ALYSSA
memasuki ruang tamu rumah, ketiadaan kereta Encik Jazlan membuatkan dia pasti
Puan Aisyah ada di rumah dan lelaki itu tiada. Ketika dia melalui kawasan dapur
dia dapat mengesan bau yang enak. Lalu tanpa berlengah dia menjengah dapur.
Kelihatan Puan Aisyah sedang sibuk memasak.
“mama..”
panggil Alyssa. Dia mendekati Puan Aisyah.
Puan
Aisyah berpaling seraya tersenyum.
“mama,
buat apa ni? Kenapa masak pulak? Mak Ijah mana?” Tanya Alyssa. Dia sudah banyak
kali menasihati mamanya supaya hanya berehat sahaja di rumah tetapi mamanya
tidak pernah mahu mendengar.
“Mak
Ijah, mama suruh cuti selama seminggu, mama nak buat sesuatu untuk anak mama
dan jugak papa..”
“mama!”
potong Alyssa.
Puan
Aisyah diam. Ayatnya tak sempat dihabiskan. Dia tahu apa yang mahu Alyssa
katakan padanya.
“mama,
kalau nak buat apa-apa yang special
buat Lyssa, tak payah. Lyssa tak kisah. Mama buat aje lah apa-apa yang mama
suka dengan Uncle Jazlan. Lyssa tak
peduli langsung.”
“Lyssa
sayang.. apa salahnya kita makan sama-sama, berborak, barulah Lyssa dapat kenal
hati budi
Uncle Jazlan kan?” pujuk
Puan Aisyah. Sepanjang mereka tinggal sebumbung Alyssa sering mngelak untuk
makan bersama.
“Lyssa
dah kenal dia. Malah, sejak kecil lagi.”
“jadi
kenapa Lyssa tak dapat terima dia?”
“mama
sayang kan dia? Mama dah tak sayangkan papa?” Tanya Alyssa ingin tahu.
Puan
Aisyah diam seketika. Mindanya mula mencari ayat yang sesuai.
Alyssa
mendengus.
“mama
memang sayangkan papa, selamanya Lyssa, tapi, mama bimbang jika ada apa-apa
berlaku pada mama, Lyssa akan seorang, mama tak nak itu berlaku.
Sekurang-kurangnya Lyssa ada pengganti papa, walaupun bukan papa kandung.”
“apa
maksud mama?”
“Lyssa
akan faham nanti. Okeylah, sekarang, Lyssa naik, mandi, nanti Uncle Jazlan balik kita makan
ya?”
Alyssa
diam.
“ya
sayang? Kalaupun Lyssa tak suka Uncle
Jazlan, sekurang-kurangnya do it for me.”
Alyssa
berlalu naik ke kamarnya.
Puan
Aisyah senyum nipis.
“LYSSA
tinggal setahun lagi kan?” Tanya Encik Jazlan.
Alyssa
diam.
“Lyssa..
jawab, Uncle Jazlan tanya tu..” celah
Puan Aisyah.
Alyssa
mendengus. “erm..” jawabnya sepatah.
“lepas
habis nanti nak buat apa pulak?”
“kerja.”
“baguslah,
daripada melepak di rumah saja. Kalau Lyssa nak, uncle boleh recommend some
company..” ujar Encik Jazlan, tujuannya berbicara dengan Alyssa, tidak lain
tidak, dia mahu memenangi hati gadis itu.
“tak
apa.” Balas Alyssa.
“sedap
awak masak Syah.” Puji Encik Jazlan.
Puan
Aisyah senyum. “ini makanan kegemaran Lyssa.”
Encik
Jazlan angguk. Dia mengerling Alyssa yang sedang menikmati makan malam di
hadapannya.
“apa?”
Tanya Alyssa rimas. ‘tengok-tengok, ada hutang ke?’
“seronok
tengok Lyssa makan banyak macam tu. Biasa remaja perempuan takut gemuk.” Kata
Encik Jazlan.
