Pemilik Hati 17


“KHAIRUL? Khairul mana pulak ni?” Tanya Fadila pelik. Itu kali pertama dia mendengar nama itu. Alyssa dipandang, dia inginkan penjelasan. Tadi dia lihat Alyssa bersama seorang lelaki sedang menikmati makanan tengah hari di restoran. Melihatkan rancaknya mereka berborak, Fadila terus pergi ke tempat kerja Alyssa dan menunggunya di tempat parkir kereta.

“alah, dia kawan satu sekolah aku. Manalah kau nak kenal.” Balas Alyssa.

“betul?”

“ya lah. Yang kau tanya aku macam mak mertua ni, apasal pulak?”

“tak adalah. Aku ingatkan tu boyfriend baru kau. Rapat aje aku tengok.” Balas Fadila.

“banyak lah kau punya boyfriend baru. Tak ada kerja aku nak cari boyfriend.”

“sebab kau tak payah cari kan? Kan kau dah ada Akif.”

Alyssa mencerlung Fadila. “hah, apa hal kau cari aku sampai ke sini ni?”

“oh ya. Tak ada apa pun sebenarnya. Aku cuma nak singgah, alang-alang aku lalu sini.”

“wah, bagusnya kau. Ingat jugak kat aku. Untung aku ada kawan macam kau.” Puji Alyssa dalam nada gurauan.

“tau tak apa.”

Alyssa mencebik. “eh, aku dah kena masuk ni. See you later okey?”

Fadila angguk. Dia menerobos masuk ke dalam kereta Honda Getz miliknya lalu kereta hitam itu bergerak meninggalkan bangunan Inspiration.




“MAMA masak apa hari ni?” Tanya Alyssa lalu duduk di hadapan Puan Aisyah yang sedang memotong sayur.

“amboi anak dara. Tanya mama pulak. Kenapa tak Lyssa aje yang masak?” perli Puan Aisyah, sengaja mahu mengusik anaknya.

“alah, Lyssa kan kerja. Mana ada masa nak masak-masak ni.” Balas Alyssa selamba. Seketul ayam goreng diambil dan dimakan.

Puan Aisyah menggeleng melihat keletah Alyssa yang kebudak-budakan. “hah, nanti bila dah kahwin, macam mana? Tak kan nak suruh orang gaji pulak yang masak?”

“ish, mama ni. Sebut pasal kahwin pulak. Yang tu nanti-nantilah.” Balas Alyssa malas. kahwin? Ish, tak mahulah!

“nanti-nanti tu bila pulak?”

“bila dah sampai seru.” Balas Alyssa pendek. “mama, sedaplah ayam mama masak ni.”

“ayam goreng aje pun tak payah nak puji-puji.” Balas Puan Aisyah.

Alyssa sengih.

Puan Aisyah bangun dan mengacau gulai di atas dapur. “Lyssa dah ada boyfriend? Bila mama nak bermenantu ni?”

Alyssa diam. Mulutnya berhenti mengunyah.

“Lyssa?” gamit Puan Aisyah. Dia kembali duduk di hadapan Alyssa.

“hurm.. mama ni, tak syoklah. Janganlah tanya soalan tu.”

Puan Aisyah tergelak melihat wajah terkulat-kulat Alyssa. “tak ada lagi? habis selama 25 tahun kamu hidup ni, tak kan tak suka sesiapa?”

“mama ni, macam lah Lyssa hidup ni semata-mata nak cari laki. Tak nak lah. Tak sedia lagi.”

“tapi..”

“hah, ma, Lyssa naik dulu. Nak mandilah.”

“hah, mengelat!” kata Puan Aisyah mengundang gelak tawa Alyssa di ruang tamu. Puan Aisyah bangun dan mula bekerja lagi.




“KAU nak beli apa lagi ni?” Tanya Alyssa. letih juga berjalan dengan Khairul. Cerewetnya lelaki itu mengalahkan perempuan. Setelah berpuluh kedai mereka kunjung akhirnya Khairul memilih untuk membeli set pinggan mangkuk untuk kawannya yang bakal melangsungkan perkahwinan esok hari.

“alah kau ni. Bukan senang nak berjalan-jalan macam ni. Apa salahnya kita jalan lama-lama sikit?” balas Khairul.

“aku tak sangka ada jugak lelaki yang suka shopping?” perli Alyssa.

“aku bukanlah suka sangat, tapi, kalau dah start berjalan aku memang tak boleh berhenti awal.”

Alyssa ketawa kecil. “jomlah makan pulak. Letih tahu tak, ikut kau ni. Perut aku pun dah bergendang ni.”

Khairul menepuk dahi. “oh ya, lupa pulak aku. jomlah, aku belanja.”

“betul? Yes, Laksa Shack okey..”

Khairul senyum. “ye lah.”

Mereka melangkah masuk ke dalam restoran laksa itu. Ramai juga pengunjung pada hari itu, maklum saja hujung minggu begitu memanglah ramai. Mereka akhirnya memilih untuk duduk di satu sudut.

“kau ada contact dengan classmate kita dulu?” Tanya Alyssa.

“ada jugak. Tapi tak ramai. Facebook pun tak ramai classmate kita ada.” Balas Khairul.

“ya lah kan.” Alyssa mengangguk-angguk.

Makanan tiba. Alyssa dan Khairul serentak mengucapkan terima kasih.

“kau ingat tak skandal kau dulu. Si Rehan..” Tanya Khairul.

Alyssa angguk. Mahu dia tidak ingat. Lelaki itu diminati dalam diam, entah bagaimana, semua pelajar seumur dengannya tahu dia meminati lelaki itu, termasuklah empunya diri. Selama seminggu juga telinganya menahan ejekan, sedangkan empunya diri yang diminati itu hanya diam sahaja, selepas itu, semuanya senyap begitu saja.

“dia dah kahwin. Dengan English woman.”

“serious? Wah, kelas gitu.” Luah Alyssa. Padanlah dia buat-buat tak tahu kat aku ni.

Khairul ketawa lepas. “kerja kau macam mana?”

“letih lah jugak. Jarang sangat hujung minggu macam ni aku dapat berjalan-jalan. Ada saja show di mana-mana. Tapi, seronok.”




AKIF merebahkan diri di atas katil. Pandangan ditunakkan pada siling putih di biliknya. Akif mengeluh kasar. Alyssa dan lelaki yang menemani gadis itu dan juga kemesraan hubungan mereka membakar hatinya. Sepanjang hari dia mengekori mereka berdua. Sungguh dia merasa amat sakit di sudut hatinya.

Sepanjang dengan Alyssa belum pernah Akif lihat Alyssa ketawa lepas begitu. Kalau adapun ketawa kecil ataupun senyum nipis sahaja. Ah, siapa lelaki itu pada Alyssa? kekasih diakah? Akif menggelengkan kepala. Tidak mungkin. Akif bangun dan mencapai kunci di atas meja.




“BILA pulak kau nampak ni?” Tanya Fadila pelik. Ikhmal disebelah Akif dikerling, Ikhmal menghenjut bahu.

“semalam. Aku ternampak dia kat Midvalley, aku pun ikutlah diorang. Dila, tak kan kau tak tahu apa-apa?” jawab Akif. Semalam selepas terasa terlalu bengang dengan perasaan yang terlalu kacau, dia mencari Ikhmal. Kemudian hari ini, Ikhmal mencadangkan supaya bertanya kepada Fadila.

“aku tahu dia tengah rapat dengan seorang lelaki ni. Tapi, dia cakap tu kawan sekolah dia dulu. Bila aku tanya boyfriend baru ke, dia kata tak.” Cerita Fadila. Kasihan juga dia melihat gelabahnya Akif dihadapannya ini.

“kau yakin ke?”

“aku rasa betullah. Dia tak akan tipu aku punya.” Yakin Fadila menenangkan hati Akif.

“tulah Akif. Aku dah cakap. Tu cuma kawan kau tak nak percaya.” Sampuk Ikhmal yang sedari tadi mendiamkan diri.

“aku takut. Macam mana kalau dia jadi milik orang lain? Melepaslah aku macam ni.”

“dah tahu. Ambil lah langkah cepat. Kau nak tunggu apa lagi? Lyssa tu nampak aje keras, tapi sebenarnya tak..” kata Fadila pula.

“dia tak suka aku.”

“tak ada lah, kau teruslah pujuk dia. Aku yakin tak lama nanti dia akan sedar yang dia cintakan kau.” Pujuk Fadila. Dia juga mahu Alyssa menemui bahagia.

“sedar? Maksud kau?”

“aku rasa aje, dia ada feeling kat kau. Itu melalui pemerhatian aku lah.”

