Kau Pujaan 6




DHIYA mengerling telefon yang sudah berdering 3 kali hari ini, daripada  nombor  yang sama. Dia tidak mahu melayan kerana tidak mengenali nombor pemanggil. Namun, kesabarannya sudah sampai maksimum, apabila telefon itu berdering lagi.

“Dhiya, kenapa kau tak angkat call tu?” Tanya Ariana tanpa berpaling ke arah Dhiya. Khusyuk dia menulis di meja studinya.

“malas. Tak kenal.”

“angkat lah. Mana tahu kau kenal, tapi dia pakai number baru.” Kata Ariana. Dia juga berasa geram dengan deringan yang tak henti-henti sejak setengah jam yang lalu.

Dhiya mengeluh. “nantilah kalau dia call lagi.”

Tidak sampai satu minit, telefonnya berdering lagi.

“hah, panjang umur.” Sampuk Ariana.

Dhiya mengambil nafas, sebelum menekan punat hijau. Dia bercadang mahu memarahi pemanggil itu.

“hello..” sapa Dhiya kasar.

“hai, amboi, garangnya.” balas si pemanggil sambil ketawa galak.

Dhiya diam mendengar gelak si pemanggil. Seperti dia kenal.

“Dhiya.. I ni. I ganggu you ke?”

“ohh,. You.. you nak apa ni Radzi? Macam mana you dapat number I..?” marah Dhiya. Terlupa pulak dia yang Ariana ada di dalam bilik. Pasti gelak sakan lah Ariana nanti kalau dengar dia ber ‘I you’.

Ariana menahan tawa. Bukan dia tidak tahu, Dhiya amat pantang mendengar orang menggunakan ‘I you’ sebagai ganti nama. Namun, dia terus menadah telinga.

“I dapat dari abang you lah. Dari pagi tadi I call you tak angkat. You sibuk?”

“I.. saya sibuk. Awak nak apa ni?” Tanya Dhiya kasar.

“nak you.” balas Radzi selamba.

Dhiya ketawa senada. “dah lah Radzi, saya ada banyak kerja daripada melayan awak.”

“okay, kalau macam tu.. lain kali..”

“there is no some other time. Jangan call saya lagi.” Kata Dhiya tegas. Dia juga tidak tahu kenapa dia terlalu tegas dengan Radzi, sepupunya sendiri. Tapi, yang pasti dia tidak suka perangai tak tahu malu Radzi.

Talian putus. Dhiya mengeluh kasar. Dia meninggalkan meja studi kemudian berbaring di atas katil. Dia berbaring menghadap siling. Mood untuk studi hilang.

“hai, Radzi call terus tak ada mood nak study?” peril Ariana.

Dhiya sekadar mendiamkan diri.

Ariana mendekat. “Dhiya, kau tak nak cerita ke? Siapa Radzi?”

“sepupu aku lah. Nak cerita apanya?” balas Dhiya, malas. Kalau bercakap pasal Radzi? Moodnya tiada.

“ohh, sepupu. Aku tak pernah dengar pasal dia pun?”

“dia baru balik dari UK. Apa lagi kau nak tahu?”

“padanlah kau ber ‘I you’ dengan dia.” Perli Ariana lalu ketawa.

“kau jangan gelakkan aku tau. Aku cuma tak nak kalah dengan dia.” Bidas Dhiya.

Ariana mencebik. Kemudian dia bangun ke meja studi semula. “nanti kenalkan aku kat dia, mesti handsome kan?”

Dhiya sekadar mencebik. Handsome? Tak.




DHIYA mengambil novel Fiksyen 302 untuk dibaca sementara menanti Ariana dan Aqeela tamat kelas mereka. Mereka telah berjanji untuk makan dahulu sebelum pulang ke hostel. Dhiya tidaklah suka sangat membaca novel thriller begitu, tetapi, kalau penulisnya Ramlee Awang Murshid memang dia akan membelinya.

“hai..” sapa Ariana lalu duduk.

Dhiya hanya membalas dengan senyuman, kemudian menyambung kembali bacaannya. Ariana pula mengeluarkan majalah Remaja untuk dibaca sementara menanti Aqeela. Walaupun keadaan kafe riuh rendah tika itu mereka lebih suka membaca. Bagus betul. Tidak lama Aqeela menyertai mereka. Dhiya menyimpan semula novel ke dalam begnya.

