penting ni.” Rayu Dhiya.

“tell us first.” Sampuk Ariana.

“alah.. esok tak boleh ke?”

Ariana dan Aqeela menggeleng. kalau dia bagitahu kedua kawannya ini, tiada makna lagi janji yang diberikan kepada Rifqi. Macam mana ni?

“ingat tak masa kat Kedah. Itu lah kawan yang Dhiya kenal sekejap tu. Yang naik Porsche tu. Nama dia.. err.. Zaim.” Cerita Dhiya.

“ohh.. okay. Apa dia nak?” Tanya Ariana.

“err, tak ada apa. Just nak contact balik. Tu aje.”

Aqeela mengangguk. “tak tipu?”

“betul.. tak tipu.” Sahut Dhiya.

Aqeela menghulurkan telefonnya. Baru sahaja Dhiya mahu menaip mesej, Aqeela tiba-tiba berdiri.

“ohh, akak lupa. Tadi akak pesan makanan. Mesti dah siap, jom Dhiya temankan akak.”

“hah?” tidak sempat dia mengambil apa-apa dia ditarik Aqeela. Dhiya mengikut sahaja. Dengan harapan balik daripada kedai nanti dia akan menghantar mesej itu.




MASUK kali ini sudah lebih 10 kali Rifqi melihat skrin di telefon. Tidurnya juga tidak lena kerana menunggu mesej dari Dhiya. Rifqi mengeluh di atas kerusi di set. Dia sedang menanti masa untuk syot dia. Menanti buatkan dia rasa gelisah. Jam menunjukkan tepat 10.45 pagi. Mentari mula memberi kepanasan kepadanya.

“hoi.” Sergah Zack.

Rifqi tersentak. “terkejut aku. Nak apa?” Tanya Rifqi geram.

“kenapa you mengeluh aje ni?” Tanya Zack, prihatin.

“tak ada apa.” Balas Rifqi.

Zack mencebik. “you dengan Hana ada apa-apa ya?”

Rifqi ketawa mengejek. “nope. And never.” Tegas Rifqi.

Zack senyum. “ohh, but she is the one that told me that you dan dia ada relationship.”

Rifqi ketawa. “don’t believe anything from her mouth.”

Zack bersedia dengan barang-barangnya. Hana yang baru tiba harus dimekapkan. Hana duduk dengan senyuman manis di bibir mungilnya.

“hai Zack, hai Rif.” Sapa Hana mesra.

Zack membalas dengan senyuman, manakala Rifqi hanya membiarkan sapaan itu tergantung tidak berbalas.

“Zack, kawan you ni sombong betullah. I tegur pun dia buat don’t know aje.” Kata Hana, dengan suara manjanya.

Zack mengerling Rifqi. Rifqi meluat. Dia mencebik.

“ramai student datang tengok hari ni kan?” kata Zack, mengubah topik.

Rifqi melihat sekeliling. Ya, agak ramai.  




 RIFQI membiarkan Zack mengelap peluh di dahinya. Selepas ini, mereka akan bergerak ke hostel untuk syot seterusnya. Tiba-tiba mata Rifqi terpandangkan Dhiya yang duduk agak jauh di taman sana. Dan Dhiya tidak berseorangan, dia bersama kawannya. Mata mereka bertaut. Namun, kemudian Dhiya berpaling. Rifqi teringat janji mereka semalam, namun, dia malas melihat mesej Dhiya. Dia sengaja mahu membuat Dhiya sakit hati. Dia bangun.

“Zack, I nak pergi sana sekejap. Director bagi rest kan? I will go to the hostel by myself.” Kata Rifqi lalu pergi.

“Zack..” panggil Hana.

Zack berpaling. “nak apa?”

“mana Rif nak pergi tu?”

Zack menghenjut bahu. Betullah kata Rifqi, Hana tidak boleh dipercayai. Kalau lah mereka dalam perhubungan, pasti mereka mesra antara satu sama lain, ini tidak. Rifqi nak tengok muka Hana pun dia tidak mahu.

Hana memandang gerak geri Rifqi dengan rasa geram. Siapa pulak yang mahu Rifqi jumpa tu?




RIFQI melangkah mendekati Dhiya. Dia tidak peduli langsung pada beberapa mata yang memandang. Dia cuma mahu menyapa Dhiya. Sungguh tidak logik kalau artis seperti dia dapat bergerak bebas begitu kan? Sebenarnya, awal-awal lagi sudah pihak universiti diberitahu supaya memberi amaran bahawa pelajar tidak boleh mendekati atau menganggu artis ketika shooting berlangsung.

“hai.” Sapa Rifqi.

Dhiya senyum hambar. Ariana di sebelah dikerling. Ariana memandang Dhiya dengan seribu persoalan.

“hai, Encik Rifqi, kenal Dhiya?” Tanya Ariana tanpa malu-malu.

“tak payah, berencik-encik. Panggil saya Rifqi.” Balas Rifqi. “boleh saya join korang?”

“boleh, tak ada masalah.” Balas Ariana selamba.

Rifqi mengambil tempat di hadapan Dhiya di meja batu yang ada di taman itu. Dhiya mengetap bibir geram. Padahal, dia sudah hantar mesej kepada Rifqi beberapa minit yang lalu, sebelum dia duduk di situ. Semalam, pulang dari kedai, mereka makan, berborak dan Dhiya terlupa akan itu. Sebelum datang ke kawasan shooting baru dia teringat.