Akif angguk. Dia bangun kemudiannya. “tak apa lah, aku nak pergi jumpa dia.”




ALYSSA meriba bayi yang baru berusia 4 bulan itu diribaannya. Dia mengacah bayi itu. Ketawa si kecil mengusik hatinya. Pipi gebu bayi itu dicubit perlahan. Comel betul anak kedua kakaknya itu, Irfan Mikail. Kali ini kakaknya pulang selama seminggu kerana cuti sekolah sudah bermula. Dapatlah dia bermain-main dengan bayi itu lagi.

“itulah, suruh kahwin tak nak kahwin.” Sampuk satu suara.

Alyssa terus bermain dengan Mikail. Malas mahu melayan kakaknya. Arina mengambil tempat di sebelah Alyssa.

“Lyssa.. bila nak kahwin? Lyssa dah tua lah.” Giat Arina. Alyssa yang sudah memasamkan muka disiku perlahan.

“akak ni, sama macam mama, sibuk nak tahu pasal tu. Kalau dah sampai seru nanti adalah.”

“eleh, tunggu sampai seru konon. Nak tunggu sampai seru tu, Lyssa dah boleh ada 2 orang baby tahu tak.” Provok Arina lagi.

“hai, akak ni, perli Lyssa pulak..” luah Alyssa, Mikail diserahkan kepada kakaknya.

Arina ketawa kecil melihatkan wajah Alyssa yang sudah mula bengang. “betul apa.”

“tak sampai jodoh lagilah!”

“iyalah tu. Ke, Lyssa yang,.”

“Lyssa baru ingat Lyssa ada kerja. Lyssa naik dulu ya?” potong Alyssa, lalu berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

Sampai di bilik Alyssa lihat telefonnya sedang bernyala. Dilihatnya di skrin ada 5 missed call daripada Akif. Alyssa senyum seketika, kemudian mengeluh. Tanpa mempedulikan hal itu, Alyssa membuka laptopnya. Baru dia mahu menekan papan kekunci, pintu biliknya diketuk. Dengan malas Alyssa menuju ke pintu.

“mak su, ada orang nak jumpa.” Kata Maisara.

Alyssa mengerut dahi. Kemudian turut mengatur langkah mengekori Maisara. Sampai di muka pintu dilihatnya Arina sedang berborak mesra dengan Akif. Ya, Akif datang! Alamak! Alyssa melihat biasan dirinya di cermin. Okey, rambut, baju, seluar dibaiki.

“Lyssa, ni Ice Prince datang mencari.” Perli Arina apabila melihat Alyssa berdiri di hadapan pintu.

Alyssa menjengil kakaknya. Buat malu aku aje. Kalau Akif tahu pasal nama tu macam mana? Mahu dia marah aku nanti.

“hai, Alyssa.”

Alyssa beralih pula pada lelaki itu. Senyum langsung tidak terukir, hanya jelingan diberikan.




“KENAPA datang tak bagitahu?” Tanya Alyssa geram. Ketika itu mereka mengambil angin di Taman Tasik Titiwangsa yang berada hanya 10 minit daripada rumah Alyssa.

“dah tu, awak yang tak angkat saya call.” Balas Akif selamba.

“saya ada kat bawah masa tu. Saya tak perasan.” Alyssa membela diri.

“jadi, awak tak boleh salahkan saya.” Sambung Akif.

Alyssa mencebik. “ada apa cari saya?”

“saja. Rindu.” Luah Akif. Alyssa yang duduk di sebelahnya dipandang. Walaupun Alyssa hanya memakai t-shirt longgar dengan legging hitam, rambut pula hanya dihiasi dengan scarf putih, gadis itu nampak manis. Cinta, kalau pakai guni aje pun tetap cantik.

“banyaklah awak punya rindu.” Balas Alyssa, mengawal debar di hati.

Akif ketawa kecil. “saya serious ni, saya cintakan awak.”

“jangan nak mengarut!”

“tadi saya dengar kakak awak cakap Ice Prince, siapa tu?”

Alyssa senyum. “tak ada siapa-siapa. Tak penting pun.”

“Alyssa..”

“Ahhh..” jeritan satu suara mengundang mereka berdua untuk berpaling. Seorang perempuan jatuh terduduk. Mungkin terpelecok ketika berlari. Mereka mendekati gadis itu.

“adik tak  apa-apa?” Tanya Alyssa. Kaki gadis itu dilihat. Sedikit bengkak.

“sakit.” Jawab gadis itu. Kaki yang sakit dipegang.

“ jom bawak dia pergi klinik.” Ajak Alyssa, Akif dipandang.

Akif mengangguk setuju tanpa berfikir panjang.




“TERIMA KASIH, kak, bang. Saya dah call papa. Nanti papa datang ambil. Terima kasih banyak-banyak.”

Alyssa dan Akif sama-sama mengangguk. Alyssa memapah gadis itu untuk duduk di sebuah kerusi di luar klinik itu. Kemudian dia dan Akif melangkah ke arah kereta.

“wah, awak buat saya makin suka pada awak lah.” Bisik Akif.

Alyssa mendengus, bisikan Akif di tepi telinganya tadi menambah debaran di dada. “jangan nak mengarut! Hantar saya balik cepat.”

Akif ketawa. Enjin kereta dihidupkan.

“betul ni. Saya dah makin suka pada awak ni. Bukan salah saya, salah awak.” Giat Akif lagi. Sengaja dia mahu bermain-main dengan Alyssa.

“jangan mengarut! Perasaan dia nak salahkan orang pulak.”

Akif ketawa kecil. “sebab awak curi hati saya. Macam mana saya tak salahkan awak.”

Erk? Macam tu pulak.

Akif menyambung ketawa melihatkan wajah Alyssa yang mula memerah. “itulah, lain kali jangan ambil hati saya. Tapi, saya tak kan minta balik, Cuma saya minta..”

Alyssa menjeling geram apabila Akif melemparkan senyuman nakal kepadanya.

“awak bagi hati awak kat saya. Baru adil!”

“jangan harap!” balas Alyssa. kebudak-budakan betullah dia ni! Alyssa senyum dalam hati. Bahagia menyelinap masuk meskipun sudah Alyssa tutup jalan masuk itu.

Kau Pujaan 9


DHIYA tiba di Johor. Turun dari bas sahaja dilihatnya Radzi sedang menunggunya di sebelah kereta Vios berwarna putih. Dhiya mendengus geram. Pasti Radzi sudah mengayat papanya. Jelingan tajam diberikan kepada Radzi. Lemah langkah diatur mendekati Radzi.

“you janganlah jeling I macam tu. Nanti juling macam mana?” usik Radzi, senang. Beg di tangan Dhiya diambil dan diletakkan ke dalam boot kereta.

“mana abang? Papa cakap abang ambil.” Tanya Dhiya tidak puas hati.

“err.. abang Haziq sibuk. Dia kena pergi pasar beli barang.” Radzi beralasan.

“pasar apa petang macam ni?” balas Dhiya.

Radzi ketawa apabila alasannya tidak menjadi. Dia bergerak ke arah Dhiya dan membuka pintu untuk Dhiya.

“masuklah. Kita kena cepat. Nanti semua orang ingat I culik you pulak.” arah Radzi bunyinya macam serius, kemudian lelaki itu ketawa kecil.

Dhiya sekadar mengikut. Sebagai tanda memprotes Dhiya memandang keluar tingkap sambil berpeluk tubuh. Radzi sekadar menggeleng sambil tersenyum.

Baru beberapa minit perjalanan telefon Dhiya berdering. Nama Rifqi terpapar di skrin. Terdetik rasa bahagia di hati, namun diusir jauh-jauh. Panggilan itu dibiarkan tidak berjawab. Sudah beberapa hari juga mereka tidak bercakap. Bukan Rifqi tidak mengacaunya seperti biasa, tetapi dia yang selalu mengelak.

“kenapa tak angkat?” Tanya Radzi, sedikit tertanya-tanya. Dia nampak nama yang terpapar di skrin. Siapa Rifqi?

“kawan sekuliah aje. Tak ada hal penting.”

Radzi mengangguk. Sedikit sebanyak hatinya terubat. Sejak diberi amaran jangan menghubungi Dhiya, Radzi bertindak mendiamkan diri. Dia terasa dengan Dhiya yang langsung tidak bertanya tentangnya, namun, diusir perasaan itu, kerana menganggap masih terlalu awal untuk dia meluahkan rasa yang terbuku di dada.

Belum pun sampai 5 minit telefon berdering lagi. Dhiya menekan punat hijau  kerana tidak mahu Radzi memikirkan apa-apa.