“lewat hari ni kak?” Tanya Dhiya, sekadar berbasa-basi.

Aqeela sengih. “jom makan. Laparlah.”

Ariana menyimpan majalah. Kemudian mengekori Dhiya dan Aqeela yang sudah jauh di depan. Usai mengambil makanan mereka kembali ke tempat mereka. Dengan bacaan doa, mereka mula menjamah makanan.

“oh ya.. akak ada dengar cerita yang nanti ada rakaman drama kat sini. Betul ke?” kata Aqeela pembuka bicara.

“haah. Yana ada dengar jugak. Tadi pun ada perjumpaan kelab, pasal ni lah. Katanya nak pilih beberapa ahli kelab berlakon dalam drama tu. Tapi sebagai extra ajelah.” Cerita Ariana pula.

“siapa yang datang? Aaron Aziz?” sampuk Dhiya.

Ariana menggeleng. “dengar ceritanya, watak utama tu Rifqi Zaim..” sambung Ariana, excited bunyinya.

Dhiya tersedak. ‘Rifqi?’

“kenapa ni Dhiya? Okey tak?” Tanya Aqeela. Risau dia melihat Dhiya.

Dhiya mengangguk dan berdehem. “Rifqi? Betul ke?”

“amboi, kau.. macam Rifqi Zaim tu kau kenal aje, panggil dia macam tu.” Usik Ariana.

Namun, bagi Dhiya itu bukan gurauan. Entah kenapa dia rasa tidak selesa pula.

“cakap pasal Rifqi Zaim, dia ada awek dah kan? Korang ada baca artikel dalam paper?” giliran Aqeela pula melontarkan kata.

Ariana mengangguk. Dhiya sekadar senyum nipis.

“bukan awek dia kot. Alah, zaman sekarang,, semua  gambar super imposed.” Balas Ariana. Peminat Rifqi Zaim lah katakan, mana boleh terima hakikat tu.

Dhiya mengangguk setuju. Aqeela menghenjut bahu.

“bila rakaman tu start?” Tanya Dhiya.

“hujung minggu ni.” Balas Ariana.

Dhiya diam. ‘minggu ni? Aku kena cuba larikan diri dari Rifqi. Tapi kenapa pulak kau nak lari? Ahh, lantak. Dia tak ingat aku dah kot.’




RIFQI ZAIM menghenyakkan badan ke atas sofa. Geram, sakit hati, dan berbagai rasa bercampur jadi satu. Kalau tidak kerana mengingatkan ugutan Mikail dan impiannya mahu bekerja dengan Osman Aziz mahu dia tarik diri, kalau dia terpaksa bekerja dengan Hana Edward. Teringat dia pada pertemuan tadi. Ketika dia melihat Hana Edward melangkah masuk ke ruang yang sama dengannya dia sudah dapat meneka.

“let me give a short briefing.. cerita ni mengisahkan cerita cinta remaja masa kini. Daniel iaitu Rifqi seorang playboy yang ada banyak perempuan keliling. Dan Hana, as Ayuni, salah seorang perempuan yang sangat cintakan Daniel, tapi, ditolak. Then, ada satu insiden, yang…”

Sepanjang penerangan dari pembantu Osman Aziz, Rifqi cuba menumpukan perhatian, namun, dia sedar yang Hana sedang melihat ke arahnya. Apabila dia berpaling Hana melemparkan senyuman menggoda. Rifqi sekadar melihat. Malas bereaksi, dia mahu Hana tahu yang dia sudah tidak mempedulikan Hana lagi. Walau apa yang terjadi, Hana dan Rifqi hanyalah masa silam yang tidak mahu dikenang lagi.

Sejam tiga puluh minit bermesyuarat, mesyuarat berakhir. Rifqi orang yang pertama keluar. Sesak bersama dengan Hana dalam satu ruang. Namun, langkahnya terhalang dengan panggilan namanya, oleh pembantu Osman Aziz disebelahnya Hana sedang tersenyum manis. Rifqi tidak jadi melangkah.