Alyssa
mencebik. ‘eleh, tahu sangat! Aku makan banyak ni sebab stress kena hadap kau la! Usai makan, Alyssa meminta diri untuk ke
kamar dengan alasan ada kerja yang perlu dilakukan, padahal hakikatnya dia
hanya naik dan berbaring di atas katil.
“DIA
tu kan memang menyakitkan hati tahu tak? Macam aku ni dah buat salah yang besar
sangat dekat dia. Padahal aku ni sentuh dia pun tak pernah. Eei, bencilah macam
ni.” Bentak Alyssa.
Fadila
telan liur. Terkejut juga dia apabila melihat Alyssa yang sedang melontar
kemarahan itu. Belum pernah dia lihat Alyssa begitu.
“kau
tak payah nak jumpa abang Ikhmal lagilah. Sakit hati tau tak, perli-perli aku,
apa? Ingat aku tak
ada perasaan ke?” marah Alyssa lagi.
“Lyssa,
Lyssa, cuba kau bawak bersabar. Dia bukan niat macam tu pun. Tapi, apa kaitan
dengan aku nak jumpa abang Ikhmal dengan dia pulak?”
“ya
lah, kalau kau jumpa abang Ikhmal mesti dia ada. Dan bila dia ada dia akan
ambil kesempatan tu untuk perli aku. Macam lah aku ni buat salah dekat dia. Aku
ni, jentik dia pun tak pernah, langgar tu ada la.” Tempelak Alyssa.
“banyak
lah kau. Dah lah, tak payah lah layan dia. Buat tak tahu sudah.” Balas Fadila.
Dia hanya mampu ketawa dalam hati. Kalau dia meledakkan tawanya di hadapan
Alyssa, mahu mereka bergusti di kafe
itu.
Alyssa
mendengus.
Fadila
meneguk air dihadapannya. Dia memerhati sekeliling kafe. Kelihatan tidak ramai
orang petang itu.“Lyssa,”
“apa?”
“kau
ingat tak kau pernah bagitahu aku, yang kau suka lelaki yang sombong, tinggi,
menyakitkan hati..”
“memang
pun. Kenapa tiba-tiba kau ungkit hal tu?”
Fadila
senyum.
“kau
jangan nak buat conclusion yang..”
Fadila
angguk.
“no way! Aku tak suka Akif la. Betul,
Dila, aku tak suka dia.”
Fadila
ketawa kecil. Dia masih ingat sewaktu mereka berborak dahulu. Dia agak tergamam
juga mendengar ciri lelaki idaman Alyssa itu.
“okey,
terpulang yang pasti aku yakin aku tak suka dia.”
“yeah right. Aku nampak ciri-ciri lelaki
idaman kau dalam Akif. Lagipun dia tu handsome,
tinggi, sombong,..”
Alyssa
pantas menggeleng. “rosak rumah tangga aku nanti. Tak nak!”
Fadila
ketawa.
“LYSSA,
boleh tolong mama tak?” Tanya Puan Aisyah seraya menjengukkan kepala di muka
pintu bilik
Alyssa.
“apa
ma?” Tanya Alyssa. dia bangun mendekati
Puan Aisyah.
“mama
nak masak sikit. Boleh Lyssa beli barang-barang ni esok?” Puan Aisyah
menghulurkan
sekeping kertas.
Alyssa
melihat kertas dihulurkan Puan Aisyah. “mama nak masak apa ni?” Alyssa bertanya
tidak puas hati melihat isi kertas itu.
“adalah.
Esok, pagi-pagi Lyssa keluar lah ya? Lepas tu, Lyssa balik tengah hari pun tak
apa. Mama, nak masak tengah hari.”
Alyssa
mengangguk, walaupun dia sedikit keliru dengan permintaan mamanya, namun, dia
mengikut sahaja kehendak mamanya.
“MAK
CIK, kentang sekilo.” Pinta Alyssa.
“nah,
nak.” Alyssa menyambut plastik merah berisi kentang lalu dibayar kepada mak cik
itu.
Kemudian, dia menuju ke bahagian rempah ratus pula. Suasana pasar memang
agak gamat pagi itu. Maklum sajalah hujung minggu sememangnya orang suka
membeli barang dapur yang segar.