“awak tak baca lagi ke?” Tanya Dhiya, menyembunyikan rasa geram.

“baca? Baca apa?” Tanya Rifqi kembali. Sengaja mahu menguji. Tahulah dia, Dhiya memang ada menghantar mesej kepadanya. Dia ketawa dalam hati.

“awak pura-pura kan?” balas Dhiya geram.

Ariana yang menjadi pemerhati telan liur. Apa perbualan yang sedang berlangsung ini?

“sorry. Saya sibuk sangat tak sempat nak baca. Lagipun dari semalam saya tunggu tak ada pun. Saya berpegang pada janji.” Usik Rifqi lagi.

Dhiya diam.

“Dhiya.. ini kawan awak?” Tanya Rifqi cuba mengambil hati.

Dhiya mengangguk. “ini Ariana.”

“panggil Yana je.” Sambung Ariana tersenyum manis. Pertama kali melihat Rifqi di depan mata sudah cukup buat dia teruja yang teramat sangat.

“erm, Dhiya. Awak ingat awak hutang saya? So, apa kata awak belanja saya hari ni?” kata Rifqi. Susah mahu mendengar Dhiya berceloteh hari itu. Mungkin Dhiya malu kerana kawannya ada di sini? Tapi untuk apa malu?

“hutang? Bila masa pulak saya hutang awak?”

“nasi goreng ayam, remember?”

Dhiya senyum nipis. Lupa pula dia. “ohh, okey. Bila-bila aje boleh. Tapi, bukan hari ni. Saya ada kelas.”

Rifqi mengangguk. “okey, nanti saya contact awak.”

Dhiya senyum. “okeylah, saya dengan Yana ada hal. So, kami pergi dulu.”

Rifqi mengangguk. Dia memandang kepergian Dhiya. Hatinya berbunga riang. Dhiya..

“Rif..” panggil Hana lalu duduk di sebelah Rifqi.

Rifqi bangun. “apa you nak?”

“siapa perempuan berdua tu?” Tanya Hana. Daripada tadi dia menjadi pendengar pada perbualan mereka. Ternyata, perempuan itu bukan sekadar peminat. Sejauh mana hubungan mereka juga Hana tidak tahu.

“apa you peduli. You tak ada hak nak masuk campur.” Balas Rifqi.

“kenapa you jadi macam ni? I still love you. Please, Rif..” rayu Hana. Lengan Rifqi dipegang kejap.

“sudahlah Hana. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you. Kawan pun I tak mahu.” Usai itu, Rifqi melangkah pergi. Sesak dadanya mendengar suara Hana yang dulu bagi dia, manis sahaja, kini suara itulah yang paling dia meluat. Bila hati sayang, pahit jadi madu.  Begitulah cinta.




DHIYA melangkah perlahan ke hostel. Ikutkan hati dia tidak mahu pulang ke hostel, tapi, walau sejauh mana pun dia lari tetap dia harus menghadap Ariana. Pasti Ariana sudah menceritakan hal Rifqi kepada Aqeela. Sekali lagi Dhiya mengeluh. Apa mahu buat. Perkara sudah berlaku. Pintu diketuk tiga kali kemudian dia melangkah masuk.

Hampir serentak nama Dhiya dijeritkan oleh Aqeela dan Ariana. Dhiya tersentak. Dia senyum hambar menutup kegusaran hatinya. Apa mahu buat, terpaksa berterus terang lah.

“duduk..” tarik Ariana tidak sabar.

“apa ni?” Tanya Dhiya, pura-pura.

“ohh, pandai Dhiya sekarang ya? Ada skandal dengan artis tu,, bukannya orang biasa.” Perli Aqeela.

“apa skandal pulak ni kak? Mana ada.” Bidas Dhiya tenang.

“alah, baik kau cerita betul-betul, macam mana kau kenal Rifqi? So, yang semalam call tu Rifqi lah?”

Dhiya mengangguk. “ya, tapi, Dhiya tak tipu pun. Dia lah Zaim, yang naik kereta Porsche dan yang berkaitan dengannya.”

“sampai hati kau, Dhiya. Akak tak sangka. Untunglah..” Kata Aqeela, bernada cemburu.

“alah, akak, Yana, janganlah macam tu. Dhiya kawan aje dengan dia. Lagipun dia tu artis, orang macam kita mana dia nak pandang.” Pujuk Dhiya. Tangan Ariana dan Aqeela diraih.

“Dhiya, in case lah kalau kau jadi dengan dia kan, jangan lupa kami pulak.” Kata Ariana.

Aqeela mengangguk setuju.

“apa Yana dengan Kak Qeela cakap macam tu. Dia tegur pun sebab pernah tolong dia dulu. Tu aje.” Bidas Dhiya. Malu pulak bila rakan sebiliknya ini mula serius.

Aqeela dan Ariana mencebik dan berpandangan.

“dah lah, Dhiya nak mandi.” Kata Dhiya lalu bangun, kalau boleh dia tidak mahu memanjangkan hal ini.

“ye lah tu, padahal nak tersengih sorang-sorang kan?” perli Ariana.

Dhiya sekadar menggeleng. Malas melayan.

No comments:

Post a Comment