Seminit berlalu tiada sebarang perbualan dimulakan. Baik Dhiya mahupun Rifqi hanya berdiam diri.

Radzi mengerling Dhiya. Telefon di telinga tetapi Dhiya diam sahaja. Kenapa ya? Betul ke Rifqi tu sekadar kawan?




RIFQI mendengus. Hati Dhiya keras nampaknya. Satu perkara yang dia baru tahu mengenai Dhiya.

“Dhiya..” panggil Rifqi.

“erm..” jawab Dhiya.

Rifqi senyum. Meskipun hanya sepatah, sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara itu.

“ada apa ni?” Tanya Dhiya.

“awak marah saya lagi? Berapa hari dah awak mengelak dari saya.” Luah Rifqi jujur.

“tak.” Balas Dhiya sepatah.

Rifqi mengeluh.

“dahlah, kita borak lain kali ya? Sorry.”

Rifqi terkedu. Telefon yang senyap dipandang. Marah lagikah Dhiya padanya?

“hai.. rajuk tak terpujuk lagi ke?” Tanya Airel dalam nada memerli.

Rifqi mengangguk lemah.

“itu maknanya dia jugak ada perasaan pada kau. Jadi kau tak payah risau. Nanti okey lah tu.” Kata Airel. Memujuk.

“harapnya macam tu lah.”

“kita jadi balik Melaka kan? Mak aku dah bising tu.” Kata Airel.

“mestilah. Dah lama tak jenguk grandma.” Sahut Rifqi.




DHIYA melangkah masuk ke dalam rumah banglo besar itu. Pak Longnya yang merupakan broker tanah yang berjaya, sesuailah dengan kemewahan yang mereka miliki ini. Namun, hidup besederhana lebih baik, bagi Dhiya. Dhiya menyalami tangan Pak Long, Mak Long, dan juga Mak su nya. Kemudian seorang wanita yang duduk di satu sudut dipandang lama. Tidak pernah dilihat selama ini.

“err, ini..” lama Mak Long berjeda. “kawan Mak Long. Baru balik dari Amerika.”

Dhiya mengangguk dan tersenyum nipis kepada wanita itu. Tangan wanita itu dicium. Dhiya terkedu apabila wanita itu mengusap kepalanya. Namun, dimaniskan juga wajahnya.

“letih naik bas Dhiya?” Tanya Pak Long, mengubah suasana tegang itu.

“tak adalah. Biasa saja. Papa dengan abang mana?” Tanya Dhiya pelik.

“ada..” sahut Encik Hazman yang muncul dari dapur.

Dhiya terus memeluk papanya. Kemudian dicium tangan papanya. “abang?” Tanya Dhiya kemudiannya.

“abang ada kat atas. Solat.” Balas Encik Hazman.

“mari, Mak Long tunjuk bilik Dhiya.” Ajak Mak Long.

Dhiya mengangguk.

Mak long membawa Dhiya ke tingkat atas. Beberapa buah bilik dilewati. Di tingkat atas di tengahnya terdapat ruang tamu kemudian dikelilingi 5 buah bilik. Dhiya kagum dengan rekaan rumah yang unik ini.

“bilik Mak Long dengan Pak Long di bawah. Bilik ni, bilik Hanim, dia ada kecemasan pulak, tak dapat balik. Jadi, Dhiya gunalah bilik ni. Oh ya, depan ni bilik papa dengan abang, dan sebelah tu bilik Adi.” Terang Mak Long.

Dhiya mengangguk.

“hai, cik puteri.. tinggal beg dalam boot macam tu je? Nasib baik tuan hamba ni baik, tolong angkatkan.” Celah Radzi tiba-tiba.

Dhiya termalu sendiri apabila mendengarkan tawa kecil dari Mak Long. Terus dia mengambil beg dari tangan Radzi.

“mak tengok lah Dhiya tu. Bukannya nak cakap terima kasih ke apa.. disambar macam tu aje.” Adu Radzi.

Dhiya gigit bibir geram. “terima kasih.”

“kasih diterima.” Sahut Radzi kemudian mengundang tawa galak dari Mak Long.

“jangan dilayan sangat si Adi ni Dhiya. Wayar terputus agaknya.” Kata Mak Long kemudian turun.

Dhiya malas mempedulikan Radzi. Dia memulas tombol pintu. Kemudian di meletakkan begnya di sisi katil bersaiz queen itu. kemudian dia bergerak ke tingkap. Terpegun dia dengan keindahan pemandangan yang dia lihat. Dia dapat lihat dengan jelas keadaan taman di bawah. Nyaman dan tenang.




DHIYA membasuh semua pinggan di dapur selepas makan malam. Semua orang sudah bergerak ke atas untuk solat maghrib. Dia bercuti pada hari itu, jadi, dia secara sukarela menawarkan diri untuk membasuh semua pinggan. Dhiya berpaling apabila terasa ada orang dibelakangnya. Seperti diduga orang itu Radzi.

“nak apa?” Tanya Dhiya, menyambung kembali kerjanya.

“tak ada apa.”

“baik you pergi solat, Radzi.” Kata Dhiya.

“you tak rasa bersalah pun kan?” Tanya Radzi tiba-tiba. Serius bunyinya.

Dhiya menutup paip. Semua pinggan siap dibasuh. Wajah tegang milik Radzi dipandang.

“kesalahan apa yang I buat untuk I rasa bersalah?” Tanya Dhiya.

“are you serious? All this while.. Dhiya, please, don’t pretend.” Rayu Radzi.

“Radzi, I tak ada masa nak berpura-pura. Apa yang I dah buat?” Tanya Dhiya, sedikit keras.

Radzi mendengus. “tak pe la.” Dia melangkah pergi dengan perasaan membengkak. Nampaknya, kau makan hati berulam jantunglah.

“Radzi..” panggil Dhiya. Rasa bersalah pula dia melihat wajah merajuk Radzi.

Radzi berhenti melangkah.

“kalau I ada buat you terasa sorry. I tak berniat. Eventhough I tak tahu, apa I dah buat.” Kata Dhiya. Kenapa dengan aku ni?

Radzi senyum meleret sebelum berpaling. “betul you tak berniat?”

Dalam paksa rela, Dhiya mengangguk.

“means, lepas ni I boleh call you kan.” Sambung Radzi.

“huh?” Dhiya terpinga. Terasa lambat maklumat itu diproses.

“yes. Thanks.” Kata Radzi lalu pergi.

‘pasal tu ke? Aduh..’ Dhiya menggeleng. Lantak kau lah. Kemudian Dhiya melangkah ke tingkat atas juga. Dia mahu mandi. Dari petang tadi dia tidak membasuh diri pun.




DHIYA berdiri di tingkap sambil berpeluk tubuh. Kantuk yang mahu dijemput, tidak hadir juga. Kerana itu dia mahu mencuci mata sebentar. Langit yang berbintang malam itu kelihatan indah sekali. Dhiya kagum sebentar. Kemudian matanya di alihkan pula ke taman. Dhiya mengerdipkan matanya berkali-kali.

Dilihatnya papanya sedang berborak dengan kawan Mak Long. Serius sekali riak wajah papa. Papa dilihatnya khusyuk mendengar, dan sekali sekala bibir itu bergerak,mungkin memberi komentar. Kemudian, kawan Mak Long itu menangis. Papa mengusap bahu kawan Mak Long dengan penuh kasih sayang, seperti yang papa lakukan jika Dhiya merajuk dahulu. Siapa perempuan itu sebenarnya?

Tadi pun di meja makan, dilihatnya, perempuan itu diam sahaja. Dan sekali sekala dia perasan yang perempuan itu sering melirik ke arahnya. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan. Dhiya menggeleng. Menghalau segala persoalan yang tidak munasabah. Kemudian dia menapak ke atas katil. Beberapa minit sahaja dia terlelap.




“MACAM mana persiapan kahwin kamu Haziq?” Tanya Pak Long. Sambil menghirup air teh yang dibawa Dhiya.

“okey. Adalah beberapa barang tak beli lagi. Insya Allah, hujung bulan ni siap lah.”

“dah tak lama kan?” Mak Long pula bertanya.

Haziq mengangguk dan tersenyum.

“kamu ni Adi? Bila nak bawak menantu?” Tanya Mak Long tiba-tiba.

Semua mata memandang Radzi. Radzi senyum.

“tunggulah nanti. Calon pun tak ada lagi. Macam mana?” balas Radzi sambil melirik kepada Dhiya. “tapi, kalau orang terdekat ni sudi hari ni pun boleh.”

Semua mata memandang Dhiya pula.

“jangan nak mengada!” balas Dhiya selamba. Suka hati dia je nak kaitkan orang. Ambik kau.