“ada apa bang?” Tanya Rifqi sopan.

“abang Osman pernah nampak lakonan korang sebab itulah dia berani mengambil korang sebagai watak utama dalam drama baru dia ni.” Terang pembantu Osman Aziz.

Rifqi sekadar mengangguk. Ya, kerana kali pertama mereka berganding dua tahun lepas, dia jatuh cinta kepada Hana Edward. Pada penglihatannya, Hana sangat baik, dan ramah. Malah sikap menggoda dan manja milik Hana menarik minatnya. Namun, ternyata, hanya dia yang menanam cita.

“kalau macam tu. Kita jumpa esok, di lokasi.” Kata pembantu itu lalu pergi.

Baru sahaja Rifqi mahu melangkah meninggalkan Hana dia digamit. Rifqi tidak peduli. Dia ditarik pula oleh Hana.

“you dah lupakan I ke?” Tanya Hana, manja. Sambil tangannya menjalar di dada bidang Rifqi.

Rifqi menepis. “you tak takut orang nampak ke? Biasanya you tak berani nak sentuh-sentuh orang ni.”

Hana tergamam. Pertama kali, dia nampak Rifqi sebagai seorang lelaki.

“enough Hana. I hope drama ni cepat habis.” Kata Rifqi. Dia mengatur langkah meninggalkan Hana.

Hana menggenggam tangan geram. Itu pertama kali Rifqi menolak dirinya. Ini tak boleh jadi.




“RIFQI!” sergah Airel.

Rifqi tersentak. Dia meraup wajah.

“kau kenapa? Macam ada masalah besar aje aku tengok?” Tanya Airel.

“Hana.” Luah Rifqi sepatah. Berat mulutnya mahu menyebut nama itu. Sakit hatinya menjengah lagi.

“kenapa lagi dengan dia? Dah lama aku tak dengar cerita dia..”

“aku berlakon dengan dia lagi. Aku rasa macam tak nak aje. Tapi, Mike dah bagi amaran awal-awal lagi.” Balas Rifqi, lalu mengeluh berat.

“rileks la bro. kau ada feeling lagi ke kat dia?” Tanya Airel sekadar memastikan.

“tak lah. Cuma, aku.. aku tak boleh tengok  dia. Aku rasa sakit. Sakit hati sebab kena bodoh.” Luah Rifqi geram.

“kau tak boleh lemah macam ni. Kau kena tunjuk kat dia, yang tanpa dia kau tak kisah.” Nasihat Airel.

Rifqi mengangguk. “ya, aku kena kuat, aku kena buat dia rasa menyesal.”

“tak, kau tak boleh buat dia rasa menyesal, sebab nanti dia akan kejar kau lagi. Kau nak ke?” tanya Airel, dengan niat cuba member amdhiyan.

“ish, tak nak aku. Aku dah tak ada feeling kat dia. Menyampah ada la.” Sanggah Rifqi, cepat.

Airel ketawa kecil. “dah lah. Kau tak payah nak buat moody la. Aku lapar… Kau masak.”

“hai, aku tengah bengang ni, kau suruh masak pulak?”

“alah.. kau tu dah lah tak kerja. Aku ni letih tau. Apa salahnya.”

Rifqi mendengus. Namun, tetap bangun. Sudah lama mereka hidup berdua, maklumlah keluarga mereka tinggal di Melaka. Mahu atau tidak terpaksa mereka merantau. Rifqi tidaklah terlalu pandai memasak, setakat lauk yang simple, itu mudah bagi dia.




“REST 10 minit, lepas tu scene seterusnya.” Laung Osman Aziz.

Rifqi menyambar botol mineral. Cahaya mentari sangat terik hari itu, buatkan dia rasa tidak selesa. Zack datang mendekati.

“nak apa?” Tanya Rifqi malas.

“baru hari pertama you macam tak ada mood aje? Kenapa? Lakonan you pun macam tak ikhlas.” Komen Zack.

Rifqi sekadar menghenjut bahu. “tahu kafe kat mana? I nak beli kopi.”

“nanti director marah. I belikan untuk you lah.” Pelawa Zack.

“tak payah. I nak cari ketenangan.”