“Alyssa
kan?” Tanya satu suara, Alyssa berpaling. Tangannya yang tadinya memegang
rempah gulai diletakkan kembali bungkusan tersebut.
“nenek?”
Pantas Alyssa menyalami tangan Nenek. “nenek datang seorang aje ke?”
“nenek
datang dengan Akif la. Dia pergi mana entah.” Balas Nenek mesra. “Lyssa pulak
beli apa?”
“mama
suruh beli barang sikit.”
“macam
nilah, nenek nak masak special hari
ni tau. Alang-alang dah jumpa Lyssa ni. Jom ikut nenek balik?”
Alyssa
terkedu. Patutkah dia?
“boleh
la ya? Lyssa call mama Lyssa, tak
lama pun.”
‘alamak
macam mana ni?’
“jom
ikut nenek. Lyssa datang dengan kereta atau teksi?” Tanya Nenek.
“kereta.
Lyssa ambil kereta dulu ya nek?”
Nenek
mengangguk. Alyssa berlalu kemudiannya.
ALYSSA
memakirkan kereta dihadapan rumah banglo yang indah itu.
Dia turun dari kereta. Dilihatnya Izz terus meluru ke dalam rumah, tanpa
sebarang kata. Alyssa tahu sudah tentulah Izz tidak menyukai kehadirannya di
situ. ‘Aku datang ni pun sebab nenek kau lah.’
“jom
masuk Lyssa.” Ajak nenek. Alyssa mengangguk lalu mengikut langkah nenek.
Masuk
ruang tamu Alyssa sangat terpegun dengan keindahan hiasan dalaman rumah itu.
Susunan perabot yang teratur, hiasan yang mewah tetapi sederhana. Dia juga
terlihat satu gambar keluarga, di mana di dalam gambar itu ada Akif, kedua orang
tuanya, nenek, dan 2 orang perempuan lagi. mungkin adik dan kakak Akif.
“lama
tenung?” perli satu suara.
Alyssa
tersentak. Dilihatnya Akif sedang bersandar pada dinding tidak jauh darinya.
“mana
nenek?” Tanya Alyssa. dia tidak tahu nenek ke mana tadi.
“dapur.”
Balas Akif. Dia menunjukkan arah dapur menggunakan ekor matanya.
Tanpa
membalas kata-kata Akif Alyssa berlalu ke dapur.
“nenek,
nak masak?” Tanya Alyssa kepada Nenek yang ligat membasuh sayuran.
“erm,
tiba-tiba terasa nak masak pulak. Biasanya, orang gaji yang masak. Dah bosan
agaknya
makan masakan orang.” Balas Nenek mesra.
“Nenek
nak masak apa? Lyssa boleh tolong sikit-sikit.”
“Lyssa
pandai masak?” Tanya Nenek ingin tahu. Alyssa yang berdiri di sebelahnya
dikerling.
“Lyssa?
Err, kalau sayur goreng, masakan simple
boleh la. Tu pun rasa dia tak sedap.” Balas Alyssa jujur. Dulu dia pernah
belajar memasak daripada orang gajinya. Itupun sudah lama dia tinggalkan dapur
semenjak masuk universiti.
“biasalah
orang muda. Lyssa tolong nenek potong sayur boleh?”
Alyssa
mengangguk pantas, lalu duduk di meja bulat. Tangannya lincah memotong sayuran.
Sedang dia ralit memotong sayur, dia terdengar orang berdehem. Alyssa angkat
wajah, manakala nenek pula berpaling ke arah muka pintu dapur. Alyssa melihat Akif yang sudah bertukar pakaian. Lelaki itu nampak ringkas dengan tshirt hitam dan
seluar pendek paras lututnya.
“sakit
tekak ke?” sindir nenek. “ni mimpi apa pulak nak join orang perempuan buat kerja?”
Akif diam. Pertanyaan nenek dibalas dengan senyuman kecil. Lalu dengan selamba dia
mengambil tempat dihadapan Alyssa. Alyssa tiba-tiba rasa gelisah. Tangannya
yang tadinya lincah memotong sayur menjadi agak perlahan.