Semua ketawa. Dhiya menjeling Radzi, namun, Radzi pula membalas dengan senyuman menggoda dia.

“balik esok ya Man?” Tanya Pak Long.

Encik Hazman mengangguk. “maaflah, terpaksa susahkan abang Long. Man usaha cari rumah secepat mungkin.”

Dhiya memandang papanya dengan seribu pertanyaan.

“tak apa Man. Kak Long dengan Abang Long rasa bersalah jugak.” Sambung Mak Long pula.

Dhiya berkerut seribu. Namun, kedutannya hilang apabila Radzi memandangnya. Dijelirkan lidah kepada Radzi, Radzi sekadar menghenjut bahu. Tak makan saman betul!




“DHIYA..” panggil satu suara, lembut sahaja.

Dhiya berpaling. “Auntie,” sahutnya.

“boleh Auntie duduk?” Tanya kawan Mak Long itu. gugup sekali.

Dhiya ketawa kecil. “duduk ajelah auntie. Bukan hak Dhiya pun.”

“apa nama Auntie? Dhiya terlupa nak tanya hari tu.”

“Anisa.”

“ohh. Auntie.. kalau Dhiya tanya Auntie jangan marah tau..”

“apa dia? Tanya aje, kalau Auntie boleh jawab Auntie jawab.”

“Auntie kenal papa ke? Mak long cakap Auntie kawan Mak Long, tapi, semalam Dhiya Nampak Auntie borak dengan papa kat taman..”

Puan Anisa, diam beberapa detik. Senyum diukir sebelum menjawab.

“Auntie dengan papa Dhiya, kenal lama dulu. Dah lama tak jumpa kan. Borak lah sikit. Dengarnya Dhiya dah tahun akhir degree ya?”

Dhiya mengangguk.

“jadi, habis degree apa yang Dhiya nak buat?” Tanya Puan Anisa mesra.

“erm, cita-cita Dhiya nak bukak butik. Mungkin Dhiya akan cari pengalaman dulu.” Balas Dhiya mesra.

“wah, tinggi jugak tu. Auntie ada kenal beberapa butik terkenal. Kalau Dhiya tak kisah, Auntie boleh tolong nanti.”

“betul ke Auntie?” Tanya Dhiya, tidak percaya.

Puan Anisa mengangguk.

“thanks Auntie.” Sahut Dhiya semangat. Dipeluknya Puan Anisa kerana terlalu gembira. Beberapa saat, Puan Anisa teresak-esak. Dhiya melepaskan pelukan.

“ma.. maafkan Dhiya.”

“tak pe. Dhiya tak salah, Auntie yang salah..” kata Puan Anisa, lalu pergi meninggalkan Dhiya.

Dhiya termangu. Apa aku dah buat? Kenapa Auntie sedih? Auntie yang salah? Apa maksudnya tu?

p/s : sorry lama x upload blog. hehe. busy with some things. =)

Kau Pujaan 8



RIFQI tersengih lagi. Televisyen yang terpasang di hadapannya tidak diberi tumpuan langsung. Dia bahagia. Sepanjang seminggu ini, dia rasa sangat bahagia. Setiap kali habis shooting dia akan menelefon Dhiya, sekadar bertanya khabar. Kadang-kadang dia akan berjumpa dengan Dhiya di kafe dalam penyamarannya. Dia tidak mahu ada mulut-mulut atau lensa yang menangkap pertemuan mereka. Dia sukakan privasi. Bila tiba masanya nanti dia akan hebahkan kepada masyarakat bahawa Dhiya yang telah mencuri hatinya. Tetapi, adakah hati Dhiya sama dengannya?

Hubungannya dengan Dhiya bertambah rapat. Rifqi yakin akan perasaannya. Dia yakin yang dia cintakan Dhiya. Namun, dia dapat rasakan belum masa yang sesuai untuk dia luahkan. Tambahan pula, Dhiya masih belajar. Dia juga tidak mahu hubungan mereka putus. Dia perlu siasat hati Dhiya dahulu.

Airel mendekati Rifqi dengan gelengan. Nampaknya, sepupunya itu sudah tidak betul. Kaki yang berpijak di bumi rasanya sudah menjangkau ke langit. Pasti Rifqi dipanah cinta lagi, tetapi, sewaktu dengan Hana dulu, tidak seteruk ini pun angaunya. Airel mengawang-awangkan tangannya ke muka Rifqi. Barulah Rifqi sedar kehadirannya.

“kau..” kata Rifqi menutup malu.

Airel ketawa mengejek. “kau ada kat planet mana ni?”

Rifqi sengih. “kau dah lama balik ke?”

“semalam dah aku balik. Baru kau perasan.”perli Airel. Sebenarnya dia baru sahaja pulang dari kerja. “Seminggu ni aku tengok bukan main lagi kau sengih sorang-sorang.”

“percaya atau tak. Aku rasa aku dah jatuh cinta lah.” Balas Rifqi tanpa berdalih.

“aku dah agak dah. Siapa dia? Aktres mana pulak?” Tanya Airel sambil tangannya menyelak majalah bola sepak.

“tak adalah. Public and a student.”

Airel memandang Rifqi tidak percaya. “mana kau cekau budak tu? Kau ni jangan main-main. Kalaupun kau frust dengan Hana, tak baik, main-mainkan perasaan orang.”

“Betul Rel. Aku pun tak percaya. Tapi, itu hakikatnya. Lagipun, apa salahnya kalau public. Artis tak semestinya kahwin dengan artis.”

“ya, tapi, hidup korang berbeza. Kau yakin ke ni?” Tanya Airel mahu menguji Rifqi. Dia mahu tahu, seikhlas mana perasaan Rifqi. Memanglah, dia tahu sepupunya ini tidak akan mainkan perasaan orang, tetapi..

“hundred percent sure.” Sahut Rifqi, penuh semangat.

“kalau kau dah yakin sangat, tak apa. tapi, pandai-pandai kau lah ya.”

Rifqi mengangguk.

“jadi itulah budak yang nama Dhiya tu ya?” Tanya Airel, apabila teringatkan nama itu.

Rifqi mengangguk. “macam mana kau tahu nama dia?”

“aku dengar kau bercakap di telefon.”

Rifqi angguk faham. “nanti aku kenalkan kau kat dia.”

Airel mengangguk. Dia tidak kisah pun. Tapi, ingin juga dia tahu rupa gadis yang berjaya curi hati sepupunya ini. Cantikkah? Ahh, apa ada pada rupa janji hati.




MELIHATKAN di skrin terpapar nama papanya terus Dhiya menekan punat hijau. Sudah agak lama dia tidak menghubungi ayahnya itu. salam dijawab.

“hujung minggu ni Dhiya free tak?” Tanya Encik Hazman tanpa berbasa-basi.

“ohh, free je pa. Memang hujung minggu ni Dhiya ingat nak balik. Kenapa pa?” balas Dhiya, ceria.

“papa, dengan abang ke rumah Pak Long. Jadi, papa nak lah Dhiya ikut sekali.” Kata Encik Hazman, berhemah.

“ohh.. rumah Pak Long? Buat apa kat sana pa?” Tanya Dhiya, antara rela dan tidak. Mengingatkan Radzi dia jadi malas.

“Pak Long buat gathering keluarga. Lagipun semua adik beradik papa ada kat rumah Pak Long.” Terang Encik Hazman.

“ohh,. Bila kita bertolak?” Tanya Dhiya.

“err, papa dengan abang dah ada kat rumah Pak Long ni. Jadi, nanti Dhiya naik bas ya? Abang jemput Dhiya nanti.” Balas Encik Hazman.

“ohh, okey. Tak ada hal lah.”

“okey. jangan tidur lewat sangat tau.” Pesan Encik Hazman.

“baik pa. jangan risau.” Balas Dhiya.

Talian putus. Sebenarnya dia agak gusar, kenapa papanya tiba-tiba saja mahu pulang ke Johor, rumah Pak Long? Sudah agak lama mereka tidak pulang ke rumah Pak Long. Kalau raya pun mereka akan berkumpul di rumah pusaka nenek di Kuala Selangor. Pelik. Namun, dibiarkan persoalan itu tergantung begitu sahaja.




DHIYA mengambil sehelai blouse berwarna putih dipadankan dengan skinny jeans. Rambut ikal paras bahunya dibiarkan lepas. Masih basah lagi. Jam di tangan kiri dikerling. Lagi 10 minit pukul 8.

“Yana.. dah siap belum?” Tanya Dhiya.

Ariana menyahut. Setelah itu Dhiya terus keluar. Mereka akan ke restoran mewah di Jalan Bintang. Rifqi dan temannya akan menunggu di sana. Sebenarnya Dhiya yang menyatakan untuk membawa teman bersama, kerana takut akan dikata orang. Maklumlah, keluar dengan artis memang banyak aturannya.

Setelah itu mereka mengambil teksi lalu menuju ke Jalan Bintang. Tidak sampai, 20 minit mereka tiba. Dhiya dan Ariana beriringan ke Restoran mewah di situ. Kelibat Rifqi dicari.

“Dhiya.. tu.” tunjuk Ariana.

Dhiya mengangguk. Kemudian mereka melangkah ke meja yang paling hujung. Jauh dari orang-orang. Ariana terpegun dengan keindahan restoran itu. Seumur hidupnya belum pernah dia datang ke restoran sebegitu, walaupun dia datang dari keluarga yang agak berada.

Dhiya senyum segaris kepada Rifqi dan kawan di sebelahnya, sebelum duduk.

“dah lama sampai?” Tanya Dhiya sekadar berbasa-basi. Ariana yang duduk disebelahnya dikerling.

“tak adalah.” Balas Rifqi.

“Rifqi punya tak sabar. Pukul 8 kitorang dah terpacak kat sini.” Sampuk kawan Rifqi.

Rifqi menggigit bibir. “err, datang sini dengan apa?”

“teksi.” Balas Dhiya sepatah. Ayat kawan Rifqi itu buatkan dia rasa tidak selesa.

“jadi, err, kawan Rifqi ni..” sampuk Ariana sekadar memecah sunyi.

“ohh, lupa pulak. Ini Airel sepupu saya, merangkap kawan baik saya jugak. Rel, ini Dhiya, dan ini Yana.” Kata Rifqi.

Airel sekadar tersenyum. Melihatkan Ariana memakai tudung, dia tidak jadi menghulurkan tangan. Menghormati.

“jadi awaklah Dhiya, setiap hari saya dengar cerita pasal awak.” kata Airel, ramah.

“err, Dhiya, awak jangan dengar sangat kata-kata Airel ni tau. Dusta belaka.” Sampuk Rifqi. Menutup gugup.

Ariana ketawa kecil. “Dhiya pun apa kurangnya..”

Dhiya mencerun kepada Ariana kerana mulut celupar itu. Sungguh hatinya tidak senang duduk. Bila masa pulak aku asyik bercerita pasal Rifqi? Mana ada..

“maaf. Tapi, malam ni kita nak makan ke, nak berborak?” kata Ariana, selamba. Maklumlah, sejak petang tadi dia tidak menyentuh apa-apa, kerana terlalu gembira apabila diberitahu oleh Dhiya, yang mereka akan makan malam dengan Rifqi.

“sorry. Terlupa pulak.” Kata Rifqi dalam tawanya. Lalu dia mengangkat tangan memanggil pelayan.

Menu yang diberi hanya mampu dipandang. Dhiya dan Ariana berpandangan. Segalanya mudah dibaca kerana ditulis dalam bahasa inggeris tetapi harganya.. akhirnya Dhiya dan Ariana tersenyum.

“kenapa?” Tanya Rifqi pelik.

“err.. tolong pilihkan untuk kami. Kitorang tak biasa datang tempat macam ni.” Luah Dhiya jujur.

Rifqi dan Airel berpandangan kemudian mengangguk. Selepas pesanan dibuat, mereka berdiam seketika.

“macam mana korang boleh kenal?” Tanya Airel. Dia memandang Dhiya. Cuba membuat penelitian tentang Dhiya. Fizikalnya, Dhiya ini biasa sahaja. Tetapi, mata yang bundar, dan juga senyuman yang manis itu, sungguh memikat.

“err. Accidentally..” balas Dhiya. Dia mengerling Rifqi yang sedang tersenyum itu.

“and, soon, accidentally in love.” Sampuk Ariana.

“Yana..” marah Dhiya.

Rifqi menyimpan tawa. Airel mengerling Rifqi dan Dhiya. Mereka memang sepadan. Bisiknya.

“Dhiya.. kali ni biar saya aje, yang belanja. Saya ikhlas.” Kata Rifqi menghilangkan kegelisahan Dhiya.

“hah? Kenapa pulak? Bukan ke kita makan ni sebab hutang saya. Kalau awak bimbangkan pasal kewangan, jangan risau. Saya okey. Saya tak nak terhutang budi lagi. Lagipun..”

“dah.. dah.. awak ni saya cakap sikit berjela awak balas.” Potong Rifqi sambil tersengih.

“dan awak, suka potong cakap saya.” Tambah Dhiya.

Ariana dan Airel berdehem. Kemudian ketawa bersatu. Dhiya termalu sendiri. Tawa mereka hilang, ketika pelayan datang. Setelah pelayan berlalu, mereka menjamu hidangan yang tersedia di hadapan mereka. Dhiya merasa stik pesanan Rifqi, sungguh sedap sekali. Padanlah harganya sangat tinggi. Buat seketika, hanya bunyi sudu sahaja yang berlaga.

“hai, Rifqi tak sangka jumpa you malam ni.” Sapa satu suara.

Serentak 4 kepala berpaling ke arah suara lunak itu. Melihatkan Hana Edward, Rifqi menggigit bibir geram.

“I will come to you later.” Kata Hana kepada pasangannya. Yang mungkin seorang model, melihatkan ketinggian lelaki itu.

Dhiya memendam rasa. Melihatkan Hana dalam gaun merah sendat separas peha, dia menunduk malu.

“bukan ke ini student tempat kita shooting. How impressive.” Sindir Hana, sambil melirik ke arah Dhiya dan Ariana.

“please leave us alone. I don’t even know you.” Tegas Rifqi.

Hana ketawa menyindir. “you will, soon.”

Rifqi mendengus. Dia memandang Dhiya yang menunduk.

Dhiya menolak pinggan. Kenyang kerana perlian Hana tadi.

“err.. Dhiya?” panggil Rifqi.

Airel dan ariana berpandangan. Pasti Dhiya terasa. Dhiya angkat wajah, dengan senyuman menabiri wajahnya.

“sorry, kalau tadi buat awak tak selesa.” Pujuk Rifqi.

“eh, tak. Saya tak apa-apa. Saya dah kenyang. Itu aje.” Bidas Dhiya.”kesian dia. Mesti dia fikir bukan-bukan.”

Rifqi memandang Airel dan kemudian Ariana.

“kenapa awak kesiankan dia?” Tanya Airel. Tidak puas hati dan tidak faham dengan luahan itu.

“ya lah. Dia mesti cemburu tengok kita ni. Padahal, tak ada apa-apa pun.” Dhiya bangun. “err, terima kasih kerana makan malam ni. Kami balik dulu.” Kata Dhiya lalu pergi.

Rifqi menghantar pemergian Dhiya dengan pelbagai rasa.

“kau jangan terasa dengan kata-kata Dhiya. Aku yakin dia tak bermaksud.” Pujuk Airel.

Rifqi diam beberapa saat. “ini semua pasal perempuan tu.”

“jomlah balik.” Ajak Airel.

Perlahan-lahan Rifqi mengangkat tangan. Pelayan datang membawa bil. Setelah bayaran dibuat, Kemudian mereka keluar.




HANA membalut badannya dengan bathrub, kemudian duduk di atas kerusi rehat. Pulang saja dari restoran terus dia mandi. Dia geram dan sakit hati kerana Rifqi dengan mudahnya membuang dia begitu saja. Tidak pernah ada lelaki yang berani membuatnya begitu. Tapi, padan dengan muka dia juga, dahulu, dengan mudahnya dia menduakan Rifqi.

Telefon di sisi diambil. Nombor seseorang di dail.

“Adam darling.. wanna have fun tonight? I miss you damn much... Im yours, darling. Okay, I am waiting..” Hana senyum penuh misteri.

Rifqi Zaim.. Dua tahun mereka bersama, tidak pernah sekali mereka keluar  berdua di khalayak ramai. Kisah percintaan mereka disimpan kejap sebagai rahsia. Bukan Rifqi tidak mahu, tetapi dia yang berkeras mahu menyimpannya sebagai rahsia. Kalau mereka mahu keluar berdua pun, mereka akan ke restoran eksklusif yang wartawan tidak dapat masuk. Rifqi sangat baik. Tidak pernah dirinya disentuh sewenang-wenangnya.

Namun, sepanjang dua tahun itu, tidak pernah sekalipun dia memandang Rifqi sebagai lelaki. Wajah Rifqi yang comel buatkan dia nampak Rifqi sebagai adiknya sahaja. Dan alat dia mencapai kejayaan. Kerana semenjak rapat dengan Rifqi rezekinya mencurah-curah. Kejadian di mana Rifqi menolaknya bermati-matian, buat dia nampak diri Rifqi yang lain. Rifqi yang matang.

Loceng berbunyi, mematikan lamunan Hana. Dia membetulkan rambut yang masih basah dan tuala yang dipakainya.

“hai, Adam darling..” sapa Hana manja.

Lelaki bernama Adam menapak masuk. Nampaknya rezekinya sudah tiba. Sudah lama dia mengidamkan Hana. Sejak sebulan yang lalu dia cuba mengayat Hana, dan malam ini usahanya berhasil. Hana akan jadi miliknya.

“you look so sexy honey.” Puji Adam. Rambut Hana dicium mesra. Kemudian bergerak ke bibir mungil itu pula.

“like you know it well.” Balas Hana manja.

Adam ditarik ke bilik. Ditolak lelaki itu ke katil. Hana senang. Sudah lama menjalankan aktiviti ini. Semenjak mula penglibatannya. Beginilah kuasa yang dia lakukan untuk menundukkan pengarah-pengarah yang terkenal dengan sikap demand mereka.  Dan Adam dijadikan bahan mengungkapkan rasa geramnya kepada Rifqi. Dia juga tahu Adam memang mahukan badannya sahaja. Tapi, dia tidak kisah. Janji geramnya terlupus.

Pemilik Hati 16


HUJUNG minggu datang lagi. Alyssa bermalasan di atas katil meskipun jam sudah menunjukkan ke angka 10. Cahaya matahari juga sudah menyinari kamarnya. Baru Alyssa mahu memejamkan kembali matanya, telefon bimbitnya berbunyi. Melihatkan nama Akif tertera, Alyssa hanya membiarkan. Malas mahu melayan lelaki itu.

Dari mana lelaki itu mendapat nombornya dia tidak tahu. Yang pasti sejak hari itu, Akif tidak pernah berhenti menghubunginya. Telefonnya berbunyi lagi. Alyssa tahu siapa yang menghubunginya, lalu dia membiarkan tidak berjawab. Tidak lama kemudian satu SMS pula yang masuk. Alyssa membuka SMS daripada Akif.

Knp x angkat call sy, Lyssa? Sy ada depan rumh awk.

Cepat-cepat Alyssa bangun dari katil mengintai ke luar. Macam mana pulak dia tahu rumah aku kat mana ni? Ish, telefon diambil, lalu di dail nombor Akif.

“apa awak nak?” Tanya Alyssa kasar.

“jom kita keluar?”

“awak ingat saya ni apa, aci nak keluar aje.” Balas Alyssa geram.

“okey, kalau macam tu saya mintak kebenaran dengan mama awak.”

“eh, jangan! Okey, saya siap sekarang!”

Talian putus. Alyssa mengambil tuala lalu terus menuju ke kamar mandi.




“LAMANYA awak bersiap.” Kata Akif, dia menjeling Alyssa sekilas. Masam tapi comel.

“padan muka awak. Siapa suruh awak datang mengejut.” Balas Alyssa geram.

Akif ketawa.

Alyssa gigit bibir geram mendengar ketawa yang meletus dari lelaki itu.

“awak dah sarapan?” Tanya Akif.

Alyssa diam. Malas menjawab.

“kunci.. awak dah sarapan belum?” kata Akif, nadanya ditegaskan, dia memandang kunci kereta.

Alyssa ketawa kecil. “awak memang macam ni ke? Pelik tau tak!” 

“dah orang tak nak cakap dengan saya..” balas Akif. Tak lama dia tersenyum manis.

“Akif.. awak nak bawak saya pergi mana ni?”

“kahwin!”

“saya tanya betul-betul ni! Janganlah main-main.” Marah Alyssa.

Akif ketawa galak. Alyssa yang tersenyum dikerling.





“AWAK bawak saya keluar semata-mata nak ke KFC?” Tanya Alyssa tidak puas hati. Makanan di hadapan di pandang. Dia bukan minat sangat makan makanan begini.

“ya lah. Kenapa?” balas Akif. Dia menghulurkan cheesy wedges kepada Alyssa.

“Akif..”

Akif angkat kening. Kacak sekali!

Alyssa menggeleng. Hilang terus kata-kata yang mahu disampaikan tadi. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mukanya juga panas walaupun restoran itu menggunakan khidmat penyaman udara.

“dah lama saya nak makan dengan awak..” tutur Akif.

Alyssa yang tengah mengunyah berhenti. Otot mulutnya sudah tidak dapat bekerja.

“awak, betul ke awak tak sukakan saya?” Tanya Akif tiba-tiba apabila melihat wajah Alyssa tidak beriak.

“huh?”

“dulu, awak pernah cakap macam tu. Awak tak suka ada kaitan dengan saya.”

“oh, yang tu.”

Akif ketawa kecil. Apa yang diketawakan Alyssa tidak tahu. Yang pasti dia suka mendengar ketawa itu. Kau dah gila Lyssa!

“awak ni kan.. pelik tahu tak?” kata Akif setelah ketawanya reda.

“apa yang pelik?” Tanya Alyssa tidak mengerti maksud Akif.

Akif henjut bahu, dan mengukir senyuman.

“kenapa awak macam ni Akif? Sedangkan dulu, kita bukan baik, kita bukan berkawan, kita..”

“sebab saya dah sedar yang saya sukakan awak.” Potong Akif.

Alyssa terpana.

“betul, Alyssa, saya sukakan awak.”

Alyssa menggeleng.

Akif mengerutkan dahi. Tidak faham dengan reaksi Alyssa.

“jom balik! Saya dah kenyang ni.” Ajak Alyssa, dia mahu keluar dari situasi itu.

“tak boleh.” Balas Akif selamba. Dia pegun di tempatnya.

“kenapa pulak?” 

“saya tak habis lagi ni.” Balas Akif, sambil menyambung kembali suapannya.

Alyssa mendengus dan kembali duduk. Bibirnya digigit, geram.

“jangan gigit bibir macam tu. Nanti luka macam mana? Tak pasal-pasal orang cakap saya pukul awak.”

Alyssa mendengus lagi. Geram dengan kata-kata Akif dan juga perlakuannya yang sengaja mengunyah burger dengan perlahan.

“boleh tak awak kunyah laju sikit? Tak pernah saya tengok orang makan macam awak ni, tau tak.”

Akif senyum, dan menyambung kembali kunyahannya. Alyssa mendengus geram.




AKIF mengambil tempat di hadapan Ikhmal. Pinggan yang berisi nasi dan lauk diletakkan. Setelah doa dibaca dia menikmati makanan itu. Ikhmal memerhati tindak tanduk sepupunya itu. Dia tahu apa yang berlaku sekarang ini. Dia tahu Akif sedang berbahagia.

“apasal kau tenung-tenung aku ni?” Tanya Akif tidak puas hati.

“tak ada apa. Lama tak tengok kau macam ni? So, macam mana?” 

“macam mana apa?” Tanya Akif kembali dan menyambung suapannya.

“kau dengan Lyssa. Kau jangan lupa aku yang bantu kau tahu. Kalau aku tak bagitahu kau yang dia kerja kat syarikat kakak kau, jangan harap kau nak jumpa dia lagi.” Balas Ikhmal.

“ya lah. Kau ni suka mengungkit lah.” Akif mencebik. “Aku tak tahulah apa perasaan dia pada aku. susah aku nak teka.”

“apalah blur sangat kawan aku ni. Perempuan ni senang je nak tengok tahu tak? Dorang tak pandai sorok..”

Akif diam berfikir. Ada ke? “contoh?”

“itu aku mana boleh bagitahu. Kau sendiri akan dapat rasa dengan hati itupun kalau hati dia milik kau.” 

Akif terus menikmati makanannya. Dalam fikiran bermacam-macam persoalan bermain. Dia tidak tahu apa perasaan Alyssa terhadapnya. Adakah dia dan Alyssa sama-sama menyukai? Ataupun sudahkah hati gadis itu dimiliki? 




“AKU tak tahulah kenapa dan macam mana dia boleh berubah macam tu. Aku rasa macam aku kenal dengan orang yang baru, bukan Akif yang dulu. Entah.” Luah Alyssa. Wajah Fadila yang tenang dipandangnya. Ketika itu mereka sedang menikmati makanan di restoran Kenny Roger.

“apa lagi yang dia dah buat?” Tanya Fadila. Selalu juga dia mendengar cerita daripada Alyssa melalui telefon, tetapi, hari itu barulah mereka berpeluang duduk bersama dan berkongsi cerita.

“banyak. Setiap hari ada aje. Sekarang dia dah stop hantar benda, tapi, dia hantar diri dia pulak untuk kacau aku. He is totally different daripada masa kita belajar. Takkan dalam masa beberapa bulan dia boleh berubah macam tu sekali.” balas Alyssa geram. Dia menghirup air dengan rakus.

Fadila ketawa.

“kau ni, aku tengah serius kau bantai gelak pulak.” Marah Alyssa. “gerun aku dengan dia tu.”

“Rilex la Lyssa. Kau ni kan.” Pujuk Fadila. “pada aku lah kan, dia buat macam tu sebab dia sukakan kau. Aku yakin. Kalau tak mana lah dia nak ganggu-ganggu kau macam tu.”

“aku tak suka!”

“kenapa?”

“dia buat aku rasa tak selesa.. Aku...”

“kau takut? Kau takut kau akan suka pada dia?” serkap Fadila.

Alyssa diam tidak berkutik. Angguk tidak, geleng juga tidak. Dia sendiri tidak tahu mahu mengangguk atau menggeleng.

“Lyssa.. trust me, you are in love.”

Alyssa geleng. “tak. Mana ada.”

“eleh. Tak nak ngaku pulak. We will see later.”

Alyssa mencebik. Kemudian dia meneruskan suapan tanpa mempedulikan Fadila. 

“eh, lepas ni kita nak pergi mana lagi?” Tanya Fadila.

“movie nak?” 

“sett! Aku pun dah lama tak tengok movie. Tapi, aku nak pergi toilet dulu kejap.” Kata Fadila lalu beredar.

Alyssa memandang pemergian Fadila. Beberapa ketika selepas Fadila berlalu, telefon bimbit Fadila berdering. Alyssa mengambil telefon yang ditinggalkan di atas meja. Melihatkan nama Ikhmal terpapar di skrin membuatkan Alyssa tertanya-tanya. Sedangkan dia tahu, hubungan Fadila dengan Ikhmal terus putus setelah Ikhmal mengetahui yang Fadila sudah bertunang dengan alasan tidak mahu menimbulkan sebarang perselisihan faham.

Telefon itu berhenti berdering. Alyssa pura-pura membaca majalah apabila melihatkan Fadila melangkah ke arahnya. 

“jom, tengok movie.” Ajak Fadila.

Alyssa angkat wajah. Wajah Fadila ditenung. 

“kenapa pulak kau tengok aku macam tu?” Tanya Fadila gelabah. 

“you owe me something?”

“what?”

“a story..”

“about?”

“abang Ikhmal.”

Fadila sengih. “macam mana pulak kau tahu ni?” telefon Fadila berdering lagi.  

“macam tu lah.” Balas Alyssa selamba.

Fadila sengih lagi.

“jangan jawab!” tegas Alyssa. “jawab soalan aku dulu.”

“okey. Aku tak tahu macam mana, hari tu kami terserempak somewhere, then, sempat lah tukar-tukar cerita. Dari situlah kami mula rapat semula. Tak tahulah aku. tapi, yang pasti aku masih sukakan dia.”

“dia pulak? Dia sukakan kau jugak?”

“mengikut instinct aku, yes. But, i am not sure.”

Alyssa angguk. “padanlah, kau sibuk aje ya? Nak kata kerja, tak pun. Hah, bila kau nak kerja ni?”

  Fadila sengih lagi. Alyssa tergeleng. 



Pemilik Hati 15


“SO, Alyssa, macam mana dengan rekaan yang I minta you buat tu?” Tanya Alia, lalu duduk di hadapan Alyssa yang sudah mengambil tempat di sofa di biliknya. Alyssa menyerahkan fail hitam di tangannya kepada bosnya. Alia menyambut fail hitam itu dengan baik.

“saya ada buat beberapa rekaan mengenai konsep yang puan mahukan. Saja saya buat lebih, so that puan boleh pilih.” Terang Alyssa. Wajah Alia dipandang dengan debaran. Mahu tidaknya, itu kali pertama dia menyerahkan hasil kerjanya kepada Puan Alia. Dia sudah buat yang terbaik, hanya itulah yang mampu dia bisikkan bagi menghilangkan debaran di dada. 

Alia menyelak setiap muka surat dengan penuh fokus. Sesekali wajah itu tersenyum.



AKIF memasuki lagi bangunan Inspiration milik kakaknya itu. Sebaik mendengar bicara Ikhmal tadi, terus dia membawa diri ke situ. Dia tidak dapat menunggu lebih lama lagi. dia mahu berjumpa dengan Alyssa. tapi, tidak pula dia tahu apakah pekerjaan Alyssa di syarikat itu. 

Akif menaiki lif sebaik sahaja terbuka. Butang nombor tiga ditekan, dia sudah memberitahu kakaknya tentang kedatangannya ke situ. Sampai di muka pintu dia mengetuk pintu sebelum masuk. 

Sebaik sahaja pintu dibuka terus matanya tertancap pada figura yang sedang menghadap kakaknya. Pelbagai perasaan bercampur saat itu. Debaran di dada juga tidak kurang hebatnya. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan berjumpa dengan Alyssa secepat itu. Wajah Alyssa dipandang dengan penuh makna. 

Alyssa angkat wajah bagi melihat gerangan yang datang, saat matanya menangkap wajah itu. Alyssa terkaku. Dia tidak tahu apa yang terjadi, atau adakah dia bermimpi lagi? Kaku! Hanya itu reaksi yang ada bagi menggambarkan betapa terkejutnya dia dengan kedatangan lelaki itu.

Alia melihat dua manusia di hadapannya. Pelik. Itulah yang dia rasa, pelbagai persoalan juga menjengah fikirannya. Saling mengenalikah mereka berdua ini? Akhirnya dia bertindak berdehem. 

Alyssa dan Akif yang tadinya saling berpandangan, tersedar. Alyssa tunduk, Akif pula selamba sahaja duduk di sofa sebelah Alia.

“Lyssa.. tentang rekaan ni, I akan bagi tahu keputusannya nanti. Okey, you may go now.”

Tanpa menunggu lama, terus Alyssa bangun dan keluar.



“KENAPA Akif tenung pekerja akak sampai macam tu sekali?” Tanya Alia ingin tahu. Ketika itu mereka berada di kafe menikmati makan tengah hari.

“tak ada apa-apa.” Akif senyum. Suapan diteruskan.

“Akif.. akak tanya betul-betul ni.” Tegas Alia. Melihatkan senyuman Akif, dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Wajah ceria Akif dipandang, sudah lama rasanya dia tidak melihat wajah adiknya yang muda 5 tahun darinya, seceria itu.

“Lyssa tu,”

“Akif kenal Lyssa?” potong Alia cepat. Tidak percaya ada juga.

Akif mengangguk laju. “kami satu kolej.”

Alia mengangguk. “Akif suka dia?”

Akif diam. “kami ada sejarah.”

“apa maksud Akif, akak tak faham. Sejarah yang macam mana?”

“panjang ceritanya kak. Kalau cerita sampai tahun depan belum tentu selesai.” Gurau Akif, dia ketawa di hujung katanya.

Alia menggeleng bersama senyuman. “jadi, Akif datang bukan nak melawat akaklah? Tapi nak tengok dia?”

“bukanlah kak. Yang hari tu, Akif memang betul-betul melawat akak, tapi hari ni..” Akif sengih. Sengaja dibiarkan ayatnya tergantung.

“pandai adik akak sekarang ni. Dia pekerja akak tau.”

“alah, akak ni kedekut tau. Bukan Akif nak larikan dia pun, Cuma nak kidnap hati dia je.” Balas Akif.

Alia ketawa. “sejak bila Akif pandai berlawak ni. 5 tahun sudah macam mayat hidup, ni pulak macam mumia baru sedar.”

“akak!” marah Akif, namun dia juga ketawa. Mayat hidup lagi? 




“LYSSA jom lunch. Puan Alia ajak kita lunch dengan dia. Tapi, Puan Alia dah pergi ke restoran tu.” Ajak Damia yang entah bila pulang dari perjumpaan dengan Puan Alia. 

Mendengarkan nama Alia membuatkan Alyssa sedikit ralat. Peristiwa 3 hari lalu masih terbayang-bayang di fikirannya. Malunya dia. Entah berapa lama dia dan Akif saling berpandangan pun dia tidak tahu. Yang pasti dia amat marahkan lelaki itu. Kerana muncul di tempat dan waktu yang salah! Namun dalam masa yang sama terselit juga rasa bahagia. Gila agaknya dia.

 Damia berlalu ke mejanya dan mengambil beg tangannya. Alyssa bingkas bangun dan mengekori langkah Damia. Dalam perjalanan ke restoran lincah mulut Damia bercerita itu dan ini. Sampai di restoran Alyssa duduk di hadapan Alia, manakala Damia mengambil tempat di sebelahnya. Alyssa hanya mendengar begitu sahaja perbualan antara Damia dan Alia. 

“Alyssa..” panggil Alia.

Alyssa angkat wajah.

“kenapa you senyap aje?” Tanya Alia.

“tak.. tak ada apa-apa Puan.” Balas Alyssa gugup.

Alia memandang Alyssa dengan senyuman di bibirnya. Pastilah dia tahu kenapa Alyssa begitu. “kan I dah bagitahu di luar jangan panggil I puan. Panggil kak Alia aje.” 

Alyssa angguk. Dia tahu itu, sudah berkali-kali juga wanita itu mengingatkan. Damia sendiri sudah selalu memanggil wanita itu ‘Kak Alia’ jika bertemu di luar. Cuma dia sahaja belum selesa untuk memanggil majikannya begitu. Usai makan, Damia meminta diri ke tandas dahulu sebelum pulang.

“janganlah you rasa tak selesa pulak dengan I” katanya setelah Damia hilang di sebalik dinding.

Alyssa angkat wajah. pandangan Alia kepadanya membuatnya yakin bahawa Alia sedang berbicara dengannya. Alyssa pantas geleng kepala.

“I tak kisah apa pun berlaku antara you dengan Akif. Itu privasi you. Kita bekerja perlulah professional.”

Alyssa angguk. “maafkan saya. Saya akan pastikan saya professional.”

Bekerja dengan wanita itu buatkan Alyssa berasa bangga. Wanita itu tidak pernah membiarkan perkara lain terlibat dalam kerja yang dilakukannya. Meskipun wanita itu mementingkan kesempurnaan namun, masih boleh bertolak ansur dengannya. Malah, sebarang masalah yang berlaku, wanita itu juga tidak mudah melatah.




ALYSSA melangkah keluar dari bangunan Inspiration menuju ke keretanya. Namun, di saat dia mahu melangkah ke arah keretanya dilihatnya sebatang tubuh bersandar di kereta dengan tangan menyeluk saku. Lelaki yang masih dalam kemeja, membuat Alyssa yakin lelaki itu baru pulang dari tempat kerja.

Tanpa mempedulikan lelaki itu Alyssa meneruskan langkahnya. Dalam pada itu, sempat juga dia memuji ketampanan lelaki itu. Saat tangannya mahu mencapai kunci kereta di dalam tas tangan, dia mendengar namanya dipanggil. Alyssa berhenti melangkah. Dilihatnya Akif sedang berlari anak, mendekatinya.

Dan dia juga tidak tahu kenapa kakinya tidak mahu melangkah. Tetap kaku di situ.

“Alyssa.” panggil lelaki itu lagi.

Alyssa diam menahan debaran di dada. Pertama kali lelaki itu menyebut namanya, membuatkan jantungnya berdegup dengan kadar yang tidak normal.

“ada apa?” Tanya Alyssa sepatah. Rimas melihat mata lelaki itu yang merenungnya seperti dia adalah makhluk yang unik.

Akif senyum, menampakkan kedua lesung pipit di pipinya.

Alyssa telan liur. Terpana seketika dia melihat senyuman lelaki itu. Kali pertama dia melihat senyuman itu. Saat itu, makin laju pula jantungnya berdegup. Sudahlah yang tadi masih belum stabil, ditambah lagi, makinlah tidak stabilnya. 

“awak sihat?” Tanya Akif.

“awak rasa?”

“dah berapa lama awak kerja sini?” Tanya Akif, walaupun soalan tadi masih belum berjawab.

“Siapa awak?” Alyssa pelik dan rasa aneh dengan Akif di hadapannya ini. “kalau awak panggil saya untuk tanya itu, baik saya balik. Banyak lagi kerja saya daripada nak layan awak.”

“awak masih macam dulu.” Kata Akif, dia senyum lagi.

Alyssa telan liur. Melihat senyuman itu buatkan dia tidak dapat mengawal diri lagi. kalau diikutkan mahu sahaja dia pengsan di situ.

“awak pulak dah macam orang tak betul.” Balas Alyssa.

Akif sengih.

“dahlah, saya nak balik.”




AKIF memasuki ruang tamu. Kunci yang biasanya disangkut elok di tempatnya, hari itu dilemparnya ke atas sofa. Dia menyanyi kecil. Pendek sahaja perbualannya dengan Alyssa, namun, cukup membahagiakan. Dia tidak tahu apakah perasaan Alyssa bertemunya lagi, namun, yang dia pasti dia amat bahagia.

“hai.. bahagia nampak?” perli Nenek. Dia duduk di sofa di hadapan Akif.

Akif senyum lalu bangun. Tidak sopan rasanya berbaring begitu di hadapan neneknya.

“apa yang buat Akif bahagia sangat ni?” Tanya Nenek lagi.

“Akif menang loteri nek.” Balas Akif selamba. 

“kamu ni biar betul.” Marah Nenek. Terkejut juga ada. Apa tidak cukupkah gaji Akif sampai perlu membeli nombor ekor?

“betullah nek.” Balas Akif lagi. Dia berlari ke atas apabila melihat tangan neneknya mencapai bantal kecil. Dia ketawa lagi.

“budak, ni orang tanya, dia jawab main-main pulak.”




ALYSSA mengeluh panjang. Sudah jenuh dia menolak, sudah letih juga otaknya mencipta alasan menolak ajakan lelaki itu. Dia sudah tidak tahu mahu melakukan apa lagi. Sungguh dia lelah melayan karenah Akif yang semakin hari semakin menyakitkan hati. Dia juga baru sahaja mendapat tahu, Akif merupakan adik kepada Puan Alia. Teringat perbualannya dengan Damia beberapa hari lepas.

“apa hubungan you dengan dia?” Tanya Damia, setelah Akif keluar dari ruang kerja mereka. 

Alyssa diam seketika. Dalam hati dia menyumpah Akif kerana berani menegurnya di pejabat. Cindy dan Amy dikerling dan mereka menghantar jelingan yang amat tajam kepadanya. 

“dia tu lah adik Puan Alia yang I nampak hari tu.” Kata Damia lagi.

“dia? You jangan bergurau!” 

“hakikatnya, I tak bergurau. Betul!” kata Damia sungguh-sungguh.

Alyssa telan liur. Macam mana ni?  




“HAI.” Sapa satu suara.

Alyssa tahu siapa yang menegurnya. Dia buat tidak tahu. Dia meneruskan langkahnya ke kereta. Akif datang lagi petang itu. Sudah seminggu Akif asyik menunggunya setiap petang. Datangnya hanya bertanya khabar dan cuba mengajak nya keluar namun, Alyssa berkeras menolak. 

“Alyssa..” gamit Akif. Dia menarik tangan Alyssa bagi memberhentikan langkah gadis itu.

“apa lagi yang awak nak? Kan saya dah cakap jangan ganggu saya!” marah Alyssa.

“Alyssa...”

“cukup lah Akif. Awak nak suruh saya cakap macam mana lagi, supaya awak faham? Cukup menunggu saya, cukuplah hantar bunga dan jangan datang ke tempat kerja saya lagi.” luah Alyssa.

Akif diam seketika. 

Alyssa berpaling. Tak sanggup lagi mahu memandang wajah itu. Wajah yang seringkali membuatnya tidak senang duduk.

“I still like you.” Jerit Akif.

Alyssa berhenti melangkah. Jantungnya seakan berhenti berdegup buat seketika. Dia  memandang sekeliling. Nasib baik tiada sesiapa di tempat parkir. Alyssa mendekati Akif.

“saya akan anggap saya tak pernah dengar tentang itu.”

“saya sukakan awak. Dari dulu sampai sekarang.” Luah Akif selamba.

“Akif Afham! Kan..”

“saya suka awak panggil saya macam tu.” Kata Akif lalu tersenyum manis.

Alyssa terpegun seketika. Senyuman Akif seringkali membuatnya hilang kata-kata. 

“kenapa awak jadi macam ni? Kenapa awak dah berubah?” Tanya Alyssa. pertanyaan itu buatkan dia tidak senang hati. Kenapa begini drastiknya perubahan lelaki itu?

Akif memandang Alyssa dalam-dalam. 

“sudahlah.. malas layan awak lagi. saya nak balik! Ingat, jangan hantar bunga lagi. tempat saya tu dah macam kebun bunga awak tahu tak.” Kata Alyssa sebelum berlalu.

Akif senyum. Kemudian dia kembali ke keretanya.