Rifqi menyarung topi dan kaca mata, bagi melindungi dirinya. Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan. Dengan berpandukan arahan dari Zack sebentar tadi, dia mengatur langkah menuju ke kafe. Beberapa pelajar yang dilaluinya, setakat ini tiada yang perasan yang dia adalah Rifqi Zaim. Sampai di kafe dia memesan kopi ais. Beberapa minit menanti airnya siap. Kemudian dia berlalu.

Sampai di satu sudut dia melihat seseorang yang dia kenal. Dia bergerak perlahan ke arah pelajar perempuan itu. Dia yakin itu Dhiya. Dhiya yang sedang membaca novel tidak perasan kehadiran dia.

“Dhiya?” sapa Rifqi lalu duduk, supaya dia tidak menarik sebarang perhatian.

Dhiya tersentak. “Rifqi?” jerit Dhiya.

Beberapa kepala berpaling. Dhiya segera berlagak biasa. “dalam buku ni..” covernya.

Rifqi senyum nipis. “awak belajar kat sini?”

Dhiya angguk. “macam mana awak boleh nampak saya?”

“Rifqi!” panggil satu suara.

Rifqi berpaling. Dia mendecit geram.

“tuan director panggil.” Kata lelaki bertopi itu.

Rifqi mengangguk. Dia bangun. “nanti kita jumpa lagi tau.”

Dhiya terpinga namun mengangguk apabila banyak mata memandang ke arah mereka. Jumpa lagi? Untuk apa?

“eh, macam mana kau kenal Rifqi hah?” Tanya seorang pelajar perempuan yang berada berdekatan.

Dhiya hanya diam, kemudian berlalu. Dia dapat melihat beberapa mulut sedang mengata dirinya. Namun, dibiarkan. Dia pergi meninggalkan kafe. Esok, dia tidak akan menjejak kafe lagi.




“SORRY saya sakit perut tadi.” kata Rifqi beralasan.

“I nak you tunjukkan perasaan marah. And you Hana, no need perasaan yang mendalam, but, kalau ada air mata bergenang is enough since, Daniel, tak nampak betapa you sayangkan dia.”
Rifqi dan Hana sama-sama mengangguk faham. Rifqi, bersiap sedia untuk syot seterusnya. Senyumnya disimpan dahulu. Hana yang sedang bersiap di hadapan kamera dipandang sekilas. Setengah jam berlalu, akhirnya, shooting untuk hari itu, tamat. Lakonannya mendapat pujian Osman Aziz. Rifqi lega.

“Rif, what happen? Baru tadi you punya lakonan tak ikhlas, now I tengok. Much better than before.” Puji Zack sambil tangannya tangkas berkemas. Shooting hari itu berakhir setakat itu.
Rifqi senyum lebar. Dia sendiri pelik. Semangatnya untuk berlakon meningkat dengan banyaknya. Dia makin bersemangat.

“ehem, Hana datang tu.” Kata Zack.

Rifqi mendengus. Dia bangun meninggalkan Zack. Dia berlalu ke rak pakaian. Dia mahu menukar baju kemudian pulang. Malas mahu menghadap Hana.

“Rif!” kejar Hana sampai ke rak.

“you nak apa Hana?” Tanya Rifqi kasar.

“kita mula balik?” pujuk Hana. Dia mendekati Rifqi. Dia sudah nekad, dia mahu lakukan apa saja, asalkan Rifqi kembali kepadanya.

Rifqi ketawa mengejek. “apa? Mula balik? Sorry Hana. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan you.”

“Rif, I sayangkan you. Betul.”

“kalau dulu, I percaya. Tapi, sekarang, sorry,” bidas Rifqi tegas. Dia berpaling membelakangi Hana.

“sampai hati you Rif?” rintih Hana.

Rifqi mencebik. “keluar, I nak salin baju.”

Hana mendengus kasar. “I akan pastikan yang you akan balik pada I Rif.”

Rifqi membiarkan bicara Hana dibawa angin lalu. Malas dia mengambil tahu. Apa yang dia pasti, dia sudah dapat lupakan Hana sepenuhnya. Dhiya…. Rifqi senyum panjang.

No comments:

Post a Comment