“kalau
kau potong macam tu, sampai tahun depan pun tak siap,” perli Akif. Matanya tunak
memandang wajah Alyssa.
Alyssa
menjeling Akif tajam. ‘dah kalau kau pandai sangat buatlah sendiri’
“AKIF,
cik Nadia datang.” Kata Pak Abu, driver
kepada nenek.
Akif mengeluh panjang. Dengan malas dia bangun lalu menapak pergi dari dapur.
“gaduh
lagilah nanti.” Kata nenek setelah Akif berlalu.
Alyssa
mendekati nenek yang masih ligat mengacau gulai ikan masin.
“Nadia
tu anak kawan mama Akif. Mama Akif cadangkan nak satukan mereka. Tapi, Akif tak
mahu. Kesian jugak nenek tengok Akif tu, dah macam-macam cara dia buat nak tolak
Nadia tu. Nenek pun tak berkenan dengan budak tu.” Cerita Nenek.
Alyssa
mengangguk. “oh ya, nenek duduk dalam rumah ni dengan Akif aje ke?” Tanya
Alyssa.
Nenek
mengangguk. “mama dengan papa Akif ada di Amerika, adik dia pun ada kat sana,
kakak dia tinggal kat Shah Alam. Kadang-kadang balik sini, kalau dia tak sibuk.
Cuma dia aje yang suka tinggal dengan nenek.”
Alyssa
mengangguk lagi.
“dah
siap pun semuanya. Lyssa pergi panggil Akif. Nenek siapkan meja.”
“tapi,”
Alyssa cuba beralasan. Bukan apa, dia tidak mahu berjumpa Akif dengan teman
wanitanya itu.
“tak
apa. Pergilah.” Ujar Nenek.
Alyssa
berlalu. Setelah itu, Nenek mengangkat satu persatu lauk ke ruang makan. Gulai
ikan masin, nasi, sayur kailan, ayam masak merah. Setelah puas nenek, duduk di
atas kerusi menanti Alyssa dan Akif.
“apasal
yang lama sangat ni.” Ujar nenek lalu melangkah ke depan.
“AKIF,
sampai hati you. Siapa perempuan ni?”
Tanya Nadia geram. Alyssa yang baru muncul dan tidak tahu apa-apa tergamam.
Akif berpaling ke belakang. Dia mengeluh.
“tell me, who is this girl? What is she doing
here?” Tanya Nadia lagi. suaranya mula meninggi.
Akif diam. Dia memandang Nadia dengan pandangan kosong. Perempuan itu dihantar
mamanya untuk dijadikan kekasihnya. Namun, hatinya masih belum bisa menerima
perempuan itu. Sudah bermacam cara dilakukan supaya perempuan itu menjauhinya,
namun usahanya sia-sia.
“patutlah
you tak jawab call and sms I. You jangan buat pasal, I boleh bagitahu mama you tau?”
“bagitahu
lah kalau you nak. You ingat I kisah? I lagi suka.”
Balas Akif cepat.
“Akif,
jangan buat I macam ni. I sayangkan you, you tahu kan? “ pujuk Nadia. Tubuh Akif didekati. Lengan lelaki
itu dipegang.
Alyssa
mencebik. ‘ish, bila drama swasta ni nak habis? Aku dah tak tahan tengok ni!’
Akif menepis kasar tangan Nadia yang melingkar di lengannya. Sungguh dia rimas
dengan gadis ini. Gadis yang tidak jemu-jemu mengejarnya.
Nadia
menjeling Alyssa. Alyssa senyum kepada Nadia. Nadia geram, lalu dia mendekati
Alyssa.
“apa
kau dah buat huh? Kenapa kau sanggup rampas dia dari aku?”
Alyssa
terkedu. ‘kejap! Kenapa aku pulak yang kena masuk drama murahan ni? Aku Cuma
nak
panggil Akif aje.’ Alyssa menjeling Akif. Namun lelaki itu lebih rela
berpeluk tubuh.
“damn you. Don’t you know how much I love Akif.
And he love me too. Looking at you, I know you are only an ordinary woman. With
this blouse and legging, yew, so old fashioned.” Perli Nadia.
Alyssa
ramas tangannya. “amboi.. suka hati kau aje kutuk aku ya? Apa kau ingat kau
pakai baju labuci tengah hari macam ni, kau hebat? kau tak panas ke pakai baju
macam ni? Dah lah tak cukup kain.” Kutuk Alyssa. memanglah pakaian dia biasa
saja, buat apa bergaya macam nak pergi party.
Nadia
ketap bibir.
Akif senyum simpul. Namun, cepat-cepat menyembunyikan senyuman apabila melihat
Alyssa
memandangnya.
“dah
lah. Malas aku nak layan. Aku tak hingin la boyfriend
kau ni. Setakat dia berlambak aku boleh cari. And, kau tak payah risau, aku bukan siapa-siapa dengan dia.” Kata
Alyssa, sungguh dia tidak sanggup lagi berada di situ. Rimas dia.
“apa
ni yang lama sangat?” Tanya Nenek yang tiba di muka pintu.
“nenek,
Lyssa masuk dulu.” Kata Alyssa lalu masuk ke dalam rumah.
“Akif masuk dalam rumah. Nadia, kamu baliklah ya? Esok datang lagi.”
BAIK
Nenek, Akif mahupun Alyssa masing-masing lebih rela berdiam dan menikmati
masakan yang disediakan Nenek. Akif menjeling Alyssa sekali sekala. Gadis itu nampak tenang menikmati makanan.
‘suka hati je kutuk aku! Ada ke patut dia kata boleh kutip aku merata? Apa?
Ingat muka handsome aku ni senang
dapat ke? Dah tu, buat muka tak bersalah pulak!’
Alyssa
menjeling AKif. Dia tahu tapi buat tidak tahu, yang Akif, daripada tadi asyik
menjelingnya. Entah apa lah lelaki itu tidak puas hati. ‘aku ada hutang dia
ke?’. Mata mereka bersabung seketika. Alyssa menjelir Akif. ‘harap ada Nenek
kalau tidak aku tahulah nak buat apa kat kau!’
“korang
bergaduh lagi?” Tanya Nenek.
Alyssa
tersedak. Hampir terkeluar nasi yang baru disuap. Kalau lah, dia tidak sempat
menahan, sudah tentulah muka Akif yang bakal menjadi tempat persinggahan sisa
dalam mulutnya itu.
“apa
maksud nenek?” Tanya Alyssa.
“iyalah,
senyap aje dari tadi. Duk jeling-jeling, nenek nikahkan baru tahu.”
Alyssa
ketawa.
Akif terpinga. ‘apesal pulak minah ni ketawa macam tu?’
“nenek..
mana boleh macam tu. Nanti Nadia tu datang serang Lyssa pulak. Sakit mata Lyssa
tengok baju dia yang bling-bling tu.”
Gurau Alyssa. dia ketawa kecil.
Akif diam mendengar.
“kalau
Nadia tak kacau?” Tanya Nenek, menduga perasaan cucu-cucunya itu.
Alyssa
diam.
Akif senyum nipis. ‘time to act!’
“kalau
macam tu, Akif pun tak kisah nek.” Kata Akif. Dia menjeling Alyssa. padan muka
kau!
Alyssa
terkedu. Dapat dia lihat bagaimana wajah nenek berubah. Berubah kepada wajah
yang bercahaya dan penuh pengharapan.
“nek.
Jangan lah percaya cakap Akif ni nek. Dia dah ada ramai teman wanita yang cantik
kat kolej tu. Mana lah dia nak pandang Lyssa ni.” Balas Alyssa. dia menjeling Akif pula. Nak kenakan aku sangat!
Akif telan liur. Dia memandang wajah nenek yang termakan umpan Alyssa.
“nek,
dia tipu Nek.”
Nenek
merenung tajam kearah Akif.
“nek,
Lyssa balik dulu boleh? Mama mesti dah lama tunggu.”
Akif mencerlung Alyssa. ‘kau lepaskan diri macam tu aje, lepas kenakan aku?’
No comments:
Post a